Home » BA, Terkini PERMATA » Maklumat Pembelajaran di Universiti Mu’tah Jordan Sistem Akademik Universiti Mu’tah Sesi 2010 / 2011

Maklumat Pembelajaran di Universiti Mu’tah Jordan Sistem Akademik Universiti Mu’tah Sesi 2010 / 2011

Maklumat Pembelajaran di Universiti Mu’tah Jordan
Sistem Akademik Universiti Mu’tah Sesi 2010 / 2011

1) Pengenalan
Universiti Mu’tah mempunyai 12 kuliah(fakulti) namun hanya Kuliah Adab dan Kuliah Syariah sahaja yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia.
Kuliyyah Syariah pula terbahagi kepada dua :- pengkhususan Fiqh wa Usul & Usuluddin.
Manakala Kuliah Adab pengkhususan Lughah Arabiah.
2) Maklumat Ringkas Pengajian
Sesi pengajian:
Setiap sesi pengajian dibahagikan kepada tiga semester iaitu dua semester wajib dan satu semester pilihan:
Semester wajib:
1. Semester pertama (4 bulan)- Musim sejuk (Oktober-Januari)
2. Semester kedua (4 bulan)- Musim bunga (Februari-Jun)
Semester pilihan:
Semester ketiga (2 bulan)- Musim panas (Julai-Ogos)
Bagi kuliyyah adab dan syariah, pihak universiti mensyaratkan setiap pelajar perlu menghabiskan 130 minit kredit.
Pelajar diberi peluang untuk menjimatkan jumlah jam kredit tersebut dengan melalui beberapa ujian kafaah bagi subjek-subjek tertentu seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab dan hasub (komputer).
Bil Kafaah Natijah imtihan
1 Bahasa Inggeris 50% kebawah-terpaksa mengambil subjek bahasa inggeris 99 dan 101
50-79%- terpaksa mengambil subjek BI 101
80% keatas-tidak perlu mengambil subjek BI 102
2 Bahasa arab Lulus,tidak perlu mengambil subjek bahasa arab 99
3 Hasub Lulus,tidak perlu menduduki subjek hasub 99

• Sistem Peperiksaan
-Imtihan awal-diadakan pada minggu ke-6 (fasal awal dan thani) dan minggu ke-3 bg fasal soifi.
-Imtihan thani-diadakan pada minggu ke-12 (fasal awal dan thani) dan minggu ke-7 bagi fasal soifi.
-Imtihan nihai diadakan pada akhir fasal.

• Sistem pemarkahan:-
1. Imtihan awal-20%
2. Imtihan thani-20%
3. Imtihan nihai-50%
4. Musyarakah-10%

• Sistem Muaddal
a. 84-100 = mumtaz
b. 76-83.99 = jayyid jiddan
c. 68-75.99 = jayyid
d. 60-67.99 = maqbul
e. 0-59.99 =rasib

• Inzar
-Pelajar akan di inzar sekiranya memperolehi muaddal terakumi bawah 60% bagi setiap fasal kecuali fasal-fasal tahun pertama dan fasal soifi.
-Pelajar terpaksa menukar takhasus sekiranya di inzar sebanyak 2 kali.
-Bagi pelajar yang sudah melebihi 90 jam kredit dikecualikan daripada inzar.
-Bagi pelajar yang mendapat 60% diberi peluang untuk mengulangi subjek tersebut.

• Mafsul imtihan nihai
-Bagi pelajar yang tidak hadir kuliah lebih dari 6 jam di dalam satu fasal, akan dihalang dari menduduki imtihan nihai.
-Hasilnya pelajar tersebut hanya akan memperolehi 35% markah keseluruhan.

• Mafsul jamiah
-Bagi pelajar yang masih memperolehi muaddal 50% ke bawah selepas tahun pertama.
-Bagi pelajar yang gagal menyempurnakan tempoh yang ditetapkan oleh jamiah untuk satu ijazah.
-Pelajar yang masih lagi inzar sebanyak 2 kali walaupun sudah bertukar takhasus baru.

• Yuran jamiah
Jenis Yuran Harga (JD) Catatan
Yuran Pendaftaran 55.000 Sekali sepanjang pengajian
Yuran Imtihan Kafaah 50.000 Permulaan Pendaftaran
Yuran fasal (awal&thani) 50.000 Setiap fasal (awal & thani)
Yuran fasal soifi 45.000 Setiap fasal soifi
Yuran madah (1 jam kredit) 12.000 Pelajar sobahi
Yuran 1 jam kredit (tajsir) 30.000 Pelajar tajsir (twinning)

• Transfer Kredit (Tajsir / Twinning)*
-Had Maksimum: 45 jam kredit dapat ditransfer.
-Setiap madah yang ditransfer sekurang-kurangnya mendapat tidak kurang daripada C (60 markah ke atas) dan 3 jam kredit.

*Info daripada pelajar KUIS & KIDR

1 Response to " Maklumat Pembelajaran di Universiti Mu’tah Jordan Sistem Akademik Universiti Mu’tah Sesi 2010 / 2011 "

  1. ssmutiara119 says:

    salam…ana nk tnye

    ana pljr mroco yg masih blum mndpt rukhsoh(pngesahan bljr)krn mslh2 trtn2..ana ingat nk mohon jordan…so ana plu masuk sesi yg mane?okt 2011?

Leave a comment