Home » Ilmiah, Terkini PERMATA » KELAS TAFAQUH : Kesan Syubhat Dalam Kekayaan Fiqh

KELAS TAFAQUH : Kesan Syubhat Dalam Kekayaan Fiqh

[Ringkasan Kelas Tafaqquh Dr. Syuwess Mahamid]

Disediakan oleh : Azmuddin Bin Razali (Biro Akademik PERMATA 09/10)

Di dalam kelas yang lepas, kita telah di dedahkan dengan pro dan kontra seruan tajdid yang dilakukan oleh segolongan ulama.Pada kelas kali ini, pensyarah telah menerangkan tentang syubhat-syubhat yang dilontarkan terhadap kitab-kitab fiqh berserta jawapan untuk menjawab lontaran-lontaran tersebut.Antara syubhat-syubhat yang dilontarkan adalah :

  1. Hukum yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh tidak berdasarkan dalil syarie.
  2. Banyaknya mazhab serta khilaf yang berlaku di dalam satu mazhab
  3. Perkembangan : lambakan kitab fiqh serta sukar untuk menguasainya dan sukar membezakan antara yang kuat dan lemah.

Syubhat yang pertama : Hukum yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh  atau kebanyakkannya tidak bersandarkan kepada dalil syarie. Terdapat juga pendapat-pendapat yang disandarkan kepada dalil yang syubhat, dhaif dan maudhu’.

Jawapan kepada syubhat :

  1. Hukum-hukum yang tidak disebutkan dalil seperti mana yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh tidak bermakna hukum-hukum tersebut tidak disandarkan kepada dalil.Bahkan ianya adalah sebagai ringkasan, memudahkan untuk hafalan dan memudahkan untuk rujukan.Seperti mana yang terdapat di dalam sesetengah kitab fiqh seperti buku berbentuk matan dan sebagainya.
  2. Nisbah pendapat yang bersandarkan kepada hadis-hadis syubhat adalah sedikit jika mahu dibandingkan dengan pendapat-pendapat yang lain.Namun ulama juga telah mengambil berat berkenaannya dengannya dengan mengiktibar pendapat tersebut adalah syaz.
  3. Ilmu mentashihkan serta mendhaifkan hadis telah datang kemudian daripada pedapat-pendapat fuqaha mengenainya.Kebarangkalian juga tidak terdapat dalil dalam sesuatu masalah melainkan hadis itu, maka diambilnya hadis itu. Perkara mentashih serta mendhaifkan hadis adalah perkara ijtihad, dan bergantung kepada syarat-syarat rawi dari segi jarah wa ta’dil, dan ianya bukanlah sesuatu yang disepakati didalam bahagiannya.Sesetengah ulama yang telah mendhaifkan sesuatu hadis, boleh jadi ulama yang lain mengiktibar hadis itu sahih.
  4. fuqaha mengistinbatkan hukum bersandarkan hadis-hadis, dan tidak terdapat fuqaha yang berpegang kepada pendapatnya dengan meninggalkan hadis-hadis soheh ataupun bersandarkan pandangan dengan hadus dhaif ataupun maudhu’ dengan secara bersengaja.

Namun jika terdapat hadis namun mereka tidak mengambil hadis tersebut sebagai dalil adalah disebabkan beberapa perkara :

  1. Tidak menganggap nabi s.a.w mengatakannya
  2. Tidak menganggap kemahuan masalah tersebut dengan hadis tersebut
  3. Menganggap hukum tersebut dimansukhkan

Leave a comment