Home » Terkini PERMATA » PROGRAM PEMANTAPAN KENDIRI DAN MALAM GRADUASI

PROGRAM PEMANTAPAN KENDIRI DAN MALAM GRADUASI

TARIKH :

11 JUN 2010 (JUMAAT)

TEMA :

“KEMAHIRAN DICAKNA, UKHUWAH TERBINA”

ANJURAN :

BIRO PERHUBUNGAN & BIRO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN PERMATA sesi 2009/2010

DENGAN KERJASAM :

PERSATUAN MAHASISWA MU’TAH ( PERMATA )

KESATUAN MAHASISWA KESATUAN JORDAN (KMKJ )

MAJLIS PERWAKILAN KEDAH JORDAN ( MPKJ )

BADAN KEBAJIKAN ANAK PERAK JORDAN ( BKAPJ )

CAFE KOME.

Biro perhubungan PERMATA akan menganjurkan satu program yang julung kalinya hanya melibatkan seluruh mahasiswi Mu’tah. Program yang bertemakan ukhuwah serta kecenderungan dalam kemahiran akan memantapkan lagi sahsiah dan peribadi seorang muslimah. Mahasiswi kini diancam dengan pelbagai masalah. Justeru, dengan aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti mahasiswi.
Program ini juga diadakan bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang masakan, membaiki peralatan rumah dan menambah ilmu pengetahuan mengenai keselamatan berada di luar negara khususnya di Mu’tah. Mudah-mudahan program yang ingin diadakan ini dapat memberi impak yang positif kepada ahli PERMATA agar dapat mempersiapkan diri untuk menjadi generasi pelapis yang berdedikasi untuk negara.

OBJEKTIF
1. Merapatkan ukhuwah sesama muslimat di Mu’tah
2. Memberi penekanan terhadap keselamatan di Jordan terutama di Mu’tah
3. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas membaik pulih kerosakan rumah
4. Menambah pengetahuan dalam bidang pengurusan kendiri

BUTIR PROGRAM

TARIKH : 11 JUN 2010
HARI : JUMAAT
TEMPAT : PUSKMA DAN CAFÉ KOME
MASA : 8.30 PG – 10.30 MLM

TENTATIF PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT :

SESI PERTAMA
08.30 pg : Ketibaan Peserta
09.00 pg : Pembukaan Majlis
-Ucapan Pengarah Program
09.30 pg : Pembentangan 1 – Uruf masyarakat Arab di Jordan
10.30 pg : Rehat & Minum Pagi
11.00 pg : Pembentangan 2 – Qarar PERMATA
12.00 tgh : Rehat, Makan Tengahari & Solat Zohor
1.00 ptg : Ratu Chef
4.30 ptg : Rehat & Solat Zohor
5.00 ptg : Demo 1- Martial Art Show
6.00 ptg : Demo 2 – “ Demo Do It Yourself “

SESI KEDUA
7.00 mlm : Rehat & Solat Maghrib
8.00 mlm : Pembukaan Majlis Wida’ Khirrijat
8.15 mlm : Persembahan Khirrijat
8.30 mlm : Persembahan Kebudayaan dari BKDS
8.45 mlm : Ucapan Wakil Khirrijat
8.55 mlm : Tayangan Slide
9.05 mlm : Penyampaian Hadiah
9.20 mlm : Slot Bersalaman Bersama Khirrijat
9.40 mlm : Jamuan Ringan
10.30 mlm : Bersurai

Leave a comment