Home » Terkini PERMATA » SOLAT HAJAT PERDANA DAN KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERMATA

SOLAT HAJAT PERDANA DAN KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERMATA

1 JUN 2010

Mu’tah, Karak, Jordan.

Program Solat hajat perdana sempena serangan zalim Isreal Tel Aviv ke atas Kapal Konvoi Keamanan Freedom Flotilla telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah. Program ini dianjurkan di Pusat kebajikan Mahasiswa [PUSKMA] untuk para pelajar lelaki dan Rumah Persatuan Anak Negeri Sembilan [WISMA] untuk pelajar perempuan.

Majlis bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah yang kemudiannya disusuli dengan sedikit ucapan dari pengerusi, Syafiq Bin Abdullah. Seterusnya Ustaz Muhammad Bin Isa menerangkan sedikit sebanyak kronologi yang berlaku sepanjang tempoh misi kemanusiaan dilancarkan sehingga berlakunya serangan hendap ke atas kappa Mavi Marmara itu.

Program diteruskan pula dengan solat hajat secara berjemaah yang diimami oleh Ustaz Rasyidi Bin Ali. Bacaan Doa diaminkan dengan penuh perasaan oleh para jemaah.

klik untuk saiz sebenar

Usai sembahyang, saudara Mohd Ihsan Fadhli tampil untuk menyampaikan sedikit pidato berkaitan dengan peristiwa kezaliman Israel dengan mengambil pengajaran dari sikap Yahudi sejak zaman Rasulullah. Pidato ringkas disambut dengan takbir oleh para pendengar.

Selesai pidato, para jemaah berpiket untuk membcakan doa wehdah dan doa kehancuran ke atas Yahudi dan penindas umat Islam diseluruh dunia. Majlis bersurai selepas berkahirnya bacaan Doa Wehdah yang diketuai oleh saudara Mohd Ihsan Fadhli.

Di WISMA pula, majlis bermula dengan bacaan Yaasin sebelum Maghrib dan solat Maghrib secara berjemaah. Sebelum solat hajat bermula, wakil BBR tampil memberi ucapan dan taujihat ringkas. Majlis berakir selepas solat hajat dan bacaan Doa untuk Umat Islam.

Kenyataan media Presiden PERMATA

klik untuk saiz sebenar

“Kami para pimpinan PERMATA khususnya dan para mahasiswa Universiti Mu’tah umumnya dan seluruh pelajar muslim Jordan dan Timur Tengah mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel Tel Aviv ke atas Kapal Mavi Marmara yang sarat dengan bantuan kemanusiaan utuk Gaza.

Serangan ini bukan sahaja bercanggah dari sudut syariah Islam, bahkan juga turut bercanggah dengan norma dan nilai kemanusian. Israel seakan-akan bukan lagi manusia, bahkan binatang yang berupa manusia.

Justeru, saya secara peribadi menyeru para sahabat Ikhwah dan akhawat untuk sama-sama mendoakan kehancuran ke atas Yahudi, Israel dan Zionist. Sensitibiti kita selaku para pelajar agama seharusnya lebih kuat dari mereka yang tidak belajar agama. Ini adalah kerana kita adalah benteng barisan pertama untuk Islam .”

Sehubungan dengan itu, PERMATA dengan penuh simpati dan empati telah menganjurkan solat hajat perdana yang dikhaskan untuk Gaza dan Freedom Flotilla yang ditawan Israel.

Terima kasih kepada warga Mu’tah yang begitu memberi keprihatinan dan mengambil bahagian dengan menghadiri program solat hajat yang dianjurkan.

Pastu copy dari artikel http://www.hasanhusaini.com/2010/06/babi-dan-bangsatku-khusus-untukmu.html sebagai tambahan.

Leave a comment