Home » Terkini PERMATA » Bingkisan Rasa buat Sang Pejuang

Bingkisan Rasa buat Sang Pejuang

Tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya,

dengan pelbagai catatan suka dan duka,

berbagai kisah datang dan pergi,

bersama aneka watak yang punya karakter tersendiri..

 

Namun sayang..

mentari 2012 yang mula menjelma,

yang diharap mewarnai dunia dengan ceria,

kini seakan sirna dek sebuah tragedi duka,

angkara kezaliman yang tidak pernah mengenal mangsa,

angkara ketamakan pada sebuah kekuasaan yang fana,

yang lantas memadamkan cahaya keadilan pada mata manusia..

 

Benar,

lipatan sejarah telah membuktikan,

sesungguhnya kekuasaan itu membuat manusia buta,

sesat dalam belantara noda takhta,

lemas dalam pujukan rayuan wanita,

lantas tersungkur dalam timbunan harta yang berjuta..

 

Saat ku susuri kisah mereka,

yang menjadi mangsa pada ketamakan harta dan kuasa,

pelupuk mataku mula berkaca,

menahan sendu yang muncul tiba-tiba,

serentak kalam hatiku berkata:

 

Mengapa, kenapa, dan atas dasar apa,

mereka dikasari semahu-mahunya,

dizalimi hingga hilang daya dan upaya,

layaknya anak patung yang tidak punya harga dan nyawa..

Adakah kerana mereka menggugat keamanan?

atau kerana mereka menimbulkan kekecohan?

ataukah kerana mereka ingin menjatuhkan kerajaan??

 

Tidak..sekali-kali tidak..

matlamat mereka hanya satu,

untuk menuntut keadilan yang hakiki,

yang suatu ketika dulu pernah mereka miliki,

namun kini telah luput seiring masa yang berganti pergi..

 

Sabarlah, tabahlah dan istiqamahlah

dan ikhlaskanlah hatimu wahai pejuang-pejuangku..

kerana tiap titik darah dan air mata,

tiap saat sukar, getir dan duka,

pasti ada nilaian disisiNya..

Dan moga tiap keperitan yang menjelma,

semuanya bernilai ibadah disisinya,

juga menjadi bekalan dalam menggapai redhaNya..

 

 

*dedikasi khas buat pejuang-pejuang islam yang terlibat di UPSI baru-baru ini & secara umumnya buat semua mhasiswa/si yang bakal menjadi pejuang Islam satu hari nanti..

Istiqamahlah wahai teman-temanku..

Sesungguhnya tiada jalan mudah dalam mencapai redhaNya.

 

coretan tinta;

 

Farhah Nadhirah Rusli

Tahun 1,

Takhassus Bahasa & Kesusasteraan Arab

 

Leave a comment