Home » BBR » PROGRAM AKSES PEMIKIRAN ISLAM

PROGRAM AKSES PEMIKIRAN ISLAM

JUMAAT- Pada 18 Disember 2009 Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah dengan kerjasama Biro Bimbingan dan Rohani telah Berjaya menganjurkan Program Akses Pemikiran Islam yang lebih dikenali oleh peserta dengan program (API).

Program ini telah disertai oleh mahasisiwa dan mahasiswi tahun satu Universiti M u’tah yang terdiri daripada 32 orang siswa dan 48 orang siswi.

Program yang bertemakan “Kemantapan Rohani Pencetus Kecemerlangan” ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat menggalakkan daripada semua peserta.

Seterusnya, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan olen mahasiswa Islam dalam menghidupkan suasana pengajian yang produktif dan seimbang daripada pelbagai aspek.

Oleh yang demikian, pihak penganjur iaitu PERMATA dan Biro Bimbingan dan Rohani sangat mengharapkan akan lahirnya generasi mahasiswa Malaysia yang profesioanal dan berkebolehan di Universiti Mu,tah agar sinaran cahaya kemilangan Islam akan berterusan sehingga ke akhirnya.

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

<br />
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Al-Fadhil Ustaz Othman Hamzah al-Muqri, bekas Imam Besar Masjid Shah Alam

Leave a comment