You Are Here: Home » BIRO PENEMPATAN DAN KESELAMATAN » LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA PERMATA 2011/2012

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA PERMATA 2011/2012

Lembu Korban

Mu’tah – 5 November 2011 – Biro Bimbingan dan Rohani serta Biro Kebajikan dan Penempatan PERMATA sesi 2011/2012 telah menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Eidul Adha 2011/1432H bertemakan “Sacrifice Produces Inner Strenght”. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula dari 5 hingga 8 November 2011 bertempat di Puskma,Wisma N9, Masjid Abdul Aziz Bin Baz dan Bayt Dimasyq yang melibatkan semua ahli PERMATA.

Program pada awalnya berlangsung di Puskma dan Wisma N9 dengan gema takbir dan solat isya’ berjemaah bagi syabab dan akhwat. Selepas itu, ahli PERMATA yang hadir disajikan dengan bicara kampus sempena  sambutan eidul adha bertajuk “Adha dan Kita” yang dikendalikan oleh seorang moderator iaitu  Ustaz Muhammad Aiman bin Jusni  dan 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Mohammad Amir bin Wan Harun, Ustaz Syed Mohd Muzzaffar bin Syed Azlan, dan Ustaz Mohd Ali bin Md Rejab. Kehadiran ahli permata adalah amat menggalakkan.

Kemudian program diteruskan pada keesokan harinya di Masjid Abdul Aziz bin Baz dengan solat sunat hari raya eidul adha secara berjemaah dan disusuli dengan khutbah hari raya yang dikendalikan oleh ustaz Mohd Hazmi bin Hanipa. Seusai solat hari raya, acara diteruskan dengan sesi bersalam salaman dan bergambar beramai-ramai. Jamuan hari raya juga turut disajikan kepada semua ahli yang hadir.

 

Lembu yang telah disembelih

Antara kambing yang disembelih

 

Program diteruskan di Bayt Dimasyq dengan acara penyembelihan 3 ekor lembu dan 13 ekor kambing yang dikendalikan oleh Presiden MPPMJ, Ustaz Muhammad Husin bin Fauzi dan ustaz Anhar bin Opir dan beberapa pelajar Mu’tah yang lain. Pada hari tersebut, acara bergotong royong dilakukan dengan aktiviti pelapahan daging oleh semua ahli jawatan kuasa dan ahli PERMATA. Pembahagian daging turut dilakukan pada hari tersebut kepada mereka yang mengambil bahagian. Pembahagian daging juga turut diagihkan kepada semua ahli PERMATA mengikut rumah masing-masing. Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

 

Jamuan hari raya Eidul Adha disambut dengan meriah pada keesokan harinya dengan pelbagai juadah yang disediakan khususnya untuk semua ahli PERMATA. Jamuan ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada sesi pertama sebelah akhawat bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Pembahagian daging turut dilakukan dalam jamuan tersebut bagi mereka yang belum lagi mengambil bahagian mereka.  Kemudian, sesi kedua diteruskan di sebelah syabab jam 12.30 hingga 3.00 petang. Majlis bersurai pada jam 5.30 petang setelah gotong-royong membersihkan kawasan siap dilakukan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh,

 

———————————-

(NURUL SYAHIMA BINTI  SABUDIN)

Setiausaha,

Program Sambutan Hari Raya Eidul Adha 2011/1432H.

PERMATA SESI 2011/2012.

 

 

About The Author

Number of Entries : 369

Leave a Comment

Scroll to top