You Are Here: Home » BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN » LAPORAN HARI KELUARGA PERMATA 2010/2011

LAPORAN HARI KELUARGA PERMATA 2010/2011


LAPORAN HARI KELUARGA PERMATA 2010/2011

Mu’tah – 29 April 2011 – Program Hari Keluarga PERMATA adalah program yang telah dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Penempatan (BKP) PERMATA dan Education Malaysian Jordan (EMJ) dengan kerjasama Biro Perhubungan (BP) dan Biro Kebudayaan dan Sukan (BKDS) PERMATA. Seramai hampir 250 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Mu’tah menyertai program yang telah dijalankan selama 2 hari ini.

 

Dengan bertemakan ‘Tenaga Bersama Kebajikan Diutama’, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga PERMATA disamping meraikan PERMATA MATANG yang menjangkau usia 12 tahun. Juga, memandangkan imtihan nihaie bakal hadir, pihak penganjur juga mengadakan program ini bagi merehatkan minda ahli-ahli PERMATA dengan aktiviti-aktiviti berbentuk santai.

 

Program Hari Keluarga PERMATA ini telah dijalankan bermula selepas asar pada 29 Mei 2011 dengan aktiviti Barbeque yang dijalankan di Bayt Izzudin bagi akhawat dan Syuqoh Mat’am Syuruq bagi syabab. Program diteruskan lagi pada keesokan hari 30 April 2011 dengan aktiviti Kembara Sufi. Berbeza kali ini dimana Kembara Sufi dijalankan di empat buah tempat iaitu kawasan Mazar, Karak, Jamiah Mu’tah dan kawasan Mu’tah sendiri. Kemuncak program adalah Majlis Makan Malam PERMATA yang telah dijalankan pada malam 30 April itu dengan kehadiran pimpinan PERMATA dan ahli-ahli PERMATA bagi meraikan PERMATA ke-12.

Barisan AJK Pelaksana Hari Keluarga PERMATA 2010/2011

 

Terima kasih diucapkan pada pihak yang terlibat dan tidak dilupakan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi Mu’tah yang menyertai program Hari Keluarga PERMATA ini.

 

Disediakan oleh,

NURUL FAREHAH MUSTAFA BAKELY

Setiausaha,

Program Hari Keluarga PERMATA

PERMATA SESI 2010/2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About The Author

Number of Entries : 369

Leave a Comment

Scroll to top