Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan ini saya, Muhammad Hussin Bin Mohd Fauzi selaku Presiden PERMATA sesi 10/11 mengesahkan bahawa saya telah menerima surat perletakan jawatan Saudara Azmuddin Bin Razali sebagai Ahli Lembaga Tadbir PERMATA sesi 10/11. Perletakan jawatan ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Dengan itu, Ahli Mesyuarat Lembaga Tadbir telah sebulat suara melantik Saudara Azmuddin Bin Razali sebagai Ahli Lembaga Penasihat PERMATA sesi 10/11 untuk menjaminkan keselarasan gerak kerja dan penyaluran maklumat yang efektif dari PERMATA ke pihak MPPMJ.
Hasil dari persetujuan bersama, Ahli Mesyuarat Lembaga Tadbir juga telah sebulat suara melantik Saudara Muhammad Fadzil Athif Bin Khairuddin sebagai Ahli Lembaga Tadbir yang menggantikan kerusi Saudara Azmuddin Bin Razali.
Sekian dimaklumkan.
Terima Kasih.
Yang Menjalankan Amanah,MUHAMMAD HUSSIN BIN FAUZI Presiden, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah
