Syarat dan Peraturan
Penyertaan Musabaqah Tilawah Al-Quran
IHYA’ RAMADHAN 1431H
Penghakiman :
1) TIGA kategori penghakiman :- 1) Tajwid = 50 markah
2) Fasohah = 30 markah
3)Lagu & suara = 20 markah
2) TIGA orang peserta yang mendapat markah tertinggi dari setiap kategori sahaja akan diberi hadiah pemenang (johan, naib johan & ketiga).
Pertandingan :
1) DUA kategori yang akan dipertandingkan : ( Syabab & Akhawat )
2) DUA peringkat pertandingan : ( Saringan & Akhir )(bergantung pada bilangan penyertaan.)
3) Ayat bacaan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
4) Masa yang diperuntukkan untuk bacaan setiap peserta adalah tidak melebihi 5 minit.
5) Hanya bacaan riwayat Imam Hafs dari ‘Asim yang dibenarkan.
Penyertaan :
1) Terbuka kepada semua ahli PERMATA.( keutamaan akan diberi kepada selain AJK pelaksana program).
2) Tiada bayaran penyertaan.
3) Tarikh Penyertaan telah dibuka sehingga 23 Ogos 2010 (13 Ramadhan 1431H )
4) Pendaftaran boleh dibuat melalui menghantar butiran peserta:
i- Nama dan acara pertandingan (MTAQ)
ii- Tahun & Takhassus
iii- No. telefon
kepada email berikut : Akh Shaiffudin bin Abu Bakar (saifudin_deen@yahoo.com ) / Ukht Nur Fatin Najihah bt. Khoirussifa al-Muaddibu (wardah_adnin@yahoo.com).
*Sebarang keputusan Hakim/ Juri pertandingan adalah muktamad.
*Sebarang perubahan syarat & peraturan tertakluk pada pihak penganjur.
