SAMBUTAN PELAJAR BARU
Biro Kebajikan dan Penempatan PERMATA 2010/2011
Anda bakal menuntut di Universiti Mu’tah? Jika anda adalah salah seorang daripada mahasiswa yang terpilih untuk menyambung pelajaran di dataran syuhada’ ini, teruskan scroll mouse anda ke bawah untuk mendapatkan informasi-informasi terkini daripada kami :
ITEM
Dasar pembahagian rumah adalah dengan mencampurkan pelbagai latar belakang dalam sebuah rumah kecuali atas hal-hal dan masalah-masalah tertentu.
FOKUS
Ukhuwwah dan Perpaduan
Bagi mana-mana adik-beradik PERMATA yang sudah mendapatkan rumah untuk pelajar baru yang bakal datang, sila maklumkan kepada pihak SPB untuk menyelaraskan dan memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
* Program ini berlangsung dalam tarikh 12 September hingga 25 September 2010
* Pihak AJK Pelaksana Sambutan Pelajar Baru (SPB) bertanggungjawab dalam menjemput pelajar baru di mator , menyediakan rumah transit , makanan serta keperluan-keperluan lain
* Semua pelajar baru akan ditempatkan di rumah penempatan sementara (transit) selama 3-5 hari sebelum ditempatkan di rumah mereka yang sebenar
* Sebanyak 30 buah rumah baru bakal dibuka di Mu’tah bagi mengisi kedatangan pelajar baru seramai 192 orang yang mana 144 terdiri dari pelajar sobahi dan 48 orang terdiri dari
pelajar tajsir .
OBJEKTIF SPB
* Menguruskan kemasukan pelajar baru di Mu’tah
* Memupuk semangat perpaduan di kalangan warga PERMATA
~KEBAJIKAN DIJANA , UKHUWWAH TERBINA~


kredit to fadzil harris creatuve production..
salam
sudah masuk seminggu transit masih belum dtmpatkan di rumah sebenar.Mohon dipercepatkan