Kelas tafaquh
Oleh : Dr Syuwess Mahamid
Seruan tajdid
Ianya adalah merupakan suatu seruan yang mengajak manusia kembali kepada Al-quran dan As- sunnah.Seruan yang dikatakan ini merangkumi perkara-perkara berikut :
- Tidak bermazhab
- Kesalahan yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh
- Membebaskan diri daripada taasub dan taqlid
Pembaharuan yang berlaku ini tidak hanya tertumpu pada kembali kepada Al-quran dan As-sunnah, dan tidak hanya tertumpu kepda ahli salafi sahaja, bahkan ianya juga turut berlaku dalam bidang tasawuf dan bidang lain-lain.
Ianya mampu membebaskan masyarakat terikat dengan kata-kata ulama tanpa kembali kepada nas-nas syariat, kita perlu kembali Al-quran dan As-sunnah, dan kita mesti mengetahui kesalahan-kesalahn yang terdapat kitab-kitab fiqh.Fikrah kembali kepada quran dan sunnah ini adalah suatu yang benar namun ianya telah di salah paham segolongan masyarakat.
Berpegang kepada kata-kata imam mazhab empat di dalam semua masalah adalah suatu pemahaman yang salah. Ini kerana ianya mampu memisahkan manusia dengan nas-nas Al- quran serta As-sunnah. Sebagai contoh, kebanyakkan ulama-ulama fiqh telah membukukan kitab-kitab fiqh dan daripadanya berbentuk matan dan pelbagainya. Namun, memang diakui ianya banyak memberi manfaat yang besar terhadap ilmu fiqh.Namun, sedarlah bahawa ianya mempunyai keburukan iaitu menjadikan masyarakat tidak berpegang kepada dalil. Dan cara sebegini tidak mampu membentuk suluk manusia.Berbanding dengan seorang mufassir ataupun hadis, yang mana mereka ini mempunyai kesan terhadap jiwa berdasarkan ilmu-ilmu mereka kerana disebabkan bertaamul dengan quran dan sunnah.
Seruan yang dilakukan ini mampu menjadikan ilmu fiqh ke arah suatu pembentukan akhlak. Sebagai contoh, ketika mana kita mengatakan hukum wudhu’ dengan dalil-dalil nas syarie tanpa menaqalkan kata-kata ulama sahaja. Ini kerana ianya mendatangkan kesan terhadap jiwa yang kuat berbanding kita menaqalkan kata-kata ulama sahaja tanpa menyatakan dalil.
Seruan yang dilakukan ini merupakan suatu penyatuan rujukan dan bukanlah untuk menyalahkan kitab-kitab fiqh serta ulama-ulama mazhab.
Namun ianya adalah sebagai rujukan dan penilaian ketika mana terdapat khilaf antara ulama-ulama.Ianya juga menjauhkan manusia berpegang kepada kata-kata yang tidak mempunyai dalil.
Perlu dipahami, seruan ini adalah untuk semua ummat islam, bukan sahaja kepada golongan tertentu.
Kebaikan seruan ini:
- Membebaskan daripada perkara-perkara bid’ah
- Menghasilkan ulama yang beristinbat hukum dengan berdalilkan quran dan sunnah
Keburukan seruan ini :
- Masyarakat am kebanyakan tidak mampu mengistinbat hukum dengan menggunakan quran dan sunnah secara langsung, maka seruan ini untuk mereka yang memahami syariat islamiyah serta mendalaminya.
- Memerangi mazhab, dan mengatakan mazhab adalah suatu yang salah – Mazhab merupakan suatu wasilah kepada masyarakat untuk memahami sesuatu ilmu fiqh itu sendiri –
- Tohmahan yang mengatakan terdapat banyak kesalahan yang didapati di dalam mazhab.
Disediakan oleh :
Azmuddin bin razali
(Biro Akademik 2009/2010)
