LIQO’ ITQAN 2010
Mu’tah – 24 April 2010 – Dengan bertemakan “Seteguh Ikatan, Sehati Bersama” program Liqo’ Itqan yang dirancang selama hampir sebulan lebih telah berjaya dilaksanakan pada petang Sabtu yang lalu di Wisma Negeri Sembilan dengan kehadiran ahli yang membanggakan. Liqo’ Itqan yang menyediakan peluang untuk ahli memberikan kritikan dan pandangan kepada persatuan dengan saluran yang betul telah berjaya memberikan ruang dan peluang yang terbaik buat ahli untuk tujuan tersebut.
Kerancakan ahli dalam memberikan respon terhadap setiap perkara yang dibangkitkan melancarkan lagi perjalanan program. Bahkan ini juga memudahkan PERMATA untuk terus memastikan persatuan bergerak seiring dengan penerimaan ahli berdasarkan cadangan-cadangan bernas yang dikemukakan serta teguran membina daripada semua pihak.
Kebanyakan komentar yang diberikan adalah bertujuan untuk penambahbaikan PERMATA sendiri serta sebagai tanda semua ahli menyokong PERMATA untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada semua tanpa tujuan-tujuan yang lain. Perlaksanaan program Liqo’ Itqan dengan kerjasama BKMNS ini telah berakhir pada jam 6 petang dengan jaminan kepada semua pihak bahawa PERMATA sesi ini akan mengambil cakna atas semua cadangan serta kritikan yang diberikan untuk terus memberikan khidmat terbaik seiring dengan permintaan ahli-ahli PERMATA sendiri.
Diharapkan perlaksanaan Liqo’ Itqan ini menjadi pemudah cara untuk PERMATA mendekati semua ahli dalam usaha untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan apa-apa yang telah PERMATA sediakan serta laksanakan. Program diakhiri dengan sedikit jamuan ringan untuk semua ahli yang hadir sebagai tanda penghargaan dari pihak program untuk semua.
“MAHASISWA MATANG, PERMATA GEMILANG”
