Home » BBR » Program Ihya Ullail

Program Ihya Ullail

Mu’tah-9/10 febuari 2012-Buat julung-julung kalinya kombinasi Biro Bimbingan & Rohani (BBR) dan Biro Perhubungan (BP)  telah menganjurkan program IHYA’ ALLAIL, BERSAMAMU RASULULLAH dengan tema TIAP-TIAP HARI SELAWAT bersempena dengan maulidur rasul baru-baru ini. Antara hadaf utama BBR menganjurkan program ini adalah untuk memperingati perjuangan junjungan besar nabi kita Muhammad saw dan menghayati sirahnya.

Program ini dilaksanakan secara berasingan diantara syabab dan akhwat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di bahagian syabab sepanjang program berlangsung antaranya iftor jama’ie, forum, tayangan video, dan lain-lain. Manakala aktiviti yang dijalankan di bahagian akhwat pula seperti iftor jama’ie, nasyid, qosidah, sketsa sirah nabi, slot hati ke hati dan lain-lain. Aktiviti syabab dilaksanakan di WISMA dan aktiviti akhwat di PUSKMA. Pada keesokan paginya, program dimulai dengan qiamullail dan solat subuh berjema’ah.

Turut diselitkan juga penerangan serta tayangan berkaitan isu Syria oleh Akademi Debat Mu’tah (ADM) disamping solat hajat perdana bagi sama-sama mendoakan keamanan dan keselamatan saudara seislam kita di seluruh dunia khususnya di Syria. Kehadiran Mahasiswa mahupun mahasiswi adalah amat baik dan memberangsangkan menunjukkan bukti kasih dan sayangnya terhadap junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Harapan kami dari pihak penganjur agar penghayatan terhadap sirah rasulullah s.a.w berterusan dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu majlis ataupun tarikh tertentu. Semoga tema TIAP-TIAP HARI SELAWAT dapat sama-sama kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

 

”"

”"

Leave a comment