You Are Here: Home » BIRO SUKAN, REKREASI DAN KEBUDAYAAN » Peraturan Permainan Nisa’ Games

Peraturan Permainan Nisa’ Games

Ping Pong

1. Kedudukan net sama paras dengan bad ping pong.

2. Serve bagi penentuan pemainan dimulakan oleh kumpulan yang menang.

3. Lantunan bola sebanyak 1 kali sahaja dalam gelanggang.

4. Bagi bad yang dipegagng seperti badminton boleh menggunakan kedua-dua belah bahagian, dan bagi bad yang dipegang menggunakan 2 jari iaitu ibu jari dan jari telunjuk hanya boleh menggunakan sebelah bahagian sahaja.jika menggunakan bahagian yg sebaliknya permainan batal dan markah akan diberikan kpd pihak lawan.

5. Serve permulaan sebanyak 3kali jika terkena net, dikira batal jika 3kali serve tersebut terkena net dan akan dimulakan oleh pihak lawan.

6. Pengiraan markah dikira sebanyak 21kali, jika kedua-dua pasukan mendapat sama markah iaitu 20 dikira set..markah akan kembali kosong dan akan dikira sebanyak 5,iaitu set penentuan.

7. Serve sebanyak 2 kali sahaja.

Single

1) Serve bola boleh dibaling tanpa mengira court.

Double

1) Serve pertama mestilah bersilang court, jika tidak ianya dikira wrong court dan markah akan diberikan kepada pihak lawan.
2) Setiap serve kali kedua akan bertukar pemain.
3) Setiap sambutan akan disambut oleh pemain yang berlainan.

Bola Tampar

1. Pertandingan berformatkan liga.

2. Satu (1) pasukan adalah seramai sembilan (9) orang. (6 pemain utama serta 3 orang pemain simpanan.)

3. Mata perlawanan adalah sebanyak 25 point, dan jika kedudukan mata terikat pada angka 24-24, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2 mata. Dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah game point.

4. Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa diseret ke rubber set. Kiraan mata untuk rubber set adalah sebanyak 15 sahaja.

5. Juara akan ditentukan melalui mata tertinggi didalam liga.

6. Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswi Islam.

7. Peraturan permainan mengikut peraturan FIVB (Fédération Internationale de Volleyball).

8. Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.

9. Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada AJK sebelum perlawanan bermula.

Bola Jaring

1. Pertandingan berformatkan liga.

2. Satu (1) pasukan adalah seramai sepuluh (10) orang. (7 pemain utama serta 3 orang pemain simpanan.)

3. Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan satu set perlawanan berlangsung selama 7 minit. Keseluruhan masa yang diberikan selama 15 minit termasuk 1 minit untuk rehat. Sekiranya seri, penambahan masa selama 2minit akan diberikan.

4. Juara akan ditentukan melalui mata tertinggi didalam liga.

5. Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswi Islam.

6. Peraturan permainan mengikut peraturan FMNB (Fédération Mu’tah de Netball).

7. Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.

8. Perlawanan ini akan diadili oleh 2 orang pengadil.

9. Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada AJK sebelum perlawanan bermula.

Badminton

1. Pertandingan berformatkan liga.

2. Satu (1) pasukan adalah seramai Empat (4) orang. (2 orang perseorangan serta 1 beregu)

3. Mata perlawanan adalah sebanyak 21 point, dan jika kedudukan mata terikat pada angka 20-20, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2 mata. Dan jika berlarutan pada angka 27-27, mata 28 adalah game point.

4. Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa diseret ke rubber set. Kiraan mata untuk rubber set adalah sebanyak 15 sahaja.

5. Juara akan ditentukan melalui mata tertinggi didalam liga.

6. Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswi Islam.

7. Peraturan permainan mengikut peraturan FIB (Fédération Internationale Badminton).

8. Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.

9. Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada AJK sebelum perlawanan bermula.

About The Author

Number of Entries : 370

Leave a Comment

Scroll to top