You Are Here: Home » BIRO SAHSIAH DAN KEPIMPINAN » Laporan Program Ihya’ Ramadhan 1431H

Laporan Program Ihya’ Ramadhan 1431H

Tadarus, salah satu pengisian program Ihya Ramadhan 1431H

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) di bawah Biro Bimbingan Rohani (BBR) telah menganjurkan program Ihya’ Ramadhan yang bertemakan “Ramadhan: tetamu yang dinanti, pemergian dirindui”. Program tersebut telah diadakan selama sebulan bermula pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 H hingga 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 H. Program telah dirasmikan oleh wakil Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) iaitu saudara Azmuddin b Razali pada 3 Ramadhan 1431 H bersamaan dengan 13 Ogos 2010. Pihak program juga menjemput tetamu khas dari Universiti Mu’tah iaitu Dr Abdullah Fawwaz, Dekan Kuliah Syariah sebagai penceramah jemputan.

Program Ihya’ Ramadhan merupakan program tahunan Permata yang melibatkan seluruh ahlinya yang diadakan bersempena dengan bulan Ramadhan sebagai sebuah ladang yang subur untuk beribadah sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Oleh sebab itu, dengan alternatif ini pihak persatuan telah merangka program ini khusus untuk ahli Permata dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan ilmiah seperti ceramah Ramadhan , tadarus sebagai aktiviti harian di Puskma dan Wisma, musabaqah al-Quran, bengkel ilmiah, diskusi ilmiah, ifthar jama’ie dan pelbagai lagi pengisian yang menjanjikan pulangan manfaat.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya terdapat kekangan kewangan, terdapat kecacatan dan kelemahan serta kekurangan penglibatan ahli dalam program di atas faktor ramai yang pulang ke Malaysia dan hal-hal lain tetapi segalanya dapat disempurnakan dengan baik dan berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah, segala aktiviti sepanjang Ramadhan dapat berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya. Setelah hampir sebulan perjalanan Ihya’ Ramadhan, program diteruskan dengan majlis penutupan Ihya’ Ramadhan di Wisma BKMNS, pada 7 September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431 H, dengan ucapan Pengarah MSD, Ustaz Sulaiman bin Ismail dan juga merangkap sebagai Perasmi majlis penutup pada kali ini.

Antara Objektif program:

  • Mengajak seluruh warga Malaysia di Mu’tah khususnya para pelajar bersama menghayati kedatangan bulan Ramadhan.
  • Memberi suntikan rohani kepada warga Malaysia di Mu’tah untuk menambahkan amalan dibulan mulia ini.
  • Melahirkan insan yang beramal dengan ilmu yang dimiliki.
  • Mengukuhkan ukhuwwah yang sedia terjalin antara semua pelajar dengan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (MSD).
  • Memantapkan biah solehah di bumi Anbiya’ ini sempena bulan yang penuh berkat ini.

Memantapkan perpaduan dan kerjasama sesama biro dalam persatuan.

“RAMADHAN : TETAMU YANG DINANTI, PEMERGIAN DIRINDUI”

Disediakan oleh,

WAN HAKIMIN B WAN MOHD NOR

Setiausaha,

Program Ihya’ Ramadhan

Persatuan Mahasiswa Malaysia

Universiti Mu’tah (PERMATA)

About The Author

Number of Entries : 369

Leave a Comment

Scroll to top