
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah atau singkatannya (PERMATA), merupakan persatuan pelajar Malaysia yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) serta Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (EMJ).
Hala Tuju Permata Sesi 2011/2012.
Visi :
Ke arah pembentukan generasi mahasiswa Islam yang dinamik berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah serta mampu mengaplikasikan ilmu selari dengan keperluan semasa.
Misi :
1) Membina Keluarga PERMATA dalam kalangan ahli
2) Meningkatkan intergriti mahasiswa Islam secara kolektif yang cakna dan profesional (tersusun dan berkumpulan)
3) Membudayakan ilmu dan memantapkan thaqafah dalam Keluarga PERMATA
4) Menyatukan idealisme secara harmoni dalam meraikan pandangan yang pelbagai.
Motto : ”Keluarga PERMATA, Inspirasi Bersama”
ORGANISASI PERMATA 2011 / 2012











