Home » BBR, Terkini PERMATA » Syarat-syarat Penyertaan Malam Kesenian Ramadhan

Syarat-syarat Penyertaan Malam Kesenian Ramadhan

Syarat-syarat Penyertaan

Malam Kesenian Ramadhan

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1)      Penyertaan terbuka kepada semua ahli PERMATA kecuali unit penyelia Malam Kesenian Ramadhan.

2)      Penyertaan adalah secara berkumpulan. Had minima adalah seramai tiga orang dan had maksima seramai tujuh orang.

3)      Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu daripada empat kategori yang ditawarkan iaitu kategori nasyid, pentomen, dikir timuran Islam dan boria.

4)      Mesej persembahan yang disampaikan hendaklah bertepatan dengan tema yang telah ditetapkan iaitu RAMADHAN.

5)      Masa yang diperuntukkan adalah tidak lebih daripada tujuh minit.

6)      Pemenang akan dinilai berdasarkan gaya persembahan (40 markah), kekreatifan (30 markah) dan kerjasama (30 markah).

7)      Pakaian adalah bebas dan tidak melanggar syariat.

8)      Setiap kumpulan dikehendaki menghantar nama ahli kumpulan beserta ketua kumpulan kepada Akh Shaiffudin bin Abu Bakar ke emel (saifudin_deen@yahoo.com) (syabab) dan Ukht  Nur Fatin Najihah bt. Khoirussifa al-Muaddibu ke emel (wardah_adnin@yahoo.com) (akhawat) selewat-lewatnya sebelum 29 Ogos 2010.

9)      Keputusan hakim adalah muktamad.

1 Response to " Syarat-syarat Penyertaan Malam Kesenian Ramadhan "

  1. rahsie says:

    urmm..klo akhowat nk wat pentomen..kne perform dpn syabab sx ke??
    ke ade khas tok akhowat??bleh kn klo kte nk gne teknologi…cm soundtrack ke…klo wat pentomen dlm bhs arab…bleh ke ek?sje je tanye…xtau g nk join ke x..=)

Leave a comment