Kitab Anwar Masalik Syarah Umdatus Salik wa Uddatun Nasik
Disampaikan oleh : Dr. Abdullah Fawwaz
Pengenalan
Solat sunat Gerhana terbahagi kepada dua: Solat sunat gerhana matahari (Kusuf)dan solat sunat gerhana bulan (Khusuf).
Hukum
Sunat Muakkad atau sunat yang digalakkan.
Tempat
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat. Dan disunatkan dihadiri oleh kaum wanita yang tiada halangan baginya (halangan seperti tua dan sebagainya) bagi yang ada halangan boleh didirikan di rumah.
Cara menunaikan Solat Gerhana
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
- Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.
- Solat yang sempurna dilakukan dengan dua kali ruku’ dan dua kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
- Solat yang paling sempurna ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Cara solat gerhana diringkaskan seperti berikut:
Cara A:
Rakaat pertama
- Niat solat Gerhana, Takbir
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- I’tidal
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
- Niat solat Gerhana, Takbir.
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal,
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud
- Tahiyyat Akhir
Cara B:
Rakaat Pertama
- Niat Solat Gerhana
- Takbiratul Ihram.
- Membaca doa iftitah
- Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
- Ruku’ dan membaca tasbih dengan kadar kira-kira membaca 100 ayat daripada surah al-Baqarah.
- Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
- Ruku dangan membaca tasbih dengan kadar kira-kira membaca 80 ayat.
- Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah).
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kembali.
- Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat Kedua
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
- Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
- Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
- Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
- Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kembali.
- Membaca tasyahud akhir.
- Memberi salam.
Khutbah Gerhana
Khutbah solat gerhana seperti khutbah solat Jumaat pada rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Bezanya khutbah Jumaat dilakukan dipermulaan solat namun solat sunat gerhana dilakukan pada pengakhiran solat gerhana.
Info Tambahan
- Tidak diharuskan menambah qiyam dan ruku’ (menjadi tiga bagi satu rakaat) sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan qiam dan ruku’ (menjadi satu bagi satu rakaat) sekalipun gerhana sudah berlalu.
- Jika gerhana sudah berlalu dan hilang sedang kita masih belum bersolat maka tidak perlu bersolat.
- Namun jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka sempurnakan solat tersebut dan solat itu dikira sah.
