29 Julai 2010, Rabu – Pertemuan secara rasmi Kelab Bola Sepak Mu’tah (KBSM) bersama badan pengurus padang ‘Mu’askar’ telah berjaya dijalankan. Pertemuan ini dihadiri oleh Tuan Presiden PERMATA, Ketua KBSM serta pegawai tertinggi badan pengurus padang Mu’askar. Hasil dari pertemuan ini, pihak KBSM dibenar menggunakan padang pada setiap hari jumaat dari jam 7 pagi sehingga jam 1 petang. Pegawai tersebut juga meminta agar diadakan gotong-royong di padang tersebut.
Pihak KBSM berharap agar peluang ini digunakan dengan sebaiknya. Pihak KBSM juga berharap hubungan baik di antara 2 pihak ini dapat dijaga untuk kemudahan bersama.
“Akal yang cerdas datang dari badan yang sihat”
Disediakan oleh,
Ahmad Fatin Mohamad Suhaimi
Ketua,
Kelab Bola Sepak Mu’tah (KBSM)
