Home » BBR, Terkini PERMATA » Laporan Program Umrah Dan Ziarah Bersama PERMATA 2010

Laporan Program Umrah Dan Ziarah Bersama PERMATA 2010

PERMATA telah menganjurkan satu program umrah dan ziarah sempena musim cuti semester 2 bagi sesi pengajian 2009/2010 baru-baru ini. Program ini diketuai oleh Saudara Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi merangkap Ketua Biro Bimbingan Rohani PERMATA sesi 2009/2010. Turut mengiringi ialah Saudara Mohd Afiq Bin Adnan, Bendahari Agung MPPMJ.

Umrah dan ziarah ini memakan masa selama 10 hari bermula pada 10 Jun 2010 dan berakhir pada 19 Jun 2010. Rombongan ini bertolak dari Mu’tah  kira-kira pukul 3.30 petang pada 10 Jun 2010 dengan dianggotai oleh 39 ahli PERMATA termasuk 6 orang peserta dari Amman. Rombongan umrah kali ini mencatat sejarah kerana kali pertama dianggotai oleh kesemuanya mahasiswa Malaysia tanpa kehadiran Arab.

Rombongan selamat sampai ke Tanah Suci Madinah pada hari Jumaat, 11 Jun 2010 kira-kira pada pukul 10.30 pagi selepas perjalanan memakan masa hampir 20 jam. Rombongan berada di Madinah selama 3 hari dan berpeluang menziarahi tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Quba’, dan Masjid Qiblataini. Rombongan juga berpeluang menziarahi kilang percetakan Al-Quran yang dikelolai oleh Kerajaan Arab Saudi serta pasar tamar.

Pada hari Isnin, 14 Jun 2010 kira-kira pada pukul 9.00 pagi, rombongan telah pun bertolak ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah dan perjalanan memakan masa hampir 6 jam. Di Mekah, peserta-peserta berpeluang menziarahi Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah, Arofah dan tempat-tempat mengerjakan ibadah haji yang lain. Peserta umrah dan ziarah ini berada selama hampir 5 hari di Tanah Suci Mekah sebelum berangkat pulang ke Jordan pada hari Jumaat, 18 Jun 2010.

Wajah-wajah kesedihan jelas kelihatan pada wajah peserta-peserta setelah meninggalkan ‘Haromain’. Dalam diri masing-masing  berdoa dan berazam untuk kembali lagi menjadi tetamuNya pada masa yang akan datang. Mudah-mudahan umrah dan ziarah ini meninggalkan kesan yang besar dalam diri peserta-peserta serta merupakan satu suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan di bumi anbiya’, bumi simbahan darah syuhada’ ini.

3 Responses to " Laporan Program Umrah Dan Ziarah Bersama PERMATA 2010 "

  1. budak says:

    ayo gmba ak xde ke =p

  2. bkpo x letok gmbr hok kat tmpt cetok qur’an…?

    k, ado gmbr rama2 situ…

  3. budak says:

    betul3……………

Leave a comment