Home » Terkini PERMATA » TERKINI SPR PERMATA : PERATURAN BERKEMPEN

TERKINI SPR PERMATA : PERATURAN BERKEMPEN

PERATURAN BERKEMPEN

Ahli PERMATA hanya dibenarkan berkempen untuk ahli PERMATA yang layak bertanding (Senarai calon yang layak bertanding PERMATA 2010) bagi kerusi Presiden dan Ahli Lembaga Tadbir sahaja.

Kempen hanya boleh dimulakan selepas pengumuman calon diumumkan secara rasmi dan mesti dihentikan setelah selesai hari pengundian dan sama sekali tidak dibenarkan berkempen didalam kawasan mengundi.

Petugas rasmi SPR berhak memantau segala bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihanraya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihanraya tidak dilanggar. Senarai perkara yang dipatuhi dan dilarang semasa pilihanraya disediakan dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan para petugas.

Syarat-syarat berkempen adalah seperti berikut :

  • Dibenarkan dalam bentuk apa sahaja sekalipun cara berkempen dengan pengetahuan SPR
  • Dibenarkan menggunakan simbol dan mesti disahkan oleh pengarah SPR  sebelum menggunakannya
  • Tidak menggunakan isu berpuak-puak atau berkumpulan, contohnya : kenegerian , kumpulan politik , Alumni Sekolah , Alumni Kolej/Universiti/Pusat-pusat pengajian dan apa yang difikirkan berkaitan  oleh SPR.
  • Menjaga adab-adab dalam berkempen , seperti : Menjaga perlakuan , menjaga perkataan dan apa yang difikirkan berkaitan  sama oleh SPR.
  • Sebarang risalah bercetak hendaklah mendapat tantantangan rasmi dari pengarah / Timbalan SPR.
  • Segala perkara yang berkaitan dengan kempen adalah hak mutlak SPR PERMATA.
  • Kawasan mengundi adalah larangan kawasan berkempen
  • Kempen mestilah secara individu (satu kempen untuk seorang calon)
  • Sekiranya ingin membuat rapat umum / ceramah atau apa sahaja yang melibatkan perjumpaan umum wajib umumkan pada SPR terlebih dahulu.
  • Dilarang berkempen/menampal poster/mengedar risalah di sekitar kawasan yang melibatkan kawasan umum yang melibatkan pengetahuan warga arab Mutah (Rujuk pada SPR terlebih dahulu)

AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA

  • Melanggar peraturan penamaan calon dan mengundi yang ditetapkan oleh pihak SPR
  • Menggunakan kata-kata kesat dalam proses pilihanraya
  • Berperilakuan dengan tujuan menyakitkan hati pihak lain
  • Menghalang petugas SPR melaksanakan tugas
  • Lain-lain perkara yang difikirkan munasabah oleh pihak SPR

TINDAKAN KESALAHAN PILIHANRAYA

  • Nama dan butir peribadinya akan dihantar ke Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ), Amman dan dimasukkan dalam rekod syakhsiah mahasiswa luar negara.
  • Nama dan butir peribadinya akan dihantar ke Kuliah Syariah,Universiti Mutah dan dimasukkan didalam rekod syakhsiah atau ‘Takrir Sulukiah’ Kuliah Syariah.
  • Hilang Hak mengundi.

5 Responses to " TERKINI SPR PERMATA : PERATURAN BERKEMPEN "

  1. na'na' says:

    salam… harap pihak SPR pantau blogger-blogger…
    ada yang menggunakan sentimen Alumni Kolej/Universiti/Pusat-pusat pengajian….

    • admin says:

      Terima kasih saudara/ri na’na’,

      kami akan pantau perkara ini.
      Sekiranya saudara/ri na’na’ ada maklumat bolehlah terus berhubung (direct) berjumpa dengan kami. Petugas2 Rasmi.

  2. hezri says:

    SPR thn ni truk….

Leave a comment