Home » BKP, Terkini PERMATA » ZIARAH ALT DAN AMT PERMATA

ZIARAH ALT DAN AMT PERMATA

Mu’tah – 14 April 2010 - Barisan kepimpinan PERMATA bagi sesi 09/10 telah mengadakan satu lawatan mahabbah atau lebih dikenali dengan ziarah ALT dan AMT ke Bayt Ustaz Ehsan yang baru sahaja bergelar seorang ayah . Nur Ain Zinnirah telah selamat dilahirkan pada tanggal 9 April 2010 . Kunjungan yang diadakan bermula dari jam 3.30 petang telah disambut baik oleh ahli bayt . Syukran jazilan diucapkan buat penghuni Bayt Ustaz Ehsan berserta Ustaz Miqdad yang turut hadir pada petang tersebut . Tahniah juga diucapkan buat Ustaz Ehsan yang baru menimang cahaya mata yang pertama dengan kelahiran bayi perempuan sulungnya .

Lawatan tersebut tidak hanya terhenti di situ . Kunjungan dari saf kepimpinan PERMATA di sebelah syabab diteruskan lagi dengan mengunjungi teratak Bayt Firdaus . Syafakallah untuk Ustaz Afifi yang telah ditimpa musibah . Sesungguhnya , segala kejadian yang menimpa itu pasti tersirat hikmah di sebaliknya . Syukran juga diucapkan buat seluruh warga Mu’tah yang turut prihatin terhadap isu ini . Sama-samalah kita untuk lebih berhati-hati pada masa yang akan datang memandangkan tingkah-laku Arab yang sukar dijangka . Ambillah pengajaran dari peristiwa yang benar-benar menyayat hati ini dan diharapkan agar perkara sebegini tidak berulang lagi .

Untuk pengetahuan semua , Program Ziarah ALT dan AMT merupakan antara program di bawah Biro Kebajikan dan Penempatan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi tali ukhuwwah antara barisan kepimpinan berserta ahli PERMATA . Sehingga kini , 7 rumah telah terpilih untuk dilawat bagi sebelah akhwat manakala 5 rumah telah berjaya dikunjungi bagi sebelah syabab . Berdasarkan faktor kekangan masa dan terlalu banyak program yang berlangsung , pihak BKP memohon maaf seandainya tidak berkesempatan untuk melawat ke seluruh Bayt ahli PERMATA . Namun begitu , kami akan sedaya upaya menjaga kebajikan dari aspek penempatan dan keselamatan dari semasa ke semasa agar kebajikan seluruh warga rakyat di Mu’tah ini benar-benar terjamin . Sesungguhnya pihak kami sangat-sangat mengharapkan sebarang bentuk cadangan , idea , komentar ataupun kritikan yang membina untuk kita sama-sama perbaiki ke arah yang lebih baik .

“Tenaga Bersama Kebajikan Diutama”
“Berkebajikan,Berilmiah dan Perpaduan”
“Mahasiswa Matang PERMATA Gemilang”

Disediakan oleh : Biro Kebajikan dan Penempatan

Leave a comment