Hapuskan air matamu, bergembiralah!
*Tika kau sanggup bersengkang mata, menahan jerih payah menadah kitab dan murajaah demi memahami pelajaran..
Bahagialah kerana saat itu, kau sebenarnya telah menyediakan ibu bapamu untuk menitiskan air mata kegembiraan saat kau berjaya..dan tika itu juga kau bukan lagi manusia jahil..malah bakal mengeluarkan manusia lain daripada gelap kepada terang..daripada jahil menjadi alim..
*Tika orang lain enak diulit mimpi, sedang kau melawan keinginan untuk terus tidur..kesejukan dini hari kau tahan utk berwudhu’ demi untuk merintih merayu mengadap Allah..
Bahagialah, kerana saat itu, kau sebenarnya telah menyediakan saat-saat bahagia pada saat bertemu Rabbun Jalil.. bukankah orang yang menghidupkan malam itu darjatnya diangkat, mizan kebaikannya diberat, wajahnya dicahaya..
*Tika orang lain enak menikmati makanan, kau pula lapar menahan pedih di perut untuk berpuasa..
Bahagialah, kerana orang yg berpuasa itu nanti akan dipersilakan masuk ke pintu syurga “Orang-orang yang berpuasa”.
*Tika pasangan yang lain asyik memadu asmara, saling keluar berduaan bak belangkas, kau pula menahan keinginanmu sedang kau ada rasa cinta itu, tapi kau pendam kerana takutkan Allah…
Berbahagialah, kerana saat itu Allah telah menyediakan pasangan yang terbaik buatmu, dan memberikan nikmat yg lebih lagi kerana kau memelihara syariatnya…
*Tika teman-temanmu yang lain, berhias menggunakan segala perhiasan yang ada, kau pula membaluti dirimu, menahan panas dan menjaga pandangan daripada menjadi tarikan @ tertarik..
Berbahagialah, kerana saat itu juga Allah memuliakan maruah dirimu, dan mengangkat dirimu ke tempat yang trpuji lagi mulia. Hanya insan yang benar-benar soleh sahaja yg dapat menatapmu..
*Tika yang lain sibuk mengejar kekayaan dunia untuk diri hingga melupakan akhirat, kau pula sibuk mencari kurniannya utk diberikan kepada orang ramai dan dalam masa yang sama mengejar akhirat…
Berbahagialah kerana saat itu, kedua-duanya kau kecapi. Kepuasan hidup, erti hidup pada saling berbagi malah ketenangan dunia akhirat kau bakal kecapi. Masakan tidak, bekerjalah seakan-akan kau akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah seolah-olah kau akan mati esok hari.
*Tika orang lain sibuk mengurus hal diri sendiri, sedang kau pula hidup demi orang lain..menyebarkan ilmu dan dakwah, membentuk manusia-manusia menjadi hamba yang mengenal Allah, mewakafkan dirimu untuk perjuangan…
Berbahagialah, kerana saat kau pejamkan mata.. ilmu yang kau curahkan telah pun mengalir kedalam jasad-jasad org yang mengamalkan ilmumu.. bakti yang kau curahkan telah pun mengeluarkan manusia lain dari kesusahan.. dan sedekah yang kau hulurkan telahpun menjadi amal kebajikan..
Oleh itu, jangan bersedih andai kau terpaksa melalui susah payah derita hidup di dunia..
Kerana sunnatullah memang begitu. Tiada kegembiraan yang dapat dikecapi tanpa penat lelah, maka usah lemah semangat untuk bersusah sedikit di dunia..kerana nikmat syurga dan redha Allah itu kekal abadi selamanya..sedang dunia bakal musnah dan sementara… Janji Allah itu benar, dan Dialah yang paling menepati janji..
Nukilan:
Siti Aisyah Bt Romli
Tahun 3,
Bahasa dan kesusasteraan Arab.

