Home » BKDS, Terkini PERMATA » Karnival Sukan Mahasiswa Se-Jordan (KARISMA 2010)

Karnival Sukan Mahasiswa Se-Jordan (KARISMA 2010)

Mafraq – 29,30 April & 1 Mei 2010 – Karnival Sukan Mahasiswa Se-Jordan (KARISMA 2010) telah berlangsung selama 3 hari di Universiti Al-Bayt, Mafraq. Empat mantiqah bersaing di KARISMA 2010 bagi merebut gelaran juara dalam sukan-sukan yang dipertandingkan. KARISMA 2010 kali ini membawa tema “Minda Atasi Upaya” dengan mempertandingkan 5 permainan iaitu Bola Sepak (L), Bola Jaring (P), Bola Tampar (L,P), Ping Pong (L,P), Badminton (L,P), dan sukan padang seperti Acara Balapan (100 M, 200 M, 400 M, 4×100 M, 4×400 M, 1500 M). Zon Mu’tah juga tidak ketinggalan dalam menghantar atlet-atlet bagi setiap sukan yang dipertandingkan ke Mafraq walaupun dalam keadaan fatrah imtihan thani.  Sehari sebelum bertolaknya atlet-atlet & penyokong ke Mafraq, di sebelah pihak akhwat telah mengadakan solat hajat bagi memberkati perjalanan ke Mafraq seterusnya menggondol gelaran juara bagi tahun ini. Zon Mu’tah telah menghantar seramai 48 orang atlet akhwat dan 80 orang atlet syabab juga membawa seramai 20 orang penyokong yang diketuai oleh ketua kontijen Ahmad Faisal Bin Mamat serta dibantu oleh Timbalan Ketua Kontijen Noor Asran Binti Basiron. Sebanyak 3 buah bas digunakan untuk membawa atlet dan penyokong ke Mafraq yang bertolak pada 29 April pada pukul 5 petang dan akhirnya sampai di Universiti Al-Bayt pada pukul 12 tengahmalam. 30 April telah diadakan pertandingan sukan Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton dan Ping Pong pada tempat-tempat yang berbeza di sebelah akhwat manakala di sebelah syabab pertandinngan bola sepak telah dijalankan pada sebelah pagi dan sukan bola tampar, badminton serta ping pong diadakan di sebelah petang. Walaupun dalam keadaan hujan, pertandingan dijalankan seperti  biasa dengan semangat jitu yang ada dalam setiap pasukan dan berbekalkan tema “Minda Atasi Upaya”. Pada hari berikutnya 1 Mei telah dijalankan pertandingan bagi sukan padang seperti (100M, 200M & 4x100M bagi akhwat) dan (100M, 200M, 400M, 4x100M, 4x400M, 1500M bagi syabab) serta pertandingan akhir bagi Bola Tampar (P,L), Badminton (L), juga sukan Bola Sepak.

Kemudian pada sebelah tengahari telah berlangsungnya Majlis Penutup, Pertandingan Perbarisan setiap mantiqah dan Penyampaian Hadiah bagi setiap acara. Pertandingan perbarisan setiap mantiqah berdasarkan warna mantiqah dan kekereatifan ketua dan timbalan ketua kontijen masing-masing. Mantiqah Mu’tah telah diwakili dengan warna hijau sebagai lambang KARISMA 2010 pada tahun ini, manakala Irbid (kuning), Mafraq (merah) dan Amman (biru). Penyampaian hadiah pun berlangsung selepas pertandingan perbarisan. Antara keputusan pertandingan KARISMA 2010 kali ini bagi mantiqah Mu’tah ; Bola Tampar (P : Emas & Gangsa) (L : Perak), Bola Sepak (L : Emas), Bola Jaring (P : Emas & Gangsa), Badminton (L & P : Emas), Ping Pong (L : Emas) (P : Gangsa) dan acara sukan padang (L : 2 Emas, 3 Perak & 1 Gangsa) (P : 1 Perak & 2 Gangsa) serta penjaga gawang gol terbaik bagi individu yang dianugerahi kepada saudara Mohammad Fakhrullah dalam sukan bola sepak. Mu’tah telah memenangi tempat kedua bagi pertandingan perbarisan sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi KARISMA 2010 pada kali ini dengan mata sebanyak 845 mendahului 3 mantiqah yang lain. Mu’tah bertolak pulang dari Mafraq pada pukul 5 petang dan sampai di Mu’tah pada pukul 10 malam.

klik untuk saiz sebenar

Usaha gigih, latihan, doa dan segala masalah yang datang dapat diatasi atas kerjasama dari semua pihak yang berusaha menghantar atlet-atlet Mu’tah ke KARISMA 2010 di Mafraq membawa satu hasil yang amat bermakna dan kenangan yang paling manis dalam tampuk pimpinan PERMATA 09/10 pada kali ini apabila Mu’tah berjaya menggondol gelaran juara. Sekalung tahniah juga kepada semua AJK Pelaksana KARISMA 2010 pada kali ini yang berjaya melaksanakan KARISMA dengan jayanya dan tidak lupa juga kepada Mantiqah Irbid, Mafraq serta Amman. Semoga usaha yang dilakukan secara langsung dan tidak langsung ini diberkati Allah dan mendapat keredhaanNya. Semoga kita jumpa lagi pada KARISMA 2011 di Irbid.

“Minda Atasi Upaya”

“Semangat Atasi Segalanya”

“Mahasiswa Matang PERMATA Gemilang”

Disediakan oleh : Biro Kebudayaan dan Sukan

Leave a comment