LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MU’TAH (AGM PERMATA) KALI KE-11
11 Julai 2010, Jumaat – Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA kali ke-11. Program ini telah berlangsung pada 9 Julai 2010 bersamaan 28 Rejab 1431 H bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Masrah dan Solah Abbasiyyah, Universiti Mu’tah.
Pada kali ini, program dipecahkan pada 2 sesi, iaitu sesi mesyuarat agung bermula dari sebelah pagi sehingga sebelah petang. Manakala pada sebelah malam sesi majlis penutup dan ramah mesra bersama mantan pimpinan PERMATA sesi 2009/2010 yang melibatkan pimpinan baru PERMATA sesi 2010/2011 termasuk ALT dan AMT dan juga ahli PERMATA kesuluruhannya.
Seramai 165 orang ahli PERMATA yang menghadiri program tersebut termasuklah syabab dan akhawat. Ianya diadakan bertujuan untuk mengisytiharkan perletakan jawatan bagi sesi kepimpinan yang lepas serta memperkenalkan kepada ahli sesi kepimpinan yang baru serta menyahut seruan dan melaksanakan tuntutan sepertimana yang termaktub di dalam piagam Perlembagaan PERMATA.
Pada kali ini program bertemakan “Pemimpin Aspirasi Ummah” sebagai satu tema yang cukup indah dan bersesuaian dengan keadaan waqi’ kepimpinan di Mu’tah.
Antara Objektif program:
- Melaksanakan tuntutan yang termaktub dalam Perlembagaan PERMATA
- Sebagai wadah muhasabah terhadap kepimpinan PERMATA bagi sesi lepas
- Menjadikan keputusan mesyuarat sebagai dasar ke arah penambahbaikan kepimpinan PERMATA pada masa akan datang.
- Mewujudkan suasana peka antara ahli persatuan dalam mencorakkan perjalanan kepimpinan PERMATA.
Antara pengisian yang telah dilaksanakan semasa program adalah pembentangan gerakerja serta laporan aktiviti dan kewangan tahunan PERMATA sesi 09/10. Seterusnya, di sebelah petang program diteruskan sayapnya dengan pengumuman keputusan pilihanraya PERMATA, sesi penyerahan tugas rasmi AMT dan ALT PERMATA sesi 09/10 kepada pimpinan baru PERMATA sesi 10/11 dan pembentangan dan perbahasan Usul dan Cadangan.
Manakala pada sebelah malam, ianya diteruskan dengan acara majlis penutup yang dihadiri oleh Ust Saifuddin B Husin, Pegawai Atase Pendidikan yang baru mewakili MSD dan juga merangkap sebagai Perasmi majlis penutup untuk AGM pada kali ini.

Secara keseluruhannya program kali ini berjalan dengan lancar walaupun masih ada sedikit kelewatan bermulanya program kerana terdapat ralat dari segi teknikal, tapi segalanya tidak dapat disempurnakan dengan baik melainkan tanpa keizinan Allah SWT.
Diharapkan semoga mahasiswa kali ini lebih matang dalam berfikrah dan professional dalam bertindak terutamanya dalam isu kepimpinan yang melibatkan pelbagai lapisan kerana isu kepimpinan adalah melibatkan isu maslahah ummah dan amanah dalam kepimpinan.
“PEMIMPIN ASPIRASI UMMAH”
“CEMERLANG MAJU GEMILANG”


Salam..bila tengok gambar Husin ni, dapat rasa besarnye t/jawab dan amanah yang dipikul.. ingat tau.. jadi pemimpin ni jgn ikut perasaan..tapi ikut syariat dan landasan Islam yg sebenar walau kadang kala ia amat sukar.anggap ianya sbg amanah dan t/jwb smata2 krn Allah..jgn rasa t/jwb ni sbg beban..