PERMATA | Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah Jordan » Terkini PERMATA

Pedusi Itu Serikandi -Catatan HELWANIS-
Pedusi Itu Serikandi

Pedusi~

Disinonimkan kepada ‘wanita’ yang membawa kepada inspirasi

Si Mawar berduri

Berhati bidadari

Bukan lagi dicop sebagai hamba abdi

yang menjadi Pewaris Panji-panji kesatria PERMATA kini

Agar musuh-musuh islam terus menggeruni..

Kalian sebagai Mutiara Dari Ilahi

Sesungguhnya mekar sebagai serikandi

Melebarkan sayap kiri buat jundi

Mara dengan membawa revolusi tersendiri~

Pedusi itulah serikandi!

Siapa Bilang pedusi itu tiada izzah kegemilangannya? Yang mengegar dunia hanya dengan sekelip mata..Hanya dengan suara dan langkah hayunan yang membara,membawa setangkai azimat kudrat pinjaman dari Yang Esa..Cantas kemungkaran yang menjelma.

Pedusi itu sayap kiri buat jundi..

Sungguh..Meninjau-ninjau Haikal Usrah Muslimah~‎

Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti ..

Sayugianya usrah muslimah perlu memiliki ‘Haikal’ yang lengkap dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’ yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah!

Sekilas pandang,betapa peri pentingnya pedusi disisi untuk membawa dakwah sehebat serikandi seperti di zaman Baginda..bagaimana pedusi mencorak bait muslimnya dengan biah islamiah,markaz dakwah..kreatif menebarkan benih-benih dakwah di tapak semaian madrasah Lillah..

Sungguh…

Pedusi itu harapan ummah..dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah

Sebuah madrasah yang bertanggungjawab mencorak individu muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai hamba ALLAH..

Jua membina peribadi penerus kesenimbungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu saiditina Asma’,Khadijah,Fatimah,sufi Rabiatul Adawiyah dan seumpamanya..

Kejayaan sesebuah usrah muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu muslim yang memiliki identiti dan kualiti muslim Rabbani..

Dan Kegemilangan pedusi atau usrah muslimah itu tidak hanya terhenti pada rupa wajah zahir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini..

Bahkan sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada ‘pedusi’ tersebut.

Pedusi itu bakal berpencak segagah serikandi..

Memetik kalam bicara serikandi berselubung hitam “khaulah bt Azuar”

“Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut .Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.

Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang mereka,Perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InshaAllah Pertolongan ALLAH sudah dekat.”

Jadi..~

Kembali menjaga ukhuwah

Tembusi hati dengan dakwah. Teruskan bermujahadah..Hati itu bukan milik sesiapa,hanya milik Sang Pencipta Yang Berkuasa.

Pedusi..Mari menjadi teman akrab kepada pendakwah dalam menyalakan suluhan tarbiah islam dengan megah.

Pedusi..ayuh Menjadi sendi menggembleng peranan dan potensi ke arah produksi lebih ramai insan berkualiti,ditengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman masa kini..~

Kitalah pedusi,kitalah serikandi..

Mantapkan persiapan diri;dalam menuju gerbang bertemu Ilahi..

Buat warga PERMATA,

Anda Mahasiswa Kita,

Gerbang universiti kedua bukanlah suatu bebanan yang nyata

Di situ mengasuh kita beraksi lebih terbuka minda

Kepimpinan itu perlu dibentuk

Bukan hanya sekadar mengikut telunjuk

Ikutilah qudwah Hasanah yang ditunjuk

Terus menjadi Mahasiswa cakna,mesra dan profesional

Mahasiswi yang membawa Moto Celik,cerdik dan cantik

Celik kerna cakna

Cerdik membawa saff yang wibawa

Cantik bukan kerna rupa..namun membawa Keizzahan Akhlak yang tiada tara!~

Pedusi..andalah serikandi!

Hasil Nukilan:

Nur Fatin Najihah Bt Mohd Khoirrussifa Al Muaddibu

Tahun 4,

Bahasa dan kesusasteraan Arab.

TEGURLAH AKU- Catatan HELWANIS
Tegurlah Aku

“kita sering menilai SIAPA yang menegur, bukannya apa yang ditegur.”

Begitulah manusia.  Mereka sesekali tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Dan kesilapan ini akan terus berterusan sekiranya tiada sesiapa yang menyedarkan. Namun, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Biasanya manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri mereka mempunyai sifat ego.  orang yang menerima teguran pula akan sentiasa merasakan diri mereka betul biarpun dia dilandasan yang salah. Dan secara ghalibnya, mereka ini akan sedaya upaya membenarkan diri mereka tanpa mengambil faedah dari teguran tersebut.

“erm, cakap tak serupa bikin”

“macam lah dia bagus sangat nak tegur-tegur orang..”

“fikirrrr bagus kot..”

label ini sering terlekat kepada si pemberi teguran . Oleh sebab itulah orang yang memberi teguran juga perlu memainkan peranan yang sangat  penting terhadap apa yang ditegurnya. Biasanya orang akan menilai keperibadian, akhlak dan sikap orang yang memberi teguran tersebut. Bimbang jika dikecam seperti ” bagai ketam mengajar anak berjalan lurus”,

Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun ianya pahit. bahkan Islam juga telah menyediakan garis pandu yang baik dalam membuat teguran.

Fokus utama dalam memberi teguran adalah berbalik kepada soal niat. Niat perlulah bertujuan demi kebaikan orang itu, bukannya bertujuan menjatuhkan, menghina, membuka aib, memburukkan dan apa-apa sahaja niat buruk.

3 garis pandu sebelum membuat teguran:

1. tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur

2. waktu yang sesuai untuk menegur

3. memahami kedudukan orang yang ditegur

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik

(16:125)

Cara menegur manusia juga perlulah dengan berhikmah. Tidak semberono dengan segaja mencari-cari kelemahan seseorang itu. Harus ingat: bahawa menegur juga mempunyai uslub yang sama seperti dalam menyampaikan dakwah. Maka dengan itu, si penegur haruslah bersikap seperti daei dalam membimbing mad’u nya.

Hidup seorang mu’min itu seharusnya menjadi cerminan kepada mu’min yang lain. Jika kita melihat suatu kebaikan yang dilakukan kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikankepada Islam. Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita haruslah mencegahnya. Itualah yang dituntut!

Marilah kita saling tegur menegur antara satu sama lain dan berpesan-pesan dalam perkara kebaikan dan kesabaran. Terimalah teguran dengan hati terbuka serta bersangka baik dengan teguran yang diberikan. Dan berialah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan sebaiknya.

menghayati kata-kata Saidina Ali KW:

انظر إلى ما قال ولا تنظر إلى من قال

“Lihatlah pada apa yang dikata, dan janganlah lihat pada siapa yang berkata.”

wallahu’alam.

Hazirah binti Isa

Tahun 1,

Fiqh wa Usuluhu

Sejenak Salju Mutah
Mu’tah dilitupi salju..Antara topik yang hangat setiap kali musim syita’..Yang hangatnya sehingga menjadi igauan pelajar Malaysia di Mu’tah..Yang hangatnya menyebabkan mahasiswa Mu’tah kembali beraksi bak kanak-kanak ribena seketika..

Namun tujuan tangan ini bertinta bukanlah untuk menghuraikan tentang spesifik salji di Mu’tah apatah lagi untuk berkongsi pengalaman bermain salji..Yang pastinya salji bukan semata-mata salji..

Terngiang sedetik di telinga nasihat mahaguru..’we need to look at the other side of the coin’..Jadi,setiap peristiwa yang singgah di dalam hidup ini kita perlu lihat dari setiap sudut..Bukan hanya dari sudut hadapan malah atas,bawah,kiri,kanan,bucu hatta penjuru..

Apa simbolik di sebalik salji?..Turunnya pada musim syita’ yang kebekuannya memeluk tubuh kerdil kita..Warnanya memutih seputih tepung gandum yang Arabian guna untuk buat roti..(Kalau anda ada perumpamaan yang lebih sesuai,anda boleh je gunakannya)..Halusnya lembut di tangan..Turunnya kadang-kala lebat,kadang-kala merintik..

Salji yang turun pada awalnya memang putih bersih..Persis hati kita yang bersih fitrahnya seawal dilahirkan..Namun,apabila datangnya tangan-tangan manusia sedikit sebanyak mencemari warna putih itu..Begitulah hati kita setelah mengenali dunia sedikit sebanyak kesucian hati ini ternoda dengan kepalsuan dunia..

Warna putih adalah warna yang sering melambangkan kesucian dan kebersihan..Andai terpalit sedikit kekotoran pada sesuatu yang berwarna putih,dengan mudah sekali akan terserlah kekotoran itu pada mata-mata yang memandang..Namun amat payah untuk menghilangkan kekotoran itu yang memerlukan usaha yang lebih dan kadang-kala memenatkan..

Hati kita jua begitu mudah terusik dengan keindahan dunia..Andai sudah tidak terjaga kebersihan hati,hanya dengan kesungguhan dan kesabaran yang bisa memullihkan kembali hati itu..

“Musim sejuk adalah musim yang terbaik bagi orang-orang beriman. Malamnya panjang, lalu dia berqiamullail padanya. Siangnya pendek, lalu dia berpuasa padanya.”

Seorang sahabat tiba-tiba menyatakan hadis Rasulullah SAW ini ketika berhalaqah syitawi..Tersentak hati yang baru menyedari betapa malam-malam musim syita memang panjang..Lantas hati merenung jauh..Berapa kali kita sanggup mengangkat beratnya hirom yang menghangatkan badan tatkala terjaga di lewat malam demi bersujud padaNya..Betapa hadis ini memberi gambaran sejauh mana hati kita mampu kembali bersih seputih salju yang membasahi bumi Mu’tah..

Semoga kita terus diberi kekuatan untuk menghadapi kesejukan syita’ yang masih berbaki..

Hasil Nukilan:

Syazwani binti Wahab

DOA SEBAGAI PENGUBAH TAKDIR
DOA SEBAGAI PENGUBAH TAKDIR

Doa adalah pengharapan, untuk memohon segala kehendak mahupun keinginan yang tersirat daripada Allah s.w.t agar diperkenankan. Sebagai seorang muslim, teruskan berdoa setiap waktu, kerana doa itu mampu mengubah takdir Allah s.w.t. Jangan mudah berputus asa sekiranya apa yang kita pinta itu belum diberikanNya. Bersabar dan redha atas apa jua yang ditakdirkan buat kita. Sebagaimana firman Allah s,.w.t dalam Surah Al-Ghafir ayat 60 :

اُدْعُوْنِيْ أًسْتَجِبْ لَكُمْ

Ertinya : “ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan (doa) kamu.”

Ayat di atas, menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah berjanji kepada orang yang memanjatkan doa akan diperkenankan. Janji Allah s.w.t adalah pasti dan tidak pernah dusta, kerana Dia Maha Menepati Janji. Allah Ta’ala dalam ayat di atas juga memerintahkan kita supaya berdoa dan Allah s.w.t menjanjikan kepada kita akan dikabulkan doa. Kemudian Allah s.w.t  berfirman dalam ayat yang berikutnya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Ertinya : “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menjadikan permintaan hamba-hambaNya untuk keperluannya sebagai satu bentuk ibadah kepadaNya. Di sini, Allah s.w.t mencela orang yang tidak meminta dan berdoa kepadaNya dan menganggap dirinya sebagai orang yang menyombongkan diri atasNya.

Selain itu, doa juga merupakan satu ibadah, berdasarkan hadith yang dibawakan juga dari Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah s.w.t telah bersabda, ( hadith Dhaif dalam Ta’liq ‘ala Misykatul Masabiih ) :

الدعاء هو العبادة

Ertinya : “Doa adalah ibadah”.

Imam Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari ( juzuk 11/halaman 98 ) mengatakan bahawa Syaikh Taqiyuddin Subki telah berkata : Doa yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah doa yang bersifat permohonan dan ayat berikutnya ‘an ibaadatiy’ menunjukkan bahawa berdoa lebih khusus kepada beribadah. Ini bermakna barangsiapa yang sombong tidak mahu untuk beribadah, maka pasti dia juga sombong untuk melakukan doa.

Dengan demikian ancaman itu ditujukan kepada orang yang meninggalkan doa kerana sombong dan barangsiapa melakukan perbuatan itu, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Adapun orang yang tidak berdoa kerana sesuatu alasan, maka tidak terkena ancaman tersebut. Walaupun demikian, memperbanyakkan doa adalah lebih baik daripada meninggalkannya, sebab terdapat banyak dalil-dalil yang menganjurkan kita supaya berdoa.

Imam Hafizh Ibnu Hajar juga mengatakan bahawa Imam At-Thaibi telah berkata : Sebaiknya hadis Nu’man di atas difahami secara erti bahasa adalah berdoa. Ini untuk memperlihatkan sikap berserah diri dan menggagungkan Allah, kerana tidak dianjurkan dalam ibadah melainkan hanya untuk berserah diri dan tunduk kepada Pencipta yakni Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Allah s.w.t telah mengakhiri ayat tersebut dengan firman-Nya : “Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. Dalam ayat ini orang yang tidak mahu tunduk dan berserah diri kepada Allah disebut orang-orang yang sombong, sehingga dikatakan berdoa mempunyai keutamaan di dalam ibadah, dan ancaman bagi mereka yang tidak mahu berdoa adalah hina dina.

Antara hadith yang menunjukkan perlunya kita berdoa :

Dan Tirmidzi telah mengeluarkan hadith dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w, ( Musnad Ahmad Juzuk 2. No.Hadis 442. Sunan Tirmidzi. No.Hadis 3374. Sunan Ibnu Majah. No.Hadis 3827 ),  :

مَنْ لَمْ يَسْأَلِ اللهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ

Ertinya : “Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah pasti Dia murka kepadaNya.”

Dan hadith Anas dari Nabi Muhammad s.a.w bahawa ia pernah berkata dalam Al-ihsanu Bitartubu Sahih Ibnu Hibban oleh  Al-Amir Ala’uddin Ali bin Balbani Al-Farisi :

لاَ تُعْجِزُوْا فِى الدُعَاءِ فَإِنَّهُ لَنْ يَهْلِكَ مَعَ الدُعَاءِ أَحَدٌ

Ertinya : “ Janganlah kamu merasa lemah dalam berdoa, maka sesungguhnya sekali-kali tidak akan binasa seorang pun bersama doanya.”

(Hadith Riwayat Ibnu Hibban, Hakim dan Dhiya’)

Dijelaskan bahawa jangan kita berasa letih untuk menadah tangan untuk berdoa. Jangan hadirkan dalam hati kita perasaan malas untuk berdoa. Ini kerana Allah s.w.t sebenarnya menguji sejauh mana keimanan kita bila dalam kesempitan dan kesusahan. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya. Hanya Dia yang Menentukan dan Dia jualah Yang Merancang tiap-tiap sesuatu itu.

Di sini juga, sebaik-baik doa adalah dengan membaca Al-Qur’an kerana di dalamnya mengandungi ubat-ubat hati dan penyembuhan dari semua penyakit.

Sebagaimana firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Ertinya : “Hai manusia, telah datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

( Surah Yunus : 57 )

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا

Ertinya :“Dan kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

( Surah Al-Isra’ : 82 )

Doa merupakan satu pengharapan yang dipohon oleh manusia kepada Allah. Doa memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan umat manusia. Melalui doa manusia akan dapat ketenangan dan berfikiran positif untuk mencapai kejayaan yang memuaskan dan cemerlang dalam apa jua perjuangan dan kehidupan manusia.

Maka, dengan doa dapat menjadikan manusia tidak akan kecewa di sebalik kegagalan-kegagalan yang dialaminya, malahan menyedari bahawa usaha dan bekerja keras perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Apabila tidak memperolehi apa yang dihajati, dia akan memujuk hatinya dengan berkata bahawa, setiap kejadian itu ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Disinilah kesabaran dan ketabahan hati menjadi perisai kepada diri sendiri. Melalui doa, manusia menyedari bahawa dia sebenarnya tidak keseorangan dalam melayari kehidupan ini. Dia sentiasa ada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung, tempat dia berdoa, mengadu masalah kehidupan dan meminta perlindungan untuk keselamatan di dunia dan juga di akhirat kelak.

Berdoa ertinya memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t, yang Maha Pemurah. Allah s.w.t menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepada-Nya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mu’min ayat 60 yang bermaksud : “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina”.

Maka, sesunggguhnya doa itu memberi manfaat terhadap bala bencana yang telah berlaku dan masih belum berlaku dan tidak menolak qada Allah melainkan doa, maka perlulah kamu berdoa agar dijauhkan dari segala musibah yang mana kita tidak mengetahuinya.

Ingatlah, doa merupakan senjata bagi umat Islam untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Maka, dengan berdoa kita dapat berinteraksi dengan Allah s.w.t secara langsung. Segala takdir dan penyakit datangnya daripada yang Maha Esa yakni Allah s.w.t. Oleh itu, untuk mengubah takdir dan juga mengembalikan kesihatan, kita perlulah kembali kepada yang mendatangkannya. Jelaslah, perlunya kita untuk berdoa kerana  kita adalah hambaNya yang lemah dan sentiasa berhajat kepada Pencipta.

Hasil Nukilan:

Nurul Syahima

Kempen Membaca SeJordan MPPMJ!
Assalamualaikum W.B.T

“Read, you’ll conquer the world!”

Bersempena dengan Projek Gempur Mahasiswa (PGM 2012) anjuran Biro Pembangunan Minda dan Akademik (BPMA) sesi 2011/2012, pihak BPMA MPPMJ membawakan kepada anda:

“KEMPEN MEMBACA SE-JORDAN DAN PERTANDINGAN KUIZ ONLINE”

Apakah objektif kempen membaca ini diadakan?

Memupuk minat membaca ahli terhadap bahan bacaan ilmiah samada berbentuk akademik atau bukan akademik.

Memberikan pendedahan berguna terhadap jati diri dan peranan seorang mahasiswa muslim dalam rangka mengesani masyarakat dengan pembudayaan ilmu.

Melahirkan generasi mahasiswa muslim yang setanding dengan ilmuwan Islam terdahulu dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan.

Apakah konsep pelaksanaan kempen ini?

Pihak BPMA MPPMJ akan menyenaraikan beberapa buah buku pilihan (e-book) yang boleh dimuat turun oleh setiap ahli.

Kempen ini bertujuan untuk membantu ahli memenuhi fatrah cuti semester dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Setiap ahli berhak memilih untuk membaca dan menghabiskan mana-mana judul buku dari genre yang berbeza (5 genre ditawarkan).

Bilakah bermula dan berakhirnya tempoh kempen?

Kempen Membaca Se-Jordan ini akan bermula dari 23 Januari 2012 sehingga 20 Februari 2012

Apakah yang seterusnya?

Pihak BPMA juga mengadakan Pertandingan Kuiz Online yang akan bermula dari 21 Februari 2012 – 22 Februari 2012

Apakah tujuan pertandingan ini diadakan?

Memberi galakan dan insentif kepada ahli yang berjaya membaca beberapa buah buku pilihan.

Sebagai salah satu kayu ukur objektif kempen membaca yang diadakan.

Bagaimanakah Pertandingan Kuiz Online diadakan?

Pertandingan ini akan diadakan sebanyak 2 siri kuiz berbentuk spreadsheet (satu siri setiap hari) sepanjang tempoh pertandingan.

Pihak BPMA akan mengeluarkan dan mempromosikan link spreadsheet tersebut di laman-laman rasmi MPPMJ serta persatuan-persatuan Zon.

Spreadsheet berkenaan akan dikeluarkan pada masa tertentu dan setiap ahli yang mahu mneyertainya mestilah memenuhi jawapan pada spreadsheet tersebut, dan menghantarnya kembali sebelum waktu yang ditetapkan pada setiap hari/siri.

Hadiah yang ditawarkan?

Penyampaian hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang pertandingan ini bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-6 (PERTAMA VI).

Siapakah yang boleh menyertai kempen membaca dan pertandingan ini?

Terbuka kepada semua mahasiswa Malaysia Jordan walau di mana sahaja anda berada.

Dibawakan khas oleh;

Biro Pembangunan Minda dan Akademik (BPMA),

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),

Sesi 2011/2012.

LINK KE UPLOADED E-BOOK

http://www.scribd.com/doc/78831557/Harun-Yahya-Islam-Signs-of-God

http://www.scribd.com/doc/78832349/Hatiku-Milikmu-Fatimah-Syarha

http://www.scribd.com/doc/78832374/Fiqh-Sirah-1-Syed-Ramadhan-Al-Buti

http://www.scribd.com/doc/78998458/%D8%BA%D9%8A%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A%D9%86-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AC%D8%AA%D9%85%D8%B9-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A

http://www.scribd.com/doc/78972038/Islam-Phobia-John-Espostiso

Lets Generate Together On 302 : FESTIVAL BKAPJ – ICOMS
Dalam menempuh alaf baru yang sedang berkembang pesat , golongan mahasiswa sentiasa menghadapi pelbagai cabaran global yang menuntut mereka membuat perubahan selaras dengan cabaran-cabaran semasa yang sedang dihadapi. Manusia di segenap lapisan umur berlumba-lumba untuk menimba sebanyak mungkin ilmu supaya dapat berjalan pantas seiring dengan ledakan dunia informasi. Tambahan pula, masyarakat memandang pada kredentialiti mahasiswa yang tinggi secara holistik untuk mendominasi sesebuah negara.

Bagi merealisasikan visi dan  misi tersebut, Badan Kebajikan Anak Negeri Perak Jordan (BKAPJ) dan Biro Akademik PERMATA 2011/2012 tampil dengan menganjurkan bersama suatu program berkembar yang julung-julung kalinya diadakan di Jordan. Program berkembar ini dinamakan sebagai FESTIVAL BKPJ & ‘Intelectual Conference Of Mu’tah Student‘ (ICOMS) dengan bertemakan ‘Adaptasi Quranik Melestarikan Ulul Albab’ yang bertujuan membuka gerbang keemasan kepada para mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran diri bagi menjadi reformis dinamis bagi memanifestasikan generasi Ulul Albab yang formatif.

Program yang julung-julung kali diadakan seumpamanya akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2012 bertempat di Dewan Masrah, Universiti Mu’tah. Apa yang menariknya program ini menampilkan barisan penceramah intelektual dari ahli akademik PhD dan Master lagi disegani yang akan mengupas serta membentang kertas kerja bertajuk kontemporari yang dihasilkan dan digarap oleh mereka sendiri. Program ini juga akan turut diisi dengan wacana ilmiah oleh ahli panel yang berkredibiliti tinggi. Seterusnya program ini akan dimeriahkan dengan ‘Ekspo Ulul Albab’ yang mana terdapat aneka jualan dan Pameran Buku pada hari tersebut. Bagi menghangatkan lagi program ini, turut diselitkan pelbagai pertandingan yang cukup menarik antaranya pertandingan Blogger, fotografi, gubahan, booth tercantik dan banyak lagi.

Beberapa objektif penting telah digariskan bagi merealisasikan program berkembar ini menjadi realiti. Antara objektif tersebut ialah ke arah menghasilkan mahasiswa Ulul Albab kelas pertama. Selain itu, meningkatkan tahap keilmuan dan keintelektualan dalam kalangan anak Perak dan ahli PERMATA khususnya serta seluruh mahasiswa Jordan amnya. Program ini juga bertujuan menyatukan idealisme dalam kalangan mahasiswa secara harmoni bagi meraikan pandangan yang pelbagai. Seterusnya, memupuk kesedaran mahasiswa tentang kepentingan dan perkembangan sepanjang tempoh ketamadunan Islam. Selain itu, program ini juga menjana mahasiswa proaktif yang mampu mengembangkan ilmu dalam segenap medium dakwah, serta melahirkan anak Perak dan ahli PERMATA (khususnya) serta seluruh mahasiswa Jordan (amnya) yang celik dan mahir turath Islami. Akhirnya, objektif terpenting mengukuhkan ukhuwah di kalangan kalangan anak Perak dan ahli PERMATA  serta seluruh mahasiswa Jordan.

Harapan menggunung daripada pihak penganjur agar program berkembar yang julung-julung kali diadakan di Jordan ini bakal mendapat sambutan dan partisipasi yang menyeluruh dalam kalangan mahasiswa Malaysia Jordan umumnya dan anak-anak Perak khususnya dari empat mantiqah iaitu Irbid, Mafraq, Amman dan Mu’tah selaku tuan rumah. Ayuh sama-sama kita meriahkan program yang sarat dengan ilmu dan informasi ini ke arah merealisasikan Kempen Ulul Albab agar menjadi realiti.

Bingkisan Rasa buat Sang Pejuang
Tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya,

dengan pelbagai catatan suka dan duka,

berbagai kisah datang dan pergi,

bersama aneka watak yang punya karakter tersendiri..

Namun sayang..

mentari 2012 yang mula menjelma,

yang diharap mewarnai dunia dengan ceria,

kini seakan sirna dek sebuah tragedi duka,

angkara kezaliman yang tidak pernah mengenal mangsa,

angkara ketamakan pada sebuah kekuasaan yang fana,

yang lantas memadamkan cahaya keadilan pada mata manusia..

Benar,

lipatan sejarah telah membuktikan,

sesungguhnya kekuasaan itu membuat manusia buta,

sesat dalam belantara noda takhta,

lemas dalam pujukan rayuan wanita,

lantas tersungkur dalam timbunan harta yang berjuta..

Saat ku susuri kisah mereka,

yang menjadi mangsa pada ketamakan harta dan kuasa,

pelupuk mataku mula berkaca,

menahan sendu yang muncul tiba-tiba,

serentak kalam hatiku berkata:

Mengapa, kenapa, dan atas dasar apa,

mereka dikasari semahu-mahunya,

dizalimi hingga hilang daya dan upaya,

layaknya anak patung yang tidak punya harga dan nyawa..

Adakah kerana mereka menggugat keamanan?

atau kerana mereka menimbulkan kekecohan?

ataukah kerana mereka ingin menjatuhkan kerajaan??

Tidak..sekali-kali tidak..

matlamat mereka hanya satu,

untuk menuntut keadilan yang hakiki,

yang suatu ketika dulu pernah mereka miliki,

namun kini telah luput seiring masa yang berganti pergi..

Sabarlah, tabahlah dan istiqamahlah

dan ikhlaskanlah hatimu wahai pejuang-pejuangku..

kerana tiap titik darah dan air mata,

tiap saat sukar, getir dan duka,

pasti ada nilaian disisiNya..

Dan moga tiap keperitan yang menjelma,

semuanya bernilai ibadah disisinya,

juga menjadi bekalan dalam menggapai redhaNya..

*dedikasi khas buat pejuang-pejuang islam yang terlibat di UPSI baru-baru ini & secara umumnya buat semua mhasiswa/si yang bakal menjadi pejuang Islam satu hari nanti..

Istiqamahlah wahai teman-temanku..

Sesungguhnya tiada jalan mudah dalam mencapai redhaNya.

coretan tinta;

Farhah Nadhirah Rusli

Tahun 1,

Takhassus Bahasa & Kesusasteraan Arab

JADILAH ORANG YANG BERUNTUNG
“Semakin hari semakin pantas masa berlalu. Semakin bertambah umurku. Semakin hari semakin dekat langkah ku menuju ketetapan itu, kematian. I am full-time muslim, there’s no such thing as a part-time muslim. Bismillah ar-rahman ar-rahim 2012”

“Dengan bermulanya tahun baru 2012 ini, marilah sama-sama kita doakan semoga najah dalam imtihan dunia mahu pun akhirat, amin.”

“Andai hati kosong tak berisi apa-apa, apalah erti hidup bertahun lamanya, andai jasa sekelumit cuma. Muhasabah tahun baru.”

Lihat, pelbagai ‘status’ di ‘update’ di Facebook oleh sahabat-sahabat kita menjelangnya tahun baru, tahun 2012.

“Cepatnya, dah masuk tahun 2012 dah.”

“Kejapnya, dah petengahan tahun.”

“Macam tak percaya je, dah nak habis tahun dah.”

Dialog-dialog ini biasa kedengaran seiring beredarnya masa. Kehidupan manusia pula sangat berkait rapat dengannya. Jika dihitung setahun yang telah berlalu, kita telah pun menggunakan sebanyak 8760 jam. Percaya atau tidak? Percayalah. Sekiranya dilihat pada angka, ia merupakan satu jumlah yang banyak, namun berpijaklah di bumi nyata. Masa itu tersangat pantas sebenarnya. Buktinya? Kita sudah berada di tahun yang baru.

Tahun baru. Azam baru. Itu yang terlintas di fikiran apabila memikirkan tentang tahun baru.

Setuju atau tidak, jika dikatakan, perkara-perkara baru sering mempengaruhi diri kita? Mungkin beberapa contoh dapat membantu kita menentukan penyataan tersebut benar atau salah. “Saya baru je balik dari Kem Anak Soleh, saya nak jadi anak yang baik.” “Saya baru je beli rumah ini, saya akan pastikan ia sentiasa kemas.” Lihat, ‘baru’ sering menjadikan kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk melakukan sesuatu. Bolehkan hipotesis tersebut diterima? Ia sekadar pendapat, bak kata Dr. HM Tuah, tak wajib betul, harus salah.

Jadi, apabila tahun baru menjelang, maka setiap orang mula memikirkan tentang azam. Ya, azam tahun baru. Asyik memikirkan tentang azam yang baru, sehingga kita terlupa mengenai azam kita di tahun yang lepas. Terlaksanakah? Gagalkah? Atau kita langsung lupa mengenai azam kita di awal tahun lepas? Atau kita langsung tidak ingat bahawa pada awal tahun lepas kita pernah berazam itu dan ini?

“Buat apa fikir yang dah lepas, bukan boleh undur balik pun”, kata seorang sahabat. Benar kata-katanya. Kita takkan pernah dapat untuk kembali ke masa yang lalu. Namun, apabila kita memikirkan sesuatu perkara yang dah berlalu, kita ada pilihan, untuk apa kita mengenangkan perkara yang dah berlaku, sama ada kita hanya sekadar menyesali perkara yang telah terjadi atau kita menyesal dan mengambil iktibar untuk memperbaiki keadaan kita pada hari ini. Teringat pada kata-kata Billy Graham, ‘you can’t change the past, but you can change the future’.

Justeru, tidak salah untuk kita sesekali menoleh ke belakang bagi mengambil ‘ibrah. Kita ingat kembali azam-azam kita dan fikir, adakah kita berjaya merealisasikannya? Jika berjaya, apakah yang kita lakukan untuk mencapainya? Sekiranya sebaliknya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita gagal menjadikannya kenyataan? Ya, kita ‘post-mortem’ diri kita sendiri.

Azam tahun baru pula, jangan hanya berkobar-kobar di awal tahun baru. Pastikan setiap hari yang kita lalui, kita terus bermotivasi untuk mencapai apa yang kita inginkan. Untuk itu, bagaimana sekiranya kita berazam di setiap hari yang baru? Hari baru. Mungkin perkataan ‘baru’ di situ dapat memberikan impak pada kita, agar terus bersemangat untuk merealisasikan cita-cita kita. Sebelum kita lelapkan mata, kita fikir kembali azam-azam kita dan apa yang telah kita lakukan pada hari ini untuk mencapainya. Mana-mana perkara yang kita fikir ia seharusnya tidak lakukan, kita bertekad tidak akan melakukannya pada esok hari. Insya-Allah, esok akan menjadi hari yang lebih baik untuk kita.

Mengetahui tanpa kesedaran, sesuatu yang tidak bermakna. Sekadar menyedari, tanpa ada perancangan untuk sesuatu perubahan, tidak akan mengubah apa-apa. Perancangan yang tidak diiringi pelaksanaan hanya tinggal perancangan. Pelaksanaan akan menghasilkan kepuasan dengan istiqamah.

Rumah terbina dengan sebuah lakaran, seterusnya proses pembinaan untuk menjadikan ia benar-benar sebuah rumah.

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”.

Renung-renung dan fikir-fikirkan.

Nukilan:

Siti Salimunniyyati Bt Anuar

Amanahkah Kita Dalam Urusan Kehidupan?
Amanahkah Kita Dalam Urusan Kehidupan?

Diamanahkan kepada kita

sebagai khalifah di muka bumiNYA,

Manifestasi jati diri agama dan bangsa

terpasak kukuh di dalam lubuk dada.

Diberi kuasa

tak bisa sewenang-wenangnya

melakukan apa yang kita suka

kerna itu amanah Allah yang amat berharga.

Seorang Da’ie

kena pandai berdikari

barulah anak buahnya turut merasai

Ilmu perlu dicari

tidak bergolek sendiri

amanah kah kita dalam perbagai segi?

Yang lemah bukan untuk dieksploitasi

sebaliknya saling memberi

saling menyayangi

sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri

Di mana dicampakkan amanah yang allah berikan kepada kita selama ini?

Kita sebagai pelajar

amanah kepada diri sendiri

kepada agama dan bangsa

amanahkah kita dalam urusan kehidupan?

Usia kita siapa yang tahu

kita diuji dengan nikmat kelapangan dan nikmat kesihatan

dua nikmat yang selalu kita abaikan

sediakah kita menghadapNYA

jika amanah yang diberi masih dipersiakan

Hakikatnya

jujurlah pada sebuah amanah

moga kelak nanti hidupmu tiada padah

Hasil nukilan : EHNA WARDATUL SYAUQAH

TAHUN 3

FEQH WA USUL

Salam Imtihan Nihaie Daripada HELWANIS PERMATA
Salam selembut bayu Mutah buat semua warga Mutah yang sedang menjalani misi menuntut ilmu di Dataran Syam yang penuh berkah ini. Alhamdulillah, walaupun kedinginan mencekam diri, Allah masih mengizinkan saya untuk menulis bagi tatapan semua. Tetapi bukan sekadar tatapan, namun apa yang diharapkan ambillah segala yang baik dan tinggalkanlah segala yang buruk. Semoga kita semua diredhai Allah, insya Allah.

Sedar tidak sedar, kita sudah berada di penghujung  fasal awal bagi sesi kali ini. Sebelum tirai dilabuhkan yang mana sudah menanti pelbagai program menarik dalam list holiday masing-masing, kita perlu menghadapi satu ujian yang agak getir iaitu IMTIHAN NIHAIE. Wah! Tengok tulisan itu dah dibold, seram sejuk dibuatnya. Takut rasanya hendak menghadapi peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Opss!! Cop…Cop…Cop…

“Alahai, buat apa nak takut, peperiksaan je pun, bukannya jembalang yang korang nak takut-takut. Tak cool  la korang ni,” kata seorang teman.

“Eh, apa pulak. Bukannya nak takut, but  I just berwaspada dan berhati-hati, ok. Silap langkah tanpa persediaan rapi, boleh kecundang I dibuatnya,” ujar yang lain pula.

“Antum tak usah lah nak takut dengan peperiksaan ni. Takut Allah je. Lagipun, kalau antum nak tahu, peperiksaan ini antara satu langkah kita ke arah redha Allah,” tambah seorang lagi.

Kedua-dua hamba Allah yang di atas tadi tercengang. Ternganga dibuatnya. Macam mana pula peperiksaan ini boleh menjadi wasilah untuk mencapai keredhaan Allah? Sudah tentu jawapannya YA. Sememangnya peperiksaan ini bukanlah segala-galanya buat kita. Tetapi ingat, kita belajar adalah kerana Allah dan dengan peperiksaanlah kita dapat menjulang agama Allah ke martabat yang tertinggi.

Ketahuilah bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Peperiksaan ini langkahnya ke arah menjadi hamba Allah yang terbaik, menjadi insan berguna yang terbaik, membawa ummah ke arah Islam dengan cara terbaik seterusnya mencapai keredhaan Allah, lantas menggapai syurga-Nya yang hakiki.

Nah, sekarang anda lihat. Nampak mudah kan? Tetapi hakikatnya matlamat peperiksaan ini bukanlah sekadar di atas kertas, tetapi ianya mempunyai matlamat berantai yang akhirnya akan membawa kita kepada Allah, Tuhan Rabbul Izzati.

Sememangnya kita perlu berhempas pulas berhari-hari bagi menghadapi peperiksaan, tetapi kita hanya menjawab soalan hanya beberapa jam. Berbaloi ke? Jangan risau, pengorbanan anda itulah yang memberi impak yang besar kepada ummah dan Islam.

Mungkin bagi sesetengah orang kecemerlangan dalam peperiksaan tidak penting. Cukup sekadar menjaga keberkatan ilmu dan beramal dengannya. Tetapi, Islam menganjurkan kita supaya berusaha menjadi cemerlang dalam segenap aspek  termasuklah peperiksaan. Jadi, sama-samalah kita berusaha sebaik mungkin bagi tujuan itu. Moga peperiksaan ini menjadi satu nilaian ibadah di sisi-Nya.

Ayuh, semua warga Mutah! Bersedialah sekarang bagi menghadapi perjuangan ini. Perjuangan ini bukanlah untuk diri semata-mata, bahkan untuk matlamat yang lebih besar iaitu martabat Islam demi mencapai mardhotillah.

Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal = Kejayaan yang diredhai Allah.

Salam perjuangan dan salam imtihan….Wallahu a’lam.

Nukilan:

Tengku Fatimah Azzahra Bt Tengku Md Fauzi