PERMATA | Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah Jordan » Ilmiah

Amanah Dalam Menuntut Ilmu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرّحِيْمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diatas kurniaan nikmat Iman dan Islam yg tidak ternilai harganya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,kekasih Allah rabbul jalil,utusan yg membawa rahmat utk seluruh alam.

Buat tatapan semua adik beradik PERMATA[1] yang dikasihi, ana coretkan warkah ini sebagai buah tangan dari ana untuk kalian sebagai penghargaan dan perkongsian sesama kita. Warkah yang tidak seberapa ini ingin ana kongsikan bersama, berkenaan dengan pengalaman dan nasihat ana untuk sama-sama kita saling memperingati dan memanfaatkannya.

Firman Allah, mafhumnya[2] : Berilah peringatan wahai orang mukmin sesama kamu,,, sesungguhnya peringatan itu banyak manfaatnya.

Sabda Rasulullah sallallahualaihiwasallam : sampaikanlah wahai orang-orang mukmin daripada aku walau sepotong ayat. (او كما قال الرسول الله عليه وسلم)

Dengan dua panduan dalil dari mafhum ayat suci al-Quran dan Hadis di atas, ana rasa cukup berbesar hati untuk melontarkan peringatan untuk diri ana sendiri dan perkongsian sesama kita bagi merealisasikan kehidupan kita sebagai hamba Allah dalam mencapai redha-NYA.

Perkongsian ini ana bahagikan kepada beberapa perkara seperti berikut :-

1-      Bersungguh-sungguh dalam semua perkara

2-      Amanah menuntut Ilmu

HURAIAN

1) Bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

Perkataan bersungguh-sungguh adalah amat mudah untuk diungkapkan tetapi belum tentu mudah untuk diamalkan . Maka dengan itu seharusnya nekad yang begitu kuat menjadi tunjang utama. Justeru itu,timbul persoalan,bagaimanakah caranya untuk mendapat kekuatan? Adakah hanya memadai dengan kekuatan fizikal? Atau pun dengan cara yg bagaimana? Fikir dan fikir dan terus berfikir ??

Respon dari ana untuk persoalan yang ditimbulkan, kita perlu melihat asal usul diri kita, Dari manakah kita sebenarnya? Dan apakah tujuan kita hidup? kemana kita selepas ini? Dengan respon soalan terhadap soalan, maka saya lontarkan satu kalam yang sangat masyhur iaitu : “awaluddin makrifatullah”( permulaan agama adalah mengenal Allah). Kalam tersebut mungkin telah menjawab sebahagian persoalan berkenaan kekuatan yang perlu kita perolehi. Kekuatan yang hakiki yang kita akan dapat adalah dengan mengenal Allah. Carilah,tuntutlah ilmu untuk mengenal Allah. Jangan sesekali kita tanamkan dalam pemikiran kita bahawa ilmu yang berkaitan makrifatullah adalah bidang usuluddin. Sedarlah!!!!  itu adalah teramat-amat salah  kerana tanggungjawab sebagai muslim terhadap ilmu tersebut adalah wajib. Rasanya tidak salah saya memperkatakan kelemahan pemuda-pemudi islam hari ini berpunca dari kekosongan jiwa dari ilmu-ilmu tauhid maupun penghayatan terhadapnya.

Oleh itu, saya seru kepada diri saya sendiri dan adik-beradik PERMATA semua, ayuh!!! Bangkit dari kelalaian,tanamkan azam untuk kenal Allah sebenar-benarnya kerana tiada jalan lain yang dapat membuatkan hati kita akan tetap untuk taat kepadanya. Kalam mudah yang selalu kita dengar, “tak kenal maka tak cinta” maka permasalahan kelemahan diri kita hari ini ialah kita sebenarnya belum lagi mencapai tahap cinta yang sebenar-benarnya terhadap Allah. Biarlah kita penat,letih,sakit kepala,akal serabut tapi untuk Allah apakah masih lagi kita yakin dengannya? Bukankah kita sudah maklum bahawa org bercinta tidak pernah rasa lelah,jemu dan letih untuk kekasihnya yang dicintai… Mulalah dari sekarang untuk menjadi hamba yang kenal dan cinta dengan Tuhannya kerana dari situ punyai jalan kekuatan yang hakiki. “Langkah seribu bermula dari satu langkah“.Dengan itu saya simpulkan perkongsian saya dengan point yang tersurat dan tersirat ini dengan beberapa perkara bagi memudahkan dan meringan minda sesama kita,sama-samalah kita hayati… :-

1-      Makrifatullah adalah matlamat  untuk bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Dari demikian punyai kekuatan.

2-      Biarlah sedikit tetapi sangat-sangat berkualiti berbanding banyak tetapi tidak kualiti terhadap perkara yang kita lakukan.

3-      Lakukanlah perkara yg berkualiti dari permulaannya kerana “teguhnya bangunan yang tinggi itu, adalah berpunca dari binaan konkrit yang kukuh(berkualiti)”

2) Amanah menuntut ilmu

Amanah menuntut ilmu adalah satu perkara yang sangat-sangat perlu dititikberatkan kita sebagai seorang mahasiswa yang datang ke luar Negara untuk mendalami ilmu.Belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar kita menjadi orang yang faqih lagi mahir dalam bidang masing-masing. Ramai mahasiswa yang lahir dari graduan universiti penuh ilmu didada tetapi tidak ramai yang betul2-betul mahir dalam bidang tertentu. Maka berbetulan dengan prinsip yang saya gariskan sebelum ini iaitu “biarlah sedikit yang berkualiti berbanding banyak yang tidak berkualiti“. Tugas penuntut ilmu amatlah besar kerana ia di ibaratkan seperti orang berjuang dijalan Allah maka berjuang dijalan Allah bukan satu yang mudah dan tidak boleh dimudah-mudahkan atau sikap sambil lewa. Ia perlu kepada tarbiyyah yang mantap dan memerlukan ta’biq ilmu yang kita sedia ada atau ilmu kita sedang pelajari.

Renungkanlah wahai sahabat-sahabat dan adik beradik PERMATA yang dikasihi sekalian,bagaimana pentarbiyyahan Allah terhadap kekasihnya iaitu utusan teragung Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam,bagaimana beliau ditarbyiyyah dengan pelbagai cabaran dan liku-liku hidup. Semua itu adalah persediaan atau persiapan jati diri untuk mendidik umat.Pengorbanan baginda yang amat besar untuk melihat umatnya tidak berada dalam kegelapan jahiliyyah. Perkara yang paling agung sekali baginda dibekalkan ilmu dari Allah iaitu wahyu untuk panduan umat manusia hingga akhir zaman. Oleh yang demikian, peranan kita sebagai mahasiswa bukanlah sekadar menuntut ilmu untuk semata-mata untuk mendapat sijil bagi memudahkan kita bekerja makan gaji atau kehidupan yangg mewah dan selesa, tetapi tugas kita adalah sebagai pendakwah yang mana kita akan menjadi tunggak utama dalam membentuk masyarakat kita di Malaysia ke arah masyarakat yang dilingkungi dengan biah solehah,suasana makmur, harmoni dan sebagainya. Tetapi yg paling utama adalah tertegaknya kalimah Allah dengan hasil usaha kerja kita sebagai pendakwah. Kita adalah rantai-rantai perjuangan Rasulullah yang menyambung tugas baginda memakmurkan dunia dengan Islam.Justeru itu saya menyeru pada diri saya dan adik beradik PERMATA semua kita tanamkan azam sekuat-kuatnya untuk berubah,manfaatkan masa yang terluang sepanjang kita berada di bumi anbiya’ ini,insya Allah segala usaha yang jitu dan bersungguh-sungguh kita akan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah.

Firman Allah :والّذِينَ جَاهَدُوا ِفينَا لَنهَدِيَنَّهمُ سُبلَناَ” ”

Mafhumnya : orang-orang yang berjihad(bersungguh-sungguh)dijalan kami(Allah) nescaya kami akan beri kepada mereka itu pelbagai jalan dan petunjuk-petunjuk kami.

Akhir sekali, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang maha esa, kerana diberi nikmat hidup sebagai mahasiswa untuk terus berusaha kearah kerdhaanNYA, usaha yang paling menguntungkan dunia dan akhirat adalah usaha makrifatullah dengan menuntut ilmu, apalah nilainya sebuah amalan yang kita amalkan tanpa niat untuk cari redhaNYA… tidakkah ia terasa hanyalah sia-sia belaka.. sekadar ini sahaja yg bisa dikongsikan bersama,yang baik itu sama-samalah kita manfaatkan dan yg buruk itu sama-samalah kita sempadankan.

“Coretan : ”

Mohd Ali Bin Md rejab,

Mantan Ketua Biro Perhubungan PERMATA,

Sesi 2010/11.

[1] – Persatuan Mahasiswa mu’tah(PERMATA) Jordan.

[2] – Terjemahan al-Quran dari sudut mafhumnya sahaja.

Warkah Wasiatku Untuk Kalian
Warkah Wasiatku Untuk Kalian

Sungguh pantas terasa masa berlalu.Baru sahaja ku terasa menjejaki kaki di bumi Mu’tah ini.Baru semalam terasa ku berada di tahun 1,merangkak-rangkak mencari makna bahasa arab,ingin memahami muhadharah.Baru semalam terasa ku meninggalkan Malaysia bumi tercinta.Kini ku sudah berada di tahun terakhir di Universiti Mu’tah.Terasa kosong lagi ilmu di dada yang masih lagi tidak terisi.Sangat jauh dibandingkan dengan Imam Al-Ghazali,Imam Syafi’e,Imam Hanafi.Aku terasa diriku masih lagi tidak siap untuk terjun ke medan “pertempuran” iaitu terjun ke dalam masyarakat Malaysia setelah pulang membawa segulung Ijazah dari Universiti Timur Tengah,Jordan.Inilah lumrah  kehidupan di sini.Sedar atau tidak,kita semua adalah pelajar jurusan agama membawa amanah ILMU SYARIAH,iaitu ilmu Allah.Senakal mana pun kita di sini,apabila balik kitalah harapan orang kampung,kitalah akan dipanggil ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ di Malaysia.Bersediakan anda untuk memikul tanggungjawab  besar itu?Walaupun setengah daripada kita menafikan perkara itu.’Eh,tak payahlah panggil ustaz atau ustazah,tak sesuai la untuk aku”.Sejauh mana anda menolak,sejauh itulah anda menolak hakikat sebenar.

Harapan Dari Kecil Hatiku

Seburuk-buruk keadaan ialah apabila pelajar di bidang agama malas ke kelas, serta malas juga bertalaqqi! Saya tidak dapat membayangkan seorang penuntut ilmu Syariah menggelar diri mereka sebagai bakal ulama’ pewaris Anbiya’, jika padanya ada idea lain untuk kepentingan kuliah (kelas), dan talaqqi. Agenda mereka adalah berniaga, buang masa, sibuk berpersatuan, tidur, berinternet, bernovel ,tengok cerita-cerita yang didownlod,menghabiskan berjuzuk-juzuk cerita korea daripada 1juzuk alquran dan hanya kelam kabut menjamah buku di musim peperiksaan.Apabila rutin harian selepas balik kelas benda pertama sekali dibuka ialah Facebook,kemudian berskype.Dan pada waktu malam pula berchating Ym.Buku di rak hanyalah menjadi hiasan.Malah rak baju bundle lebih tinggi daripada rak kitab!!

Pernah sekali saya pergi ke Maktabah untuk membuka kitab Usul fiqh Al-ahkam fi Usul Ahkam dan terasa amat sedih apabila buku itu berhabuk.Malah,pepijat yang keluar dari celah-celah buku tersebut.Ini bermakna,pelajar takhasus Fiqh Wa Usul tidak pernah membuka buku itu,dan berlaku sebaliknya hanya pepijat yang sudi meluang masa bersama buku itu.Agak menyedihkan apabila pelajar berijazah Syariah tidak kenal nama sebenar Imam Hanafi,tidak tahu tarikh wafat Imam Syafi’e,tidak kenal siapa Ibnu Hazm?Tidak kenal Abu Dawud,tidak kenal siapa Imam Al-Amidi dan sebagainya.Siapa lagi yang sepatut mengenal nama-nama tokoh Ulamak itu jika tidak anda pelajar Syariah?Ataupun jika pelajar bahasa arab,walaupun sudah tahun 3,tapi masih lagi tidak tahu Ikrab Bismillah?Agak menyedihkan.

Saya sentiasa memprovokasi,dan menyoal sahabat-sahabat saya ketika dalam kelas akademik.Apakah dalil ambil air sembahyang?Apakah dalil 5 waktu solat Fardhu?Saya secara jujur rasanya anda sendiri dapat mengetahu jawapanya tahu atau tidak.Kalau lah dalil daripada alquran atau sunnah anda tidak tahu tentang masalah paling mudah,apakah lagi dalil-dalil dalam permasalaahan lain?

Saya sentiasa berangan-angan dan mungkin ini adalah cita-cita ku ingin melihat suasana di Mu’tah.Terasa ingin melihat pelajar Mu’tah suasana penuh dengan ilmu.Bukan sahaja tidak ponteng kelas,malah masa ruang pula sibuk mencari guru dan bertalaqi.Sentiasa pergi ke bilik pensyarah untuk meminta nasihat,pendapat dan bermunaqashah dengan pensyarah tentang ilmu yang dipelajari di kelas.Dapat menggantikan masa berada si Solah Abasiy,di Idari,ataupun di Syimali selama berjam-jam berbual kosong,dengan bertanya pendapat di bilik doktor ataupun berada di Maktabah untuk membedah khazanah ilmu di dalam kitab-kitab.

Seterusnya,saya berhasrat untuk melihat pelajar fiqh di Muktah yang dihidangkan dengan pelbagai permasalahan fiqh dan khilaf akan menjadi pelajar yang kritis dan cerdas pemikiranya.Mempunyai dada pemikiran yang terbuka,tidak suka bedebat kecuali pada saat diperlukanya.Jadilah seperti Imam Hanafi,kata Ja’afar Ibn Ar-Rabi’ “Aku telah bersama imam Abu Hanifa selama 5 tahun.Dan aku tidak pernah jumpa orang yang lebih pendiam daripadanya.”Apabila ditanya tentang suatu ilmu fiqh,maka dia akan membuka mulutnya dan mengalirlah ilmunya seperti wadi” .Begitu juga dengan pelajar di Muktah.Saya berhasrat ingin melihat pelajar kita,apabila sahaja berbicara tentang fiqh akan semangat dan tidak putus keluar mutiara ilmu di mulut!!

Begitu juga pelajar Usuludin,jika anda sendiri tidak tahu syarat hadis sahih,tidak kenal siapa Imam Ibn Hajr,tidak kenal siapa At-turmizi tidak kenal apa itu hadis Mutdharib,Hadis Munkar?Maka sia-sia lah anda berada di sini.Saya bercita-cita melihat produk keluaran Mu’tah suatu hari nanti adalah Ulamak hadis di Malaysia.Rujukan hadis di Malaysia adalah keluaran Mu’tah!Hadis sahih Bukhari berada di dadanya sekali dengan permasalahan naqad hadis.Begitu juga ilmu Alquran dan tafsir.Saya merasa sedih apabila pelajar agama merangkak-rangkak membaca alquran.Saya pernah menyebut di dalam kelas yang saya ajari  iaitu kelas“Ikjaz Alquran”.Harapan saya bukan ingin melihat kalian mendapat lulus sahaja dalam madah ini,tapi ingin melahirkan pelajar yang dapat menangis ketika membaca alquran didalam solat!Sebagaimana Saidina Umar R.A luluh hati mendengar ayat alquran.Dan sebagaimana disebut dalam,riwayat beliau pernah pengsan apabila mendengar ayat dari surah At-thur.Dapat melahirkan pelajar seperti Imam As-Sya’rawi.Kata ulama kepada beliau.”Adalah Imam As-Sya’rawi mentafsirkan alquran dengan hatinya”.

Saya ingin memetik kata seorang Ulama.”Ilmu ada 3 jengkal.Masuk jengkal yang pertama akan jadi takabbur,masuk jengkal ke 2 jadi tawadhuk,masuk jengkal terakhir barulah dia tahu sebenarnya dia tidak tahu!”

Jadilah golongan ke 3.Semakin banyak membaca,semakin banyak kita tidak tahu.Bacalah kitab tengok bagaimana juhudnya Ulamak terdahulu menulis ilmu.Semakin banyak anda membaca,semakin banyak anda tidak tahu!!!

Terpaksa VS Minat

Semasa kecil,aku sangat meminati bidang Sains.Tapi,dipaksa oleh ayahku untuk ke sekolah Tahfiz.Bermula di sekolah tahfiz,aku sangat teruk dalam menghafal.Malah dimarah teruk oleh ustaz.Sehingga aku tidak mencapai taget silibus yang perlu dihafal.Menangis kerana membuat benda dalam keadaan “terpaksa”.Tidak dapat menghafal alquran.Akhirnya ku jumpa juga jalan keluar!Iaitu TANAM MINAT.Alhamdulillah,bermula dari itu,aku berjaya mengubah hafalanku semakin banyak.Dan akhirnya subjek alquran aku mendapat markah yang tinggi.Cita-cita ku pada masa itu adalah untuk menyambung pelajaran dalam bidang alquran.

Sekali lagi aku diuji.Ayahku tidak membenar ku ke Mesir sambung dalam bidang al-quran.Sukar bagiku untuk mengubah sekali lagi benda yang ku minati.Aku terpaksa menyambung bidang Fiqh Wa Usul di Universiti Muktah.Bermula belajar di Universiti Muktah dalam bidang fiqh terasa amat asing bagiku.Muhadharah tidak dapat ku fahami,kitab fiqh ku tidak faham dibaca.Malah,ketika itu aku masih lagi membaca kitab qiraat.Terasa sayang dengan ilmu alquran.Markah imtihan juga hanya biasa sahaja kerana membuat benda dalam keadaan tidak minat,terpaksa.Setelah habis satu sem,barulah benih minat kepada fiqh mulai subur dalam dadaku.Kitab usul fiqh ku kaji,kitab-kitab fiqh mula ku cari satu persatu mushtalah.Sanggup ke rumah senior,keluar rumah walaupun suhu agak sejuk hanya untuk mempelajari kitab fiqh,demi memahami isi kandungan kitab fiqh.

Aku bertanya kepada Dr Syuwes,bagaimana kamu dapat mengingati nama-nama ulamak  kemudian nama-nama kitab,dan kata-kata hikmah dari kitab-kitab fiqh?

Jawapan Dr Syuwes sangat ringkas dan tepat.Kamu tanamlah MINAT kamu kepada fiqh!

Dr Syuwes menceritakan beliau adalah arab badwi.Remaja Badwi yang tidak mempunya fasiliti yang lengkap,duit yang tidak cukup untuk belajar..Tetapi atas dasar minat akhirnya beliau dapat belajar sehingga PHD.Bagaimana besarnya peranan MINAT untuk membantu anda belajar!!!

Kaitan Harapan Saya dan Minat?

Tentu anda tertanya-tanya,apa kaitan harapan saya kepada pelajar Muktah dengan Kisah Hidup saya bertajuk minat?

Sebenarnya saya ingin simpulkan bahawa harapan saya untuk melihat Ulama’ keluaran Muktah,harapan ingin melihat suasana ilmu di sini ialah,bahawa semua benda itu tidak akan terjadi kecuali dengan MINAT.Ubahlah minat anda terhadap bidang anda masing-masing.Mungkin itu sangat susah,tetapi tidaklah mustahil.Kerana sekarang bukanlah angan-angan anda seperti anda darjah 3 apabila ditanyakan oleh cikgu apakah cita-cita anda?Sekarang ini adalah masa depan anda,realiti anda.Anda dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendokong Ilmu Syariah,mendokong perjuangan Ulamak-ulamak terdahulu,mewarisi ilmu daripada Nabi..

Yang susahnya adalah untuk bermula.Setelah bermula selesailah separuh daripada urusan itu.Sebagaimana pepatah ada menyebut:

البدايه نصف الشئء

“Permulaan itu adalah separuh daripada sesuatu”

Yakinlah, apabila kita bertindak memulakan apa yang hendak dimulakan, bantuan untuk memudahkannya akan datang.

Setelah itu, barulah muncul sesuatu yang penting untuk mengekalkan seseorang di atas jalan perubahan tersebut.iaitu Istiqamah..Istiqamah dalam membaca dan menuntut ilmu sebanyaknya semasa ada kesempatan di bumi Muktah ini.

Penutup

Imam Zainudin Abi Hafs Umar Al-Wardi telah bernazam dalam kitabnya:

وبعد فالعام عظيم المنزلة   قد اصطفى الله خيار الخلق له

والعمر عن تحصيل كل   علم  يقصرفابدا منه بلأهم

وذلك الفقه فان منه   ما لا غنى كل حال عنه

Dan adapun selepas itu,maka ilmu adalah agung kedudukanya# Sesungguhnya Allah telah memilih sebaik-baik kejadian baginya

Dan umur untuk mencapai semua ilmu# adalah terbatas,maka mulakanlahdarinya dengan lebih penting

Demikianlah itu adalah ilmu fiqh maka sesungguh darinya#Sesuatu perkara sentiasa berhajat dalam setiap keadaan kepadanya.

Insyaallah,harapan dan cita-cita saya untuk melihat pelajar Muktah penuh dengan suasana ilmu,cintakan ilmu akan terjadi suatu hari nanti.Melahirkan produk berkualiti,melahirkan generasi agama yang kuat,pelajar agama yang pemikiran tajam,kritis dan dinamik suatu hari nanti.Pelajar agama adalah orang yang dikehendaki suatu hari nanti dalam masyarakat Malaysia,bukanya apabila menyambung bidang agama,satu pandangan remeh dilontarkan oleh masyarakat kepada jurusan agama.Buktikan bahawa kita adalah pelajar yang pandai,dan lebih diperlukan oleh masyarakat berbanding akauntan,jurusan ekonomi dan sebagainya.Sama penting dengan bidang perubatan,dimana doktor merawat penyakit zahir,tapi golongan pelajar agama merawat penyakit hati dalam masyarakat!

.Dengan PERMATA yang gemilang,matang suatu hari nanti. Saya mengimpikan jua PERMATA sebuah persatuan yang matang dapat dicontohi oleh persatuan-persatuan lain di Jordan khususnya,dan di negara-negara timur tengah amnya.

Akhir kalam,saya mohon seribu kemafaan kepada semua ahli PERMATA khususnya sepanjang sesi pentadbiran saya sebagai BENDAHARI AGONG sesi 2010/2011.Dan juga mohon kesempatan ingin meminta maaf kepada semua sahabat yang pernah memasuki kelas akademik yang diajari oleh saya selama 2 tahun sepanjang penglibatan saya sebagai tutor.

Itulah sebenarnya HARAPAN dan IMPIAN saya terhadap pelajar Muktah.Itulah coretan ikhlas hati saya selama 3 tahun berada di Muktah.Itulah apa yang saya nampak selama saya belajar di Muktah.

Sekian,wassalam

Dari:Azmir Azri bin Ahmad

Jawatan :  Mantan Bendahari Agong sesi 2010/2011

Takhasus:Fiqh Wa Usul

Kuliah Syariah,Universiti Mu’tah

zakat : sempurnakan Ramadhanmu
Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia sehingga dapat lagi bertemu dengan tetamu istimewa, iaitu Ramadan al-Mubarak ini. Mudah-mudahan kita dapat mentransformasi diri menjadi manusia bertakwa setelah menjalani kursus fizikal dan disiplin rohani selama sebulan penuh di madrasah Ramadan.

Menyentuh mengenai ibadah zakat fitrah dan zakat harta, maka Ramadan memang waktunya bagi umat Islam menunaikan zakat fitrah.

Ibnu Umar r.a pernah meriwayatkan: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang Muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum. (riwayat Imam Muslim)

Namun begitu, ulama khilaf bilakah waktu yang paling utama atau menjadi wajib menunaikannya. Sama ada di awal Ramadan, pertengahan mahu pun sejurus sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Maka dalam hal ini, fuqaha telah membahagikan waktu pembayaran zakat fitrah kepada empat segmen. Iaitu harus yang bermula dari awal Ramadan, menjadi wajib sebelum menunaikan solat Aidilfitri, makruh seandainya dikeluarkan selepas solat dan haram selepas terbenam matahari satu Syawal.

Bagi hikmahnya pula, Ibnu Abbas r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah dengan tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan juga sebagai bantuan kepada fakir dan miskin.” (riwayat Abu Daud)

Oleh itu, bagaimana pula statusnya zakat harta? Jika Ramadan bulan khusus menunaikan fitrah, maka apakah zakat harta lebih baik ditunaikan pada bulan-bulan yang lain?

Maka, demi menjelaskan hal ini, sukacita dinyatakan bahawa zakat harta itu hukum asalnya tertakluk kepada haul. Iaitu tempoh matang terhadap pemilikan harta. Jika haulnya pada bulan Zulhijjah, maka saat itulah baharu datangnya waktu wajib mengeluarkannya sebagai zakat dan inilah waktu paling utama. Selama belum cukup masanya, maka ia dianggap harus mendahulukan zakatnya. Samalah kesnya jika kita mahu menunaikan zakat fitrah pada awal Ramadan, ia dianggap waktu yang harus.

Pun begitu, kita memang dianjurkan agar mengambil kesempatan Ramadan sebagai medan melipatgandakan sedekah, termasuklah zakat. Ini sesuai dengan tindakan nabi SAW sendiri yang memperbanyakkan sedekahnya pada bulan Ramadan. Bahkan nabi menyatakan: “Sebaik-baik sedekah itu adalah pada bulan Ramadan.” (riwayat at-Termizi)

Ramadan memang bulan keberkatan yang menjanjikan pahala berkali ganda dalam segala jenis amalan. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah bahawa nabi pernah menyatakan dalam sebuah hadis yang panjang, iaitu setiap amalan sunat diganjari pahala wajib dan setiap satu amalan wajib diganjari 70 kali ganda pahalanya jika dilakukan di dalam bulan Ramadan. Ulama hadis ada yang menyatakan hadis ini daif. Namun ia masih boleh dijadikan motivasi dalam beramal.

Maka, kita umat Islam wajar merenggut faedah bersedekah pada bulan Ramadan dengan melebarkannya kepada zakat harta, yakni tidak sekadar zakat fitrah semata.

Bayangkan, jika kita menunaikan zakat pendapatan RM1,000 pada bulan Ramadan, maka di sisi Allah SWT kita sebenarnya telah mendapat pahala berzakat RM70,000!

Untuk itu, sungguh pun haul kita mungkin belum sampai pada Ramadan ini, namun kita boleh sahaja menunaikannya lebih awal demi merebut gandaan pahala ini.

Bahkan daripada aspek fiqh zakat, proses mengawalkan haul zakat ini adalah diharuskan oleh Rasulullah SAW, justeru memang sudah pernah berlaku pada zaman baginda.

Saiyidina Ali kwj menyatakan, Abbas bin Abdul Mutallib dikhabarkan pernah meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk mempercepatkan haul zakatnya, lalu Nabi Muhammad SAW telah memberikan keizinan kepadanya. (Mafhum hadis riwayat Abu Daud)

Kesimpulannya, kita hendaklah merebut segala ganjaran pahala yang begitu besar yang telah pun disediakan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadan dengan melakukan pelbagai sedekah sunat, seperti menaja majlis berbuka puasa, juga menunaikan sedekah wajib iaitu membayar zakat fitrah dan tidak sesekali melupakan zakat harta di sisinya.

Mudah-mudahan, puasa kita diterima Allah dan zakat kita juga digandakan pahala yang melimpah-ruah. Wallahua’lam.

sumber:

Nur Faiz Solehan,

Pelajar Tahun 3,

Universiti Mu’tah, Jordan.

blog : http://faizsolehan.wordpress.com/

ARTIKEL: MENYELAMI 63 TAHUN “NAKBAH PALESTIN”
MENYELAMI 63 TAHUN “ NAKBAH PALESTIN”

Hari ini Ahad, 15 Mei 2011, genaplah 63 tahun peristiwa nakbah yang melanda umat Islam Palestin. Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat organisasi-organisasi yang prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu. So, penulis ingin membawa pembaca sekalian untuk sama-sama kita membongkar kembali peristiwa ‘ Nakbah ‘ ini yang merangkumi:

- Bila & dari mana rancangan ini bermula

- Punca berjayanya rancangan ini

- Kesan penubuhan Negara Haram Israel & pelbagai lagi perbincangan yang menarik…..

PENCETUS RANCANGAN PENUBUHAN NEGARA HARAM YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan berbangsa Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29 Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

PEMANGKIN KEJAYAAN MENGUASAI PALESTIN

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 apabila kerajaan British ini telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan ketenteraan di Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

PERANAN PBB DALAM MEMANIPULASI PALESTIN

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa oleh British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agenda mereka. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidakadilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan “ Ketetapan 181 ” pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya pula yang hanya 1/3 keluasan tanah diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

KELEMAHAN LIGA ARAB SEBAGAI PUNCA ???

Tahukah kita yang rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab ketika itu pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara

Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang sebelum itu digembar-gemburkan hanyalah merupakan ‘ tragedi ‘ apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam kepimpinan tentera Liga Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % ke atas bumi Palestin, Yahudi Zionis dengan beraninya telah mengumumkan kewujudan Negara Haram Israel pada petang 14 Mei 1948. Setelah itu, British mengundurkan tentera dan pemerintahannya dari Palestin apabila Negara Haram Israel yang merdeka telah diistiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

TERTUBUHNYA NEGARA HARAM ISRAEL ADALAH MALAPETAKA ( NAKBAH ) KEPADA PALESTIN & UMAT ISLAM

SEUSAI pengambilalihan secara haram oleh Yahudi, kesan langsung dari nakbah ( malapetaka ) ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) dengan bertindak mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan sekurang-kurangnya 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, meletupkan pejuang-pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata. Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain-lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah. Para mujahid dan pemuda-pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya di dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan umpama binatang, bahkan binatang mybe lebih berhati perut berbanding mereka ( Yahudi ).

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak secara membabi buta. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya. Allahu akbar !!!

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan :

“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu“

Apabila pemimpin Yahudi disoal mengenai tindakan kejam itu, hujah mereka ialah :

“Yahudi ingin menjadikan Holocaust ( peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh tentera Nazi Jerman ) sebagai alasan untuk menghalalkan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin”

Serentak dengan itu, rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi di Tebing Barat yang menyekat fitrah kehidupan bersosial rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupai sejarah bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah terancang yang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya dikembalikan hak lebih 4.4 juta pelarian Palestin iaitu dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin…lihat peta di bawah

Warna hijau di kiri sekali menggambarkan tanah milik Palestin ketika tahun 1946 diikuti perampasan secara haram oleh Israel pada gambar kanan sekali iaitu pada tahun 2000…cube kite fikirkan…dah berapa banyak tanah Palestin yang telah dirampas ???

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis ( pelampau ) Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rancangan mereka untuk Mengyahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi ( Haikal Sulaiman ) di atas tapak masjid Aqsa sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Cukuplah penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja !!!

PERANAN KITA ???

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke-3 yang juga merupakan bumi para anbia. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seantero dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara-negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

SENARIO DI MALAYSIA

Terus terang penulis katakan, kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik.

Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa. Sebabnya, negara kita merupakan antara yang berpengaruh dalam pertubuhan Negara Islam OIC, tapi apa yang telah dilakukan Negara kita & pertubuhan itu untuk membantu Negara Islam ??? Jawapannya……kosong…….

Umat Islam di seantero dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, politik, geografi, bahasa dan bangsa wajib diketepikan bagi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari oleh tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam ??? Adakah akan muncul Salahuddin al-Ayyubi ke-2 ???…..Same-same kite fikir sejanak….

Wallahu’allam

Daripada Team BBR

Kredit by http://khalifahalmujahidin.blogspot.com/

PERMATA 2012 Pilihanku, populariti atau prestasi?
Bahang pilihanraya untuk persatuan pelajar Malaysia di Jordan semakin membahang. PERMAI dengan kapasiti lebih 1000 ahli telah mendahului jejak langkah memilih pemimpin baru yang akan menerajui persatuan mereka untuk tempoh setahun yang mendatang. PERMATA juga pastinya akan bertukar tampuk pemerintahan. Saff 2010/2011 yang dikepalai oleh Ustaz Hussin pasti akan dibubarkan dan ditukarkan dengan muka baru yang masih segar dan bersemangat.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Ustaz Hussin yang telah berjaya membawa PERMATA ke arah yang lebih baik. Mereka telah menunaikan janji dan tanggungjawab yang terpikul. Beban taklifat yang dipikul sejak setahun yang lalu telah banyak memberikan pulangan pahala dan ganjaran yang tidak terhingga kepada mereka di sisi Allah.

Sebelum pilihanraya bertamu di kamar PERMATA, saya ada sedikit pandangan dan idea yang cuba untuk dikongsikan.

Konsep yang digunakan oleh PERMATA melalui JPR adalah melalui undi popular. Konsep ini tidak salah, namun ia hanya perlu dilengkap dengan sedikit pengubahsuaian. Populariti semata-mata tidak akan membawa manfaat optimum kepada PERMATA dan ahli. Populariti harus dikahwinkan dengan potensi calon untuk menduduki kerusi yang disediakan.

Ini bagi mengelakkan kita dari tersilap memilih calon yang popular, tapi tidak berpotensi untuk mengisi kerusi yang diberi. Maka, kita akan tergolong dalam golongan orang zalim kerana meletakkan sesuatu pada tempat yang salah. Dalam masa yang sama, calon itu juga turut dizalimi lantaran terpaksa memikul bebanan yang tidak mampu untuk dipikulnya.

KHALIFAH ALLAH

Manusia dicipta di muka bumi. Hidupnya bukan seperti pohon melata, tapi memikul urusan dan perintah yang Maha Esa. Allah menciptakan kita selaku penggantinya di muka bumi untuk mengurus dan mentadbir ahli bumi dengan syariat dan peraturan yang telah ditetapkan olehNya.

Pada pandangan saya, tidak salah jika saya katakan bahawa pemimpin yang kita pilih pada hari ini adalah khalifah kecil yang memikul peranan untuk menguruskan kita selaku ahli persatuan sepanjang keberadaan kita di Mu’tah dan Jordan.

Oleh itu, ciri-ciri utama yang amat perlu dipertimbangkan adalah ciri-ciri Hablun Minallah. Pertalian sesorang itu dengan Allah melalui ibadat yang terjaga, syakhsiyyah, adab dan akhlaq yang mulia. Dalam hal ini, saya rasa, tidak susah untu kita nilai, sejauh mana kompetensi seseorang dalam IBADAT, AMANAH dan SYAKHSIAH.

Manakala ciri yang kedua adalah ciri hablun minannas. Pertalian dengan pergaulan dengan manusia. Wilayah ini agak subjektif untuk dinilai. Namun, semudah bicara yang ringan untuk difahami, cukuplah kita mengenali resmi pergaulan dan kemesraan beliau dengan para ahli seperti kita. Konsep kepimpinan yang semakin mendapat perhatian pada hari ini adalah konsep Civil Society. Konsep yang cukup mementingkan ahli dan orang bawah. Konsep inilah yang diamalkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Nabi Sulaiman juga terkenal dengan ciri-ciri ini melalui kisah beliau dengan Hud-Hud. Sulaiman yang perkasa tidak membuta mata dari memerhatikan kehadiran Hud-Hud dan tidak juga memekakkan telinga dari mendengar hujahan Hud-Hud yang kecil.

Saya rasa, faktor ini juga cukup penting dalam sesebuah organisasi. Masakan tidak, seseorang yang ingin menguruskan organisasi mestilah mampu berhadapan dengan kerenah ratusan malah ribuan ahli. Justeru, ciri-ciri ini cukup penting dan perlu diteliti pada setiap calon yang ingin dipilih.

PENGIKUT MUSA ATAU PENGIKUT ISA?

Setelah kita jelas, bagaimana ciri pemimpin yang perlu kita pilih, maka ada baiknya kita tilik pula, bagaimana ciri-ciri pengikut yang perlu kita ikuti. Cerita yang masyhur dalam menilai pengikut adalah kisah dua Nabi Bani Israil, Musa dan Isa Alayhissalam.

Pengikut Musa pernah berkata, Pergilah dikau wahai Musa bersama dengan tuhanmu, dan berperanglah. Kami ingin duduk dan memerhati dari sini sahaja.

Manakala Hawariyyun, apabila Isa bertanya, siapakah yang ingin membantuku?

Jawab Hawariyyun, Kamilah yang akan memabntumu.

Sekian, selamat memilih ketua seperti Musa dan Isa, dan selamat bersifat seperti Hawariyyun.

ARTIKEL:SULTAN ABDUL HAMID II, DARI ISTANA YILZID KE PEMBUANGAN DI SALONIKA
SULTAN ABDUL HAMID II : DARI ISTANA YILZID KE PEMBUANGAN DI SALONIKA

“Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.

Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.

Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

“Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku”, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

“Jangan emosi sangat”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

“Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu”, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.

Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa.

ISTANA YALZID

“Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar”, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.

“Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.

Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.

Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

“Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.

Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yildiz. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul”, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.

Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.

Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

STESEN KERETAPI SIRKECI

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan”, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

“Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini”, saya berdiri sepi di dinding makam.

Semoga kita bakal pewaris perjuangan dalam mengembalikan sistem khalifah yang dahulunya gah samada ia bermula di dunia arab ataupun sebaliknya.Amin

Kredit by http://saifulislam.com

BBR PERMATA 2010/2011

ARTIKEL MAULIDURRASUL: BersamaMu Ya Rasulullah S.A.W
Sahabatku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa baginda Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan penyampai risalah Allah S.W.T yang benar dan diredhai. Saat di padang mahsyar nanti, setiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at daripada baginda S.A.W dan ingin berada di barisan baginda S.A.W. Namun, tidaklah cukup sekadar pengakuan. Pasti yang mengaku umat baginda S.A.W akan berusaha mengikuti jejak baginda dengan mengikuti sunnah-sunnah baginda, sentiasa membasahi bibir mendoakan baginda serta melazimi selawat kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Sejarah tidak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah S.A.W tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri Rasulullah, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W  adalah “Al-Qur’an”. Tidak  satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu baginda, melainkan adalah berasal dari wahyu Ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku baginda. Rasulullah S.A.W adalah utusan  yang mempunyai sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa  menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah contoh yang ringan tangan dan tidak segan silu untuk membantu pekerjaan isterinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahawa baginda tiada merasa jijik makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Rasulullah S.A.W adalah ikon umat Islam  yang paling sabar di mana ketika itu pernah kain baginda ditarik oleh seorang badwi hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak  marah.

Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah S.A.W mengimamkan solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah begitu sukar untuk baginda berpindah rukun dan terdengar bunyi yang aneh. Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar Al-Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W : “Tidak  ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.”  Berkata Umar lagi: “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin engkau sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah S.A.W pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah S.A.W yang kempis dililit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang mengeluarkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah S.A.W bergerak. Para sahabat pun berkata : “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk engkau?”. Baginda Rasulullah S.A.W pun menjawab dengan lembut : “Tidak wahai  para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah SWT  buatku, agar kelak umatku tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti. Betapat agungnya peribadi Rasulullah S.A.W sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badwi tentang akhlak baginda S.A.W hanya mampu menangis kerana tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda S.A.W. Baginda diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai pengajaran yang baik sepanjang zaman.

Sahabatku, kehadiran Rasulullah S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang baginda contohkan kepada umat manusia. Rasulullah S.A.W  tidak bersikap pilih kasih dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah berdendam, malah baginda pernah menangis ketika mengetahui balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala.

Sirah Rasulullah S.A.W banyak menceritan kesedihan baginda dalam memikir maslahah umat baginda di hari qiamat kelak. Di saat kewafatan Rasulullah S.A.W amat sedih untuk meninggalkan umatnya ketika Rasulullah S.A.W berusia 63 tahun. Kerana itulah baginda menyebut berkali-kali perkataan “ummati”, “ummati”, “ummati” .  Cukup kiranya beliau yang jadi “Qudwatun Hasanah” untuk kita umat Islam hari ini yang jauh tersasar daripada akhlak Rasulullah S.A.W, baik dalam tindakan mahupun perkataan yang menyenangkan. Apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti baginda (Nabi Muhammad S.A.W )”.

Dalam salah satu hadith diriwayatkan bahawa: “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad S.A.W) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan diakui Rasulullah S.A.W sebagai umatnya atau tidak kelak di hari kiamat. Namun satu yang pasti bahawa semua ingin berada di barisan baginda. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak baginda S.A.W semampu diri kita, sebagai ikon kita yang utama, memperbanyak ucapan selawat untuknya, membela sunnahnya, bukan membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai rasa cinta kita terhadapnya. Sabda Nabi S.A.W : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 10 kali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak 100 kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak 1000 kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali, maka Allah SWT menjanjikannya kelepasan dari seksaan api neraka.”

Sahabatku, tidak ada insan lain yang menjadi ikon mahupun Qudwah Hasanah yang melebihi apa yang ada pada diri Rasulullah S.A.W itu sendiri dan tidak sepatut bagi umat Rasulullah S.A.W di akhir zaman ini tahap kecintaan mereka lebih yang tinggi serta menjadikan kebanyakan artis sebagai ikon hidup mereka. Justeru itu, marilah kita memperbanyakan salam dan selawat kepada baginda junjungan besar S.A.W sebagai tanda rasa kasih sayang kita yang tidak terhingga yang mana dengannya kita akan beroleh Syafa’at darinya sebagai pertolongan untuk memudahkan kita ke syurga kelak di padang perhimpunan seluruh umat manusia iaitu  Al-mahsyar. Insya Allah…Amiin. Itulah ulang tahun yang kita sambut pada esok hari 12 rabiul Awal lahirnya Kekasih Allah Pembawa Rahmat ke Seluruh alam.

Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

Unit Info Islamik BBR PERMATA 10/11

SALAM AWAL MUHARRAM (1432H)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,  sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Taala, Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SWTke atas peluang dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita kecapi tahun baru 1432 Hijrah.  Berbicara soal sambutan tahun baru awal muharam  yang disambut samada berbentuk program ataupun individu, saya terpanggil untuk mengajak sama-sama kita menghayati dan  mengimbau kembali sejarah yang bukan disambut mengikut adat tetapi ia adalah satu anugerah yang besar buat kita sebagai seorang muslim.

Kisah sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SWT yang agung ini sudah cukup mengajar kita erti pengorbanan didalam meneruskan dakwah Islam. kita sebagai seorang yang bakal meneruskan perjuangan ini seharusnya, menjadikan ia satu semangat dan pendorong didalam segala cabaran yang bakal ditempuhi kelak.

Satu kelebihan sejuta kerahmatan

Hijrah adalah satu tuntutan tuhan kepada para hambanya. Keimanan kepada Allah telah menjadikan semua perintah Allah tetap dijunjung dan disempurnakan walaupun ianya sulit dan sukar. Rasulullah SAW telah membuktikan melalui penghijrahan agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda menuju ke Kota Madinah semata – mata kerana memenuhi tuntutan menegakkan sebuah negara setelah baginda telah dibuang dan ditolak di negera sendiri kerana menegakkan cara hidup Islam. Biar pun hijrah bersama baginda Rasulullah SAW telahpun berakhir, namun tuntutan hijrah dalam konteks meninggalkan segala maksiat dan menuju keredhoan tuhan tetap berkekalan sehinggalah hari kiamat.

Hari ini adalah hari terakhir kita dihidupkan oleh Allah SWT dalam bulan Zulhijjah 1431 Hijrah. 1432 Hijrah bakal disambut dengan bacaan doa akhir tahun dan disusuli pula dengan bacaan doa awal tahun baru hijrah. Sambutan Maal Hijrah bukan sebarang program, tetapi ia merupakan permulaan kepada keazaman kita pada tahun baru hijrah ini, iaitu keazaman untuk tidak mengulangi maksiat kepada tuhan dan sebaliknya menanam keazaman untuk bersama-sama membantu agama Allah dengan mengambil contoh dan ibrah dari gaya hidup para nabi dan rasul serta golongan – golongan pembantu agama Allah yang telah berjaya seperti Golongan Muhajirin dan Golongan Ansar. Mereka telah pun memenuhi tuntutan Allah agar beriman, seterusnya menyahut perintah Allah untuk berhijrah dan perintah Allah berupa Jihad Fi Sabilillah untuk membela Islam.

Hijrah ialah perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pengertian hijrah kerana mencari sesuatu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mencari agama dan mencari penghidupan dunia dengan cara yang diredhoi Allah. Berjalan dan berhijrah ke sesuatu tempat untuk mengambil pengajaran dan pengiktibaran dari bencana yang Allah timpakan juga adalah tuntutan hijrah dalam mencari agama. Renungilah bagaimana kekuasaan Allah menggoncang bumi melalui fenomena gempa bumi sehinggalah menghancurkan puak Ad dan Samud yang Allah utuskan Nabi Hud dan Saleh sebagai pemberi ingatan. Allah menurunkan azab pula kepada kaum Luth yang mengamalkan homoseksual dengan menterbalikkan bumi. Lawatilah tempat di mana Allah menenggelamkan semua penentang Nabi Allah Nuh melalui banjir besar serta luar biasa yang melimpah-limpah airnya dari langit dan bumi. Ambillah peringatan melalui rakaman sejarah besar dunia untuk terus patuh dan beriman kepada Allah .

Sempena Maal Hijrah yang bakal kita sambut pada kali ini marilah sama-sama kita semaikan dan jayakan ‘hijrah’ dalam bentuk meninggalkan larangan – larangan Allah dan memperkasakan diri kita selaku mukmin sejati agar tidak mudah tunduk dan patuh kepada kehendak musuh-musuh orang beriman iaitu yang terdiri daripada orang-orang kafir yang ingin memerangi kita, syaitan yang sentiasa tidak berputus asa menyesatkan kita, orang – orang Islam sendiri yang bersikap dengki,cemburu dan iri hati sesama kita, orang – orang munafik di kalangan kita yang selalu memarahi orang mukmin dan musuh dalaman kita sendiri iaitu hawa nafsu yang sentiasa ingin menang ke atas diri kita. Tanpa mujahadah dari kita pasti kita akan cenderung untuk mengulangi kesilapan tahun lalu berulang kali pada tahun ini. Sedarlah betapa ancaman Allah adalah neraka yang azabnya amat menghinakan.

Seseorang yang berhijrah meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT bukan sahaja mendapat keampunan daripadaNya tetapi mendapat pahala kerana tindakan yang bijaksana itu.Sebenarnya kemunduran dan ketinggalan umat Islam adalah berpunca dari sikap mereka sendiri bukannya kelemahan pada pengamalan agama Islam. Sikap negatif seperti malas, hasad dengki sesama sendiri, mudah menghukum dengan berita yang didengar,tidak lansung menghormati sesama sendiri dan mengambil pendekatan cukup dengan apa yang ada merupakan sebahagian daripada sikap-sikap yang perlu dihakis dan dikikis serta dihapus lumatkan dari diari kehidupan umat Islam sekiranya mereka ingin meletakkan diri mereka di mercu kecemerlangan dan kegemilangan. Sesungguhnya perubahan sikap negatif kepada positif adalah hijrah dan melaluinya Umat Islam dapat menempa kemajuan dan meletakkan diri mereka pada kedudukan yang dikagumi oleh kawan dan lawan.

Firman Allah di dalam surah  Ar-Ra’d  ayat ke-11 yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Akhirnya, saya menyeru kepada seluruh warga PERMATA untuk sama-sama kita mengambil ibrah dan pengajaran melalui peristiwa Hijrah ini dan dapat diterjemahkan penghayatannya didalam kehidupan kita agar kita dapat menjadi golongan muslim yang mukmin.

Salam awal muharam dari kami pimpinan PERMATA buat seluruh warga PERMATA.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Hussin Bin Mohd Fauzi

Presiden PERMATA

Sesi 2010/2011

KELAS TAFAQUH : Solat Sunat Istisqa’ (Solat Memohon Hujan)
Kitab Anwar Masalik Syarah Umdatus Salik wa Uddatun Nasik

Disampaikan oleh : Dr. Abdullah Fawwaz

Pengenalan

Dari sudut bahasa bermaksud memohon hujan iaitu lebih umum samada memohon daripada Allah atau daripada hamba.

Dari sudut syara’ bermaksud hamba memohon daripada Allah taala menurunkan hujan ketika mempunyai keperluan (contoh: kemarau yang panjang).

Solat ini kebiasaannya dilakukan apabila tanaman tidak berhasil kerana kemarau atau terputusnya  air yang menyebabkan manusia dahaga atau air yang ada tidak mencukupi untuk keperluan dan sebagainya.

Hukum

Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Sebelum solat

Antara perkara yang perlu diperingatkan oleh imam kepada para jemaah untuk solat ini ialah :

Menyuruh mereka bertaubat

Bersedekah

Berbaik-baik dengan musuh (jika permusuhan tersebut bukan kerana Allah),

Berpuasa tiga hari.

Pada hari keempat, keluar ke tanah lapang dalam keadaan berpuasa dan memakai pakaian sederhana. Di samping itu, keluar bersama golongan wanita yang tiada halangan, binatang ternakan, golongan tua dan lemah, golongan kanak-kanak, para solihin dan kaum kerabat keturunan Rasulullah (untuk mengambil syafaat dengan mereka).

Menyebut amalan kebaikan dan mengambil syafaat dengannya (seperti yang dilakukan oleh ahli gua (kisah ahli gua yang memohon kepada Allah dengan menyebut amalan kebaikan mereka untuk melepaskan diri mereka daripada batu besar yang menutup jalan keluar)

Sekiranya keluar ahlu zimmah (non-muslim yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam) tidak dihalang mereka untuk turut keluar  tetapi hendaklah diasingkan tempat mereka.

Cara menunaikan solat sunat istisqa’:

Solat ini mengandungi dua rakaat seperti solat sunat hari raya (pada takbir dan dibaca dengan bacaan kuat)

Khutbah Solat Sunat Istisqa’

Mengandungi dua khutbah, sama seperti khutbah sunat hari raya melainkan pada khutbah Istisqa’ dimulakan kedua khutbah tersebut  dengan ‘istighfar’ ganti kepada takbir dan memperbanyakkan di dalamnya ‘istighfar’ dan selawat kepada Nabi Muhammad sallahua’laihi wassalam.

Lafaz istighfar adalah seperti berikut: (surah Nuh ayat: 10)

Sunnah pada akhir khutbah yang kedua ;

1)       Khatib menghadap qiblat (membelakangi makmum)

2)      Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya (serbannya) dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi ke bawah dan yang sebelah kanan menjadi ke kiri.

Disunatkan bagi khatib (pengkhutbah) membaca doa kekadang dengan jahir (suara keras) dan kekadang dengan sir (suara perlahan) dan sekalian yang hadir mengangkat tangan ketika berdoa.

Info Tambahan

Sekiranya mereka  selesai bersembahyang namun hujan masih belum turun, ulangi kembali solat istisqa’ dan khutbah.

Sekiranya hujan turun sebelum solat maka hendaklah diteruskan solat istisqa’ dan berkhutbah sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan mohonlah ditambah hujan (sekiranya berhajat kepadanya).

Disunat membuka sebahagian badannya (selain aurat) supaya hujan yang turun di permulaan mengenainya

Disunatkan bertasbih ketika mendengar guruh dan petir. Ucaplah ketika mendengar guruh :

(سبحان من يسبح الرعد بحمده)

Dan ketika mendengar bunyi petir ucaplah :

(سبحان من يريكم البرق خوفا و طعما)

Disunatkan apabila hujan turun lebat dan bimbang memberi mudharat membaca doa untuk mengangkat mudharat. Doa tersebut adalah :

(اللهم حوالينا ولا علينا)

Disediakan oleh : Nur Shahidah bt. Ab. Hamid (Unit Penerbitan dan Penyelidikan, Biro Akademik, PERMATA)

KELAS TAFAQUH : Solat Sunat Kusuf (Solat Sunat Gerhana)
Kitab Anwar Masalik Syarah Umdatus Salik wa Uddatun Nasik

Disampaikan oleh : Dr. Abdullah Fawwaz

Pengenalan

Solat sunat Gerhana terbahagi kepada dua: Solat sunat gerhana matahari (Kusuf)dan solat sunat gerhana bulan (Khusuf).

Hukum

Sunat Muakkad atau sunat yang digalakkan.

Tempat

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat. Dan disunatkan dihadiri oleh kaum wanita yang tiada halangan baginya (halangan seperti  tua dan sebagainya) bagi yang ada halangan boleh didirikan di rumah.

Cara menunaikan Solat Gerhana

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.

Solat yang sempurna dilakukan dengan dua kali ruku’ dan dua kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Solat yang paling sempurna ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Cara solat gerhana diringkaskan seperti berikut:

Cara A:

Rakaat pertama

Niat solat Gerhana, Takbir

Baca Surah Al-Fatihah dan surah

Rukuk

I’tidal

Baca Al-Fatihah dan surah

Rukuk.

I’tidal.

Sujud dan seterusnya seperti solat      biasa.

Rakaat kedua

Niat solat Gerhana, Takbir.

Baca Al-Fatihah dan surah.

Rukuk.

I’tidal,

Baca Al-Fatihah dan surah.

Rukuk.

I’tidal.

Sujud

Tahiyyat Akhir

Cara B:

Rakaat Pertama

Niat Solat Gerhana

Takbiratul Ihram.

Membaca doa iftitah

Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

Membaca surah al-Fatihah.

Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.

Ruku’ dan membaca tasbih dengan kadar kira-kira membaca 100 ayat daripada surah al-Baqarah.

Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.

Ruku dangan membaca tasbih dengan kadar kira-kira membaca 80 ayat.

Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah).

Sujud dan membaca tasbih.

Duduk antara 2 sujud.

Sujud kembali.

Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah.

Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.

Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)

Sujud dan membaca tasbih.

Duduk antara 2 sujud.

Sujud kembali.

Membaca tasyahud akhir.

Memberi salam.

Khutbah Gerhana

Khutbah solat gerhana seperti khutbah solat Jumaat pada rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Bezanya khutbah Jumaat dilakukan dipermulaan solat namun solat sunat gerhana dilakukan pada pengakhiran solat gerhana.

Info Tambahan

Tidak diharuskan menambah      qiyam dan ruku’ (menjadi tiga bagi satu rakaat) sekalipun gerhana berlaku      panjang, atau memendekkan qiam dan ruku’ (menjadi satu bagi satu rakaat)      sekalipun gerhana sudah berlalu.

Jika gerhana sudah berlalu      dan hilang sedang kita masih belum bersolat maka tidak perlu bersolat.

Namun jika gerhana berlalu      dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka sempurnakan solat      tersebut dan solat itu dikira sah.

Disediakan oleh : Nur Shahidah bt. Ab. Hamid (Unit Penerbitan dan Penyelidikan, Biro Akademik, PERMATA)