Home » MPPMJ, Terkini PERMATA » Kempen Membaca SeJordan MPPMJ!

Kempen Membaca SeJordan MPPMJ!

Assalamualaikum W.B.T

“Read, you’ll conquer the world!”

Bersempena dengan Projek Gempur Mahasiswa (PGM 2012) anjuran Biro Pembangunan Minda dan Akademik (BPMA) sesi 2011/2012, pihak BPMA MPPMJ membawakan kepada anda:

 

“KEMPEN MEMBACA SE-JORDAN DAN PERTANDINGAN KUIZ ONLINE”


 


Apakah objektif kempen membaca ini diadakan?

  1. Memupuk minat membaca ahli terhadap bahan bacaan ilmiah samada berbentuk akademik atau bukan akademik.
  2. Memberikan pendedahan berguna terhadap jati diri dan peranan seorang mahasiswa muslim dalam rangka mengesani masyarakat dengan pembudayaan ilmu.
  3. Melahirkan generasi mahasiswa muslim yang setanding dengan ilmuwan Islam terdahulu dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan.

 

Apakah konsep pelaksanaan kempen ini?

  1. Pihak BPMA MPPMJ akan menyenaraikan beberapa buah buku pilihan (e-book) yang boleh dimuat turun oleh setiap ahli.
  2. Kempen ini bertujuan untuk membantu ahli memenuhi fatrah cuti semester dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
  3. Setiap ahli berhak memilih untuk membaca dan menghabiskan mana-mana judul buku dari genre yang berbeza (5 genre ditawarkan).

 

Bilakah bermula dan berakhirnya tempoh kempen?

  1. Kempen Membaca Se-Jordan ini akan bermula dari 23 Januari 2012 sehingga 20 Februari 2012

 

Apakah yang seterusnya?

  1. Pihak BPMA juga mengadakan Pertandingan Kuiz Online yang akan bermula dari 21 Februari 2012 – 22 Februari 2012

 

Apakah tujuan pertandingan ini diadakan?

  1. Memberi galakan dan insentif kepada ahli yang berjaya membaca beberapa buah buku pilihan.
  2. Sebagai salah satu kayu ukur objektif kempen membaca yang diadakan.

 

Bagaimanakah Pertandingan Kuiz Online diadakan?

  1. Pertandingan ini akan diadakan sebanyak 2 siri kuiz berbentuk spreadsheet (satu siri setiap hari) sepanjang tempoh pertandingan.
  2. Pihak BPMA akan mengeluarkan dan mempromosikan link spreadsheet tersebut di laman-laman rasmi MPPMJ serta persatuan-persatuan Zon.
  3. Spreadsheet berkenaan akan dikeluarkan pada masa tertentu dan setiap ahli yang mahu mneyertainya mestilah memenuhi jawapan pada spreadsheet tersebut, dan menghantarnya kembali sebelum waktu yang ditetapkan pada setiap hari/siri.

 

Hadiah yang ditawarkan?

  1. Penyampaian hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang pertandingan ini bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-6 (PERTAMA VI).

 

Siapakah yang boleh menyertai kempen membaca dan pertandingan ini?

  1. Terbuka kepada semua mahasiswa Malaysia Jordan walau di mana sahaja anda berada.

 

 

Dibawakan khas oleh;

Biro Pembangunan Minda dan Akademik (BPMA),

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),

Sesi 2011/2012.

________________________

LINK KE UPLOADED E-BOOK

http://www.scribd.com/doc/78831557/Harun-Yahya-Islam-Signs-of-God

http://www.scribd.com/doc/78832349/Hatiku-Milikmu-Fatimah-Syarha

http://www.scribd.com/doc/78832374/Fiqh-Sirah-1-Syed-Ramadhan-Al-Buti

http://www.scribd.com/doc/78998458/%D8%BA%D9%8A%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A%D9%86-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AC%D8%AA%D9%85%D8%B9-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A

http://www.scribd.com/doc/78972038/Islam-Phobia-John-Espostiso

 

Leave a comment