Home » BA » SEMARAK MINDA EDISI 1

SEMARAK MINDA EDISI 1

MU’TAH, 27 FEB 2012 – Alhamdulillah, Biro Akademik PERMATA dengan kerjasama HELWANIS 3C      dan Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) telah berjaya menganjurkan satu lagi program iaitu Semarak Minda Edisi 1 yang bertajuk “Sharing is Caring” pada 19 Februari lalu yang bertempat di Pusat Khidmat Mahasiswa (PUSKMA) bagi ruangan akhawat dan WISMA Negeri Sembilan bagi ruangan syabab. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dengan dihadiri lebih kurang 100 orang termasuk siswa dan siswi.

Meskipun program yang di jadualkan pada jam 7.15 malam berlangsung sedikit lewat di sebabkan berlaku masalah teknikal, namun hadirin tetap tidak berganjak dari tempat duduk mereka bagi menanti perkongsian dari panelis yang cukup istimewa. Semarak Minda kali ini menampilkan moderator dan para panelis yang hebat didatangkan khas dari bumi Irbid dan United Kingdom. Mereka ialah saudari Nor Farah Aisyah bt Nazim dari Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid dan saudari Siti Fatimah bt Mukhtar serta saudari Arina Nadiah bt Zainal Abidin dari University of Nottingham, United Kingdom.

Sharing is Caring” ini bermula dengan perkongsian dan motivasi dari para panelis yang banyak berkomunikasi secara dua hala dengan para hadirin. Perkongsian berkisar tentang pengurusan mahasiswa dari setiap sudut samada masa, pelajaran dan penglibatan dalam persatuan. Seterusnya, sesi yang dinanti-nantikan diadakan iaitu sesi soal jawab. Partisipasi para hadirin dalam melontarkan soalan begitu rancak di selang seli dengan gelak tawa kecil dari gelagat beraneka soalan yang di ajukan.

Program tamat lebih kurang pada jam 10 malam dengan sesi bergambar dengan moderator dan panelis. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambahkan semangat mahasiswa untuk meneruskan sesi pengajian bagi Fasal Thani ini dengan lebih baik insyaAllah.

Pihak program mengucapkan ribuan terima kasih kepada moderator dan panelis kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mahasiswa Mu’tah. Sekalung penghargaan dan syabas di rakamkan juga kepada para hadirin yang sanggup turun memeriahkan program ini walaupun dalam keadaan cuaca yang sejuk dan jalan yang masih bersisa baki mutiara gebu salju lagi berlecak, tanpa kalian tidak bermakna program ini.

Leave a comment