PERMATA | Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah Jordan » BPP

LAPORAN MAJLIS KESYUKURAN MUTAZAWWIJ
PUSKMA, Mu’tah, 13 Oktober 2011 – Buat julung-julung kalinya Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah(PERMATA) telah berjaya menganjurkan Majlis Kesyukuran Mutazawwij bagi meraikan sembilan pasangan pengantin baru. Program ini bermula pada jam 6.45 petang dan  bertempat di Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah (PUSKMA).

Antara objektif majlis ini diadakan ialah bagi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga PERMATA, memperkenalkan ahli keluarga PERMATA yang baru ( isteri/suami yang bukan ahli PERMATA ) serta meraikan pasangan pengantin baru. Alhamdulillah hasil kerjasama semua keluarga PERMATA, program ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan aluan daripada Presiden PERMATA, saudara Mohd Nazri Bin Mat Yasin seterusnya ucapan daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ), saudara Mohammad Husin Bin Mohd Fauzi. Antara kalam Presiden MPPMJ yang menarik minat kami ialah, “mulai hari ini, pastikan kita sudah mula merancang pentarbiyahan yang terbaik untuk anak-anak kita supaya kita bukan sahaja melahirkan pilar-pilar yang soleh solehah bahkan melahirkan generasi yang mapan yang mampu menerajui tonggak pimpinan negara akan datang”.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada para mutazawwij. Sebelum jamuan makan malam, para mutazawwij dihidangkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Mu’tah yang tidak asing lagi, iaitu kumpulan Mir One. Mereka telah mempersembah dua buah lagu bertemakan perkahwinan khas untuk pasangan pengantin baru.

Alhamdulillah, walaupun keterbatasan waktu dan kewangan, kami mampu untuk mengadakan majlis ringkas ini hasil usaha sama keluarga PERMATA yang tidak jemu menyokong dan memberikan komitmen yang terbaik terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PERMATA.

Firman Allah S.W.T :

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ”

- Ar-Rum : Ayat 21

Disediakan oleh,

(NOOR HIDAYAH BINTI ADZMAN)

Timbalan Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP),

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA),

Sesi 2011/2012.

TAKZIAH KEPADA MEREKA
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PERMATA merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga yang ditimpa musibah ini. Anggaplah ia suatu ujian dari-NYA dan semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk yang terkorban dan kepada ahli keluarga yang terlibat. Kejadian tanah runtuh pada 21 Mei yang menimbus Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,  dalam kejadian pada pukul 2.30 petang.

Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak teman-teman khususnya ahli PERMATA untuk   bermuhasabah diri dalam  mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِن رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ

Bermaksud: Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali) . Mereka itulah orang-orang yang mendapat shalawat dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al-Baqarah : 155-157)

21 Mei 2011: Keadaan Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kg. Sungai Gahal, Hulu Langat.

21 Mei 2011: Usaha mencari mangsa-mangsa yang tertimbus oleh pasukan penyelamat

21 Mei 2011: Salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Kg. Sungai Gahal, Batu 14,Hulu Langat.

Ironinya, setiap yang terjadi di alam ini, seperti musibah yang mampu menggoncang jiwa, sekencang angin dan petir seumpama binasanya umat Nabi Hud   sehingga menghancurkan tanaman dan keturunan atau gempa bumi umpama musibah kaum Sadum yang menyebabkan runtuhnya bangunan-bangunan tinggi, pohon-pohon besar, juga menyebabkan korban jiwa, kerugian harta. Tidak ketinggalan, letusan gunung yang terjadi di beberapa tempat sehingga menyebabkan hancur dan binasanya segala yang ada di sekitarnya. Demikian juga kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan, serta pelbagai musibah lain. Sesungguhnya, semua ini merupakan peringatan daripada Allah terhadap hamba-hambaNya agar tidak terus berada di penyimpangan, disamping ajakan untuk kembali kepada-Nya. Hakikatnya, segala yang terjadi merupakan ukuran, sejauh mana kesabaran mereka dalam menghadapi ketentuan dan taqdir Allah. Ketahuilah, sesungguhnya azab di akhirat jauh lebih dasyat dan perintah Allah, jauh lebih agung..

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم

Bermaksud: Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali terjadi dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.(At-Taghabun :11)

Ingatlah, setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Namum begitu, islam mengajar kita agar mempercayai qada dan qadarNYA. Tanpa sabar dan penyerahan kepada Allah mungkin kita sebagai manusia tidak mampu menerimanya. Benarkanlah kata-kata Allah itu “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”.

Sekali lagi saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PERMATA mengucapkan takziah ke atas keluarga yang ditimpa musibah ini.Semoga kalian di berkati oleh Allah Ta’ala dan kami mendoakan semoga ruh mereka tenang dan kekal ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA Sesi 2010/2011
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERMATA KALI KE-12

Firman ALLAH SWT bermaksud:

“Dan Kami jadikan di antara mereka itu beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing pada hukum kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas) serta mereka tetap yakin pada ayat-ayat Kami”.

[As Sajdah : 24]

Assalamualaikum wbt

Sukacitanya di maklumkan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah akan menganjurkan Mesyuarat Agung kali ke 12 tidak lama lagi. Oleh itu, kami menjemput semua mahasiswa/wi Mu’tah untuk sama-sama hadiri bagi menjayakan misi kami untuk memenuhkan dua pertiga dewan bagi melancarkan mesyuarat agung kali ini.

Berikut adalah butiran mesyuarat:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MU’TAH (PERMATA) KALI KE-12

TARIKH : 04 JUN 2011

HARI : SABTU

TEMPAT : DEWAN MASRAH DAN SOLAH ABBASIYAH

JAM : 8.00 am – 6.00 pm (di Dewan Masrah)

7.45 am – 10.45 pm (di Solah Abbasiyah)

Antara Acara-acara menarik  :

Majlis Keraian Ustaz      Sulaiman Bin Ismail

Penyampaian Anugerah      Saidina Ali & Saidatina Fatimah

Anugerah Rumah Tercantik      BKP

Persembahan Slideshow

Persembahan Nasyid

Gimik Perasmian Penutup

Sesi Fotografi bersama      Ustaz Sulaiman

Mari sama-sama kita berikan sokongan dan dorongan pada sahabat-sahabat kita yang bakal naik di kepimpinan PERMATA dengan menghadirkan diri bersama mereka di Mesyuarat Agung kali ni.

Yang baru tumbuh menggantikan yang lama,

Yang baru di hargai, Yang lama di kenangi,

Siapa mereka, Jom Kita saksikan bersama,

Dalam AGM PERMATA sedetik je lagi…

~The Great Leader Inspiration of Ummah~

Salam Imtihan Daripada AMT & ALT PERMATA Sesi 10/11
Assalamualaikum wrt wbt…

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat kita meneruskan kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT, mentaati perintahNya serta menjauhi laranganNya.

Allhamdulillah, hampir 5 bulan kita telah berjaya melaksanakan tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu. Pelbagai ilmu yang telah kita cedok daripada para pensyarah. Kini tibalah masanya kita diuji. Musim peperiksaan bakal menjengah kita semua. Setakat manakah ilmu yang telah kita hadamkan dalam masa 5 bulan ini akan kita ketahui. Jangan direnung letihnya usaha tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan.

Justeru, kami selaku AMT dan juga ALT PERMATA sesi 2010/2011 ingin mengucapkan selamat menghadapi imtihan nihaie buat seluruh Ahli PERMATA sekalian. Semoga mendapat natijah yang cemerlang. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Salam Imtihan dari kami AMT dan ALT PERMATA sesi 2010/2011 buat seluruh ahli PERMATA yang kami kasihi sekalian.Bittaufiq wannajah.

PERMATA 2012 Pilihanku, populariti atau prestasi?
Bahang pilihanraya untuk persatuan pelajar Malaysia di Jordan semakin membahang. PERMAI dengan kapasiti lebih 1000 ahli telah mendahului jejak langkah memilih pemimpin baru yang akan menerajui persatuan mereka untuk tempoh setahun yang mendatang. PERMATA juga pastinya akan bertukar tampuk pemerintahan. Saff 2010/2011 yang dikepalai oleh Ustaz Hussin pasti akan dibubarkan dan ditukarkan dengan muka baru yang masih segar dan bersemangat.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Ustaz Hussin yang telah berjaya membawa PERMATA ke arah yang lebih baik. Mereka telah menunaikan janji dan tanggungjawab yang terpikul. Beban taklifat yang dipikul sejak setahun yang lalu telah banyak memberikan pulangan pahala dan ganjaran yang tidak terhingga kepada mereka di sisi Allah.

Sebelum pilihanraya bertamu di kamar PERMATA, saya ada sedikit pandangan dan idea yang cuba untuk dikongsikan.

Konsep yang digunakan oleh PERMATA melalui JPR adalah melalui undi popular. Konsep ini tidak salah, namun ia hanya perlu dilengkap dengan sedikit pengubahsuaian. Populariti semata-mata tidak akan membawa manfaat optimum kepada PERMATA dan ahli. Populariti harus dikahwinkan dengan potensi calon untuk menduduki kerusi yang disediakan.

Ini bagi mengelakkan kita dari tersilap memilih calon yang popular, tapi tidak berpotensi untuk mengisi kerusi yang diberi. Maka, kita akan tergolong dalam golongan orang zalim kerana meletakkan sesuatu pada tempat yang salah. Dalam masa yang sama, calon itu juga turut dizalimi lantaran terpaksa memikul bebanan yang tidak mampu untuk dipikulnya.

KHALIFAH ALLAH

Manusia dicipta di muka bumi. Hidupnya bukan seperti pohon melata, tapi memikul urusan dan perintah yang Maha Esa. Allah menciptakan kita selaku penggantinya di muka bumi untuk mengurus dan mentadbir ahli bumi dengan syariat dan peraturan yang telah ditetapkan olehNya.

Pada pandangan saya, tidak salah jika saya katakan bahawa pemimpin yang kita pilih pada hari ini adalah khalifah kecil yang memikul peranan untuk menguruskan kita selaku ahli persatuan sepanjang keberadaan kita di Mu’tah dan Jordan.

Oleh itu, ciri-ciri utama yang amat perlu dipertimbangkan adalah ciri-ciri Hablun Minallah. Pertalian sesorang itu dengan Allah melalui ibadat yang terjaga, syakhsiyyah, adab dan akhlaq yang mulia. Dalam hal ini, saya rasa, tidak susah untu kita nilai, sejauh mana kompetensi seseorang dalam IBADAT, AMANAH dan SYAKHSIAH.

Manakala ciri yang kedua adalah ciri hablun minannas. Pertalian dengan pergaulan dengan manusia. Wilayah ini agak subjektif untuk dinilai. Namun, semudah bicara yang ringan untuk difahami, cukuplah kita mengenali resmi pergaulan dan kemesraan beliau dengan para ahli seperti kita. Konsep kepimpinan yang semakin mendapat perhatian pada hari ini adalah konsep Civil Society. Konsep yang cukup mementingkan ahli dan orang bawah. Konsep inilah yang diamalkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Nabi Sulaiman juga terkenal dengan ciri-ciri ini melalui kisah beliau dengan Hud-Hud. Sulaiman yang perkasa tidak membuta mata dari memerhatikan kehadiran Hud-Hud dan tidak juga memekakkan telinga dari mendengar hujahan Hud-Hud yang kecil.

Saya rasa, faktor ini juga cukup penting dalam sesebuah organisasi. Masakan tidak, seseorang yang ingin menguruskan organisasi mestilah mampu berhadapan dengan kerenah ratusan malah ribuan ahli. Justeru, ciri-ciri ini cukup penting dan perlu diteliti pada setiap calon yang ingin dipilih.

PENGIKUT MUSA ATAU PENGIKUT ISA?

Setelah kita jelas, bagaimana ciri pemimpin yang perlu kita pilih, maka ada baiknya kita tilik pula, bagaimana ciri-ciri pengikut yang perlu kita ikuti. Cerita yang masyhur dalam menilai pengikut adalah kisah dua Nabi Bani Israil, Musa dan Isa Alayhissalam.

Pengikut Musa pernah berkata, Pergilah dikau wahai Musa bersama dengan tuhanmu, dan berperanglah. Kami ingin duduk dan memerhati dari sini sahaja.

Manakala Hawariyyun, apabila Isa bertanya, siapakah yang ingin membantuku?

Jawab Hawariyyun, Kamilah yang akan memabntumu.

Sekian, selamat memilih ketua seperti Musa dan Isa, dan selamat bersifat seperti Hawariyyun.

SELAYANG PANDANG PROGRAM TAJAAN BIASISWA DIPLOMA ‘SYARIAH LAW PRACTICE’ (DSLP)
Melihat kepada perkembangan  Ilmu Fiqh dari semasa ke semasa, Dunia Guaman Syarie melihat, graduan timur tengah khususnya Jordan merupakan asset bernilai dalam menterjemahkan Islam sebagai agama yang lengkap meliputi segala aspek.

Buat julung-julung kalinya, Program Tajaan Biasiswa DSLP diperkenalkan dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang berkonsepkan situasi menang-menang (win-win situation) dalam pada masa yang sama, menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan timur tengah apabila pulang ke tanah air serta bertujuan melahirkan pelatih dalam kamar yang terbaik dan bakal-bakal Peguam Syarie yang dapat berkhidmat sebaik mungkin dan bermanfaat kepada masyarakat disamping melatih pelajar-pelajar ini menjadi pemimpin pada masa akan datang.

APA ITU DIPLOMA SHARI’AH LAW PRACTICE?

Diploma Shariah Law Practice merupakan salah satu program yang ditawarkan dibawah program professional yang dikhususkan bagi sesiapa yang berminat dan berhajat menjadi Peguam Syarie.

Syarat kelayalan bagi calon yang hendak memohon adalah calon memiliki LL.B (Hons) atau LL.B (S) atau B.A(S) atau apa-apa kelayakan yang diiktifraf oleh kuliyyah.

Tempoh masa kursus DSLP berlangsung:

}  Jangka Masa      : 1 Tahun ( Separuh masa)

}  Jadual kelas        : 8.30 am – 2.00 pm (Sabtu)

}  Medium               : Bahasa Melayu

Subjek pembelajaran mengikut semester:

Semester 1 -

}  1) Sistem Perundangan Islam

}  2) Pengenalan Kepada Undang-undang Perlembagaan

}  3) Instrumen Perancangan Harta Islam & Pentadbiran Pesaka

}  4) Undang-undang Jenayah Islam

Semester 2 –

}  1) Undang-undang Keterangan Islam I

}  2) Undang-undang Prosedur Mal Islam

}  3) Undang-undang Keluarga Islam I

}  4) Kemahiran Perundingan dan Penghujahan

Semester 3 –

}  1) Undang-undang Keterangan Islam II

}  2) Undang-undang Prosedur Jenayah Islam

}  3) Undang-undang Keluarga Islam II

}  4) Etika

Objektif program DSLP

}  Untuk mendedahkan pelajar akan kepelbagaian subjek yang akan meningkatkan kefahaman Undang-undang Syariah.

}  Untuk memastikan setiap pelajar lepasan program ini mempunyai daya saing yang tinggi dan profesional dalam membawa tugas masing-masing.

}  Untuk melatih setiap pelajar dengan keupayaan untuk berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan kes-kes anak guam.

1. PENDAHULUAN

1.0 Mahasiswa Malaysia di Jordan dianggarkan berjumlah lebih kurang 1800 orang mengikuti pelbagai kursus seperti Perubatan, Bahasa Arab dan Syariah. Mahasiswa Syariah pula terbahagi kepada beberapa kategori yang mana hanya mahasiswa Fiqh wa Usuluhu sahaja yang layak diiktiraf sebagai orang berkelayakan untuk diterima masuk sebagai Peguam Syarie.

1.1 Rata-rata peluang pelajar Fiqh wa Usuluhu ini agak rendah untuk beramal sebagai Peguam Syarie kerana mereka tidak didedahkan dari awal tentang sistem perundangan negara berbanding dengan mahasiswa syariah lulusan universiti tempatan.

1.2 Natijah daripada ini ramai mahasiswa lepasan Jordan memilih profesion lain setelah tamat ijazah seperti guru, bekerja sendiri dan lain-lain lagi.

1.3 Memandangkan mahasiswa Jordan adalah dari kalangan yang terpilih adalah menjadi suatu pembaziran dari sudut guna tenaga jika mahasiswa ini tidak dialirkan ke jurusan yang bersesuaian dengan latarbelakang pendidikan mereka.

2. PROGRAM

2.1 Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa Fiqh wa Usuluhu dari Jordan untuk beramal sebagai Peguam Syarie di Malaysia.

2.2 Kerjasama dengan bakal bakal majikan akan dibuat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswa ini akan diserap ke dalam sektor perundangan Syariah oleh majikan-majikan dan mereka dilengkapi dengan kelayakan serta ilmu-ilmu perundangan Syariah di Malaysia.

2.3 Mahasiswa dan majikan akan bekerjasama menegakkan serta memartabatkan perundangan Syariah dari masa ke semasa.

2.4 Calon tidak akan dibayar sebarang elaun semasa calon menyempurnakan ijazah pertama.

2.5 Calon akan dibayar elaun semasa mula bekerja sebagai pelatih dalam kamar oleh majikan mengikut persetujuan bersama.

2.6 Calon akan dibayar gaji yang ditetapkan oleh majikan setelah calon diterima masuk sebagai Peguam Syarie dan mengendalikan kes kes Syariah.

2.7 Calon perlu mematuhi peraturan semasa firma majikan.

3. PARTISIPASI FIRMA GUAMAN

3.1 Setakat ini beberapa firma guaman telahpun menyatakan secara lisan persetujuan untuk menyertai program ini. Dijangkakan beberapa firma lain juga akan menyertai program ini selepas ini.

Firma-Firma tersebut ialah:

a) Tetuan Azra & Associates, Kelana Jaya

b) Tetuan Nai Ramli & Co, Wangsa Maju

c) Tetuan Hazirah & Co, Kuala Lumpur

d) Tetuan Radzuan Ibrahim & Co, Ampang

e) Tetuan Ram Reza & Co, Kuala Lumpur

f) Tetuan Amli & Co, Kuala Lumpur

g) Tetuan Muhamad & Co, Taman Desa

h) Tetuan Mohd Isa & Associates, Kajang

i) Tetuan Razak Muhidin & Associates, Bangi

j) Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir, Subang Jaya

4. CARTA ALIRAN

1. MAHASISWA MENGISI BORANG PERMOHONAN

2. MAJIKAN MENGISI BORANG PENYERTAAN DAN MENYATAKAN CIRI-CIRI CALON YANG DIKEHENDAKI

3. SESI PENYESUAIAN DAN SENARAIPENDEK DILAKUKAN

4. CALON YANG DISENARAIPENDEK DITEMUDUGA

5. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN TEMUDUGA OLEH MAJIKAN

6. CALON MENYEMPURNAKAN PENGAJIAN DI JORDAN DAN PULANG KE MALAYSIA

7. CALON DAN MAJIKAN MENANDATANGANI PERJANJIAN

8. CALON MENDAFTAR DIRI DENGAN MAJIKAN.

9. CALON MENDAFTAR DIRI PENGAJIAN DIPLOMA LANJUTAN SYARIAH DAN AMALAN.

10. MAJIKAN MENANGGUNG ATAU MEMBERI PENDAHULUAN AL QARDU AL HASSAN KEPADA CALON UNTUK (yuran) PENGAJIAN.

11. CALON MENAMATKAN PENGAJIAN DIPLOMA LANJUTAN.

12. CALON MEMOHON DAN DITERIMA MASUK SEBAGAI PEGUAM SYARIE.

13. CALON BEKERJA UNTUK TEMPOH TERTENTU SEBAGAI PEGUAM SYARIE DI FIRMA MAJIKAN.

5. SYARAT-SYARAT

5.1 Mahasiswa di Universiti yang diiktiraf yang sedang dalam pengajian Fiqh wa Usuluhu atau kursus lain yang layak diterima masuk sebagai Peguam Syarie.

5.2 Tidak terikat dengan bon pekerjaan dengan mana-mana agensi setelah tamat pengajian.

5.3 Berminat menjadi Peguam Syarie.

5.4 Berkemahiran berbahasa Melayu dan Arab.

5.5 Berkemahiran membaca kitab-kitab thurath dan muasarah.

5.6 Mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam Jurisprudens (perundangan) Islam, Ahwal al Syahksiah, Usul Murafaah dan cabang-cabang perundangan Islam lain seperti Muamalat dan Jinayat.

Untuk sebarang pertanyaan dan permohonan borang boleh terus menghubungi:

Muhd Syafiq Bin Mukhtar

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)

(http://muhdsyfq.blogspot.com)

Tel:         0786261917

Email:    dnijad@gmail.com

Ym:        elyehya@yahoo.com.my

♦  UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN KLIK :

[ BORANG PERMOHONAN PROGRAM TAJAAN BIASISWA DIPLOMA 'SYARIAH LAW PRACTISE(DLSP) ]

Ucapan Takziah Daripada kepimpinan PERMATA
Assalamualaikum buat semua warga Mu’tah .

Sekali lagi kita dikhabarkan dengan berita mengenai kematian, tetapi kali ini melibatkan tiga orang bapa dalam masa seminggu ini.Dengan ini dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Saudara Muhammad Adil  Bin Kamil yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac  2011, Ayahnda Saudari Siti Fatimah Binti Abdul  Khalil pada 1 Mac 2011 manakala Ayahnda Saudari Ummi Kalthum Binti Ismail  pada 2 Mac 2011  Sehubungan dengan itu, pihak PERMATA merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kekuatan buat kalian sepertimana kuatnya para syuhada Mutah..

Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak ahli PERMATA untuk   bermuhasabah diri dalam  mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

Tambahan pula, Ibnu Umar pernah berkata: “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati”.(Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

Maka, wasiat tersebut mengingatkan kita bahawa hakikat musafir  di dunia ini pasti ada penghujungnya  Justeru,  apakah persiapan  yang telah kita lakukan untuk bertemu Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Nabi bersabda kepada utusan anak perempuan baginda yang menyampaikan berita kematian cucu baginda, lalu baginda bersabda  : Pulanglah kepadanya dan khabarkan  sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada  Allah.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya sekali lagi  mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PERMATA, ingin merakamkan jutaaan takziah dan berharap agar kalian dan seluruh ahli keluarga dapat bersabar atas  ketentuan Allah S.W.T ini. Semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat ke atas roh ayahanda beliau dan mudah-mudahan ayahanda beliau ditempatkan bersama roh para solihin dengan izin Allah S.W.T,  InshaAllah. Al-Fatihah

MUHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI

Presiden PERMATA sesi 2010/2011

PIAWAIAN TETAP OPERASI EMJ
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN

PIAWAIAN TETAP OPERASI

[STANDARD OPERATING PROCEDURES- (SOP)]

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI KES-KES BENCANA DI JORDAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1         Kes bencana alam, kebakaran, kemalangan, kematian dan peperangan adalah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. Oleh itu, setiap pelajar perlu mengambil langkah-langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati.

1.2         Persediaan menghadapi bencana adalah sangat penting bagi semua individu. Manual ini akan menjadi panduan asas bagi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan menghadapi apa jua kes bencana di tempat masing-masing.

2.0 BENTUK-BENTUK BENCANA

2.1       Bagi memudahkan persediaan awal dibuat, para pelajar perlu mengetahui bentuk bencana yang berlaku dan langkah serta tindakan bersesuaian yang perlu diambil. Pihak JPMJ mengkelaskan kes-kes bencana kepada lima (05) kategori utama seperti yang berikut :

Bencana alam (gempa bumi, puting beliung, ribut taufan);

Kebakaran;

Kemalangan (diri, jalanraya);

Kematian (rakan pelajar); dan

Peperangan.

3.0 PERSEDIAAN AWAL

3.1         Satu Jawatankuasa bencana perlu ditubuhkan dan di pengerusikan oleh Presiden persatuan di zon masing-masing. Keanggotaan jawatankuasa terdiri daripada 10 orang yang boleh dilantik daripada pelajar-pelajar Malaysia setempat.

3.2         Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah :

Untuk merancang dan membuat  persediaan sekiranya berlaku bencana alam;

Menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat;

Menyediakan nombor telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan JPMJ serta Kedutaan Besar Malaysia di Amman;

Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar, tempat tinggi, padang atau mana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada semua pelajar-pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak dituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi tempat tersebut perlu disediakan;

Menyediakan senarai semak barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contoh, setiap individu perlu ada satu beg kecil untuk membawa passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Beg ini hendaklah sentiasa tersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuansi; dan

Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.

Memaklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai, semua kes bencana yang berlaku untuk tindakan sewajarnya.

4.0 LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.

Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah;

Menghubungi segera Pengarah atau Kakitangan JPMJ;

Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti; dan

Simpan dokumen penting seperti passport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan lain-lain dalam beg khas berserta keperluan diri yang penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu.

4.1 GEMPA BUMI

4.1.1)  Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

Terus berada di dalam bangunan.

Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.

Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.

Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.

Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

Padamkan semua api.

4.1.2)  Sekiranya Anda Di Luar Bangunan

Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada wayar elektrik, tiang eletrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar.

Jauhi daripada talian eletrik yang jatuh.

Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

4.1.3)  Sekiranya Di Dalam Bangunan Yang Sesak

Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama.

Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

4.1.4)  Sekiranya Di Dalam Bangunan Tinggi

Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.

Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

4.1.6)  Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

4.1.7)  Sekiranya Di Dalam Kereta Yang Bergerak

Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.

Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk untuk menilai situasi anda.

Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

4.2       KEBAKARAN

Sediakan alat pemadam api botol kecil di setiap rumah.

Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada semua penghuni rumah / bangunan.

Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya.

Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah / bangunan dengan kadar segera.

Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari pusat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam bangunan tinggi.

Sila baca arahan / panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba / keselamatan bangunan.

Jika asap tebal telah memenuhi bilik / bangunan, basahkan kain / tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal.

Jika telah selamat berada di luar rumah / bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat.

Jangan masuk semula ke dalam rumah / bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan sila berada jauh dari kawasan kebakaran.

Bantu pasukan bomba / penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam rumah / bangunan jika diminta.

4.3       KEMALANGAN

Hubungi Pengarah JPMJ atau pegwai dan sahabat untuk memaklumkan dan mendapatkan bantuan yang perlu.

Jika membabitkan kemalangan jalan raya, sila maklumkan juga kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan.

Buat laporan polis di balai berdekatan, jika semua maklumat berkaitan kemalangan telah diambil oleh pihak polis dari anda, seperti pihak lain yang terlibat, saksi, gambar kawasan kemalangan dan lain-lain.

Ambil barang yang berharga dari kenderaan jika kenderaan tidak dapat dipandu dari kawasan kemalangan.

Dapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan bantuan rakan atau orang ramai yang berada di tempat kemalangan.

4.4       KEMATIAN

Sila maklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai jika berlaku kematian di kalangan pelajar.

Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai JPMJ tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.

Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan keputusan pengurusan jenazah.

Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti.

Membantu JPMJ menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.

Membantu JPMJ menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh keluarga / warisnya.

4.5       PEPERANGAN

Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara jiran.

Hubungi Pengarah JPMJ atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut.

Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam satu beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai.

Tunggu arahan lanjut daripada pihak JPMJ dan tidak mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak JPMJ.

Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang demonstrasi jalanan.

Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut serta secra sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku.

Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan.

Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda diizinkan pulang ke rumah.

Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar.

Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak JPMJ dan berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

5.0       PERINGKAT PERANCANGAN

Pra Krisis

Semasa Krisis

Selepas Krisis

5.1       PRA KRISIS

Pembukaan pusat krisis dan pusat pengumpulan bantuan bencana dan mengadakan daftar bantuan yang diterima.

Mengenalpasti   pegawai bertugas dan bidang tugas.

Kumpul maklumat awal tentang bencana daripada sumber-sumber informasi seperti jenis ancaman bencana, jangkaan kejadian, sumber bantuan, tempat perlindungan dan lain-lain.

Menilai tahap / darjah keseriusan bencana yang bakal berlaku.

Pemindahan pelajar dan barangan berharga daripada kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan bencana.

Menempatkan mangsa di tempat perlindungan.

Penyediaan keperluan mangsa perpindahan seperti makanan, selimut, ubat-ubatan dan barangan keperluan diri.

Mengedarkan informasi berkaitan maklumat krisis dan perancangan kecemasan.

Melatih pelajar menghadapi bencana tertentu, misalnya gempa bumi, kebakaran dan kemalangan.

5.2       SEMASA KRISIS

Mengenalpasti mangsa / status kesihatan dan keselamatan.

Meneruskan kerja-kerja pemindahan ke kawasan yang dilanda bencana. Pemindahan boleh dilakukan ke Malaysia atau ke tempat perlindungan yang disediakan.

Mengumpul maklumat secara berterusan menerusi sumber-sumber informasi.

Membina hubungan baik dengan pasukan bantuan, pasukan keselamatan dan pihak universiti.

Mengekalkan komunikasi dengan Wisma Putra / Kementerian Pengajian Tinggi / Ibu-bapa atau Penjaga.

Menyampaikan maklumat menerusi media yang menjadi satu-satunya sumber komunikasi / sumber penyebaran maklumat dengan dunia luar apabila bencana menjadi bertambah buruk.

Pengedaran bantuan berupa makanan dan lain-lain keperluan.

Menubuhkan pasukan kesihatan untuk menjaga kesihatan, rawatan dan pengagihan ubat-ubatan kepada  mangsa bencana.

Memantau perkembangan bencana alam yang berlaku seperti menyiasat, menilai dan menyediakan pelan strategi seterusnya.

Prosedur penghantaran pulang jenazah jika berlaku kematian.

5.3       SELEPAS KRISIS

Menyiasat / menilai / melapor kerosakan dan kerugian yang di alami.

Melapor perkembangan dan maklumat tentang berakhirnya krisis berkenaan kepada agensi-agensi kerajaan.

Menyediakan prosedur pemulihan krisis.

Penghantaran pulang pelajar jika tempat penginapan selamat untuk diduduki.

Meneruskan pemakluman menerusi media seperti mengucapkan penghargaan / nasihat pada mangsa.

Pengedaran informasi bagi mengekalkan kesihatan warga.

Mengaudit peralatan dan baki bantuan yang diterima.

Pembubaran pusat krisis dan tugas-tugas menyelamat.

Disediakan Oleh :

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

AMMAN

Majalah Bulanan PERMATA: ASSOFF (JANUARI)
Assoff, majalah bulanan PERMATA keluaran Januari. Download sekarang untuk mendapatkannya !!!!

→    [ KLIK UNTUK DOWNLOAD ] ←

ISU MESIR:Kenyataan Media Pengerusi HELWANIS
Pengerusi HELWANIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Dengan nama Allah, tuhan semesta alam yang kaya dengan segala sifat kesempurnaanya, selawat dan salam ke atas junjungan, pembawa sinar cahaya yang menghapuskan noda jahiliyah, baginda Muhammad S.A.W, para sahabat, tabi’ tabi’in, para mujahid dan syuhada’ rahimakumullahualaihim.

Maklumnya, kita semua dikejutkan dengan berita musibah yang melanda sahabat-sahabat kita di Mesir. Teruslah mengikuti perkembangan mereka dari masa ke semasa supaya kita terus menjadi orang yang cakna dengan urusan ummat islam secara keseluruhannya.

Sehingga kini dimaklumkan terdapat pelbagai bantuan yang bakal dihulurkan dalam usaha membantu pelajar-pelajar di Mesir.

Tidak terkecuali kepada sahabat-sahabat kita yang terkandas di sana. Seramai 19 orang pelajar Mu’tah telah dapat  dikenalpasti berada di Mesir dan mereka juga turut menerima bantuan. Kami sentiasa menerima laporan tentang keadaan dan kondisi mereka.

Alhamdulillah, semua berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal.disinilah kite semua dapat melihat kepentingan  berpersatuan terutamanya ketika hal-hal diluar jangkaan berlaku. Tahniah kepada yang mengisi borang safar MPPM, sememangnya maklumat-maklumat tersebut sangat banyak membantu pihak persatuan dan EMJ mengesan pelajar-pelajar yang berada di luar kawasan.

Berdasarkan penelitian yang dibuat, tidak semua maklumat tentang situasi yang diperolehi adalah benar.

Oleh itu, seruan saya supaya sahabat-sahabat sekalian tidak menambahkan lagi kekeruhan yang telah sedia ada denga memastikan sumber-sumber maklumat yang diperolehi dari sumber yang tepat dan sahih. Ini kerana, maklumat-maklumat  yang disebarkan sangat memberi kesan emosi dan mental ibubapa yang terlibat.

Kita yang berada jauh dari situasi sebenar  perlulah lebih bersikap “fatabayyanu” seperti mana yang dianjurkan oleh Islam. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan semua pelajar mesir amnya serta adik beradik PERMATA kita khususnya. Semoga allah melindungi mereka dan kita, ameen.

Nur Al-Farhain Kamaruzzaman,

Timb Presiden PERMATA, Pengerusi HELWANIS