content top
Selamat Berjuang!!!

Selamat Berjuang!!!

Assalamualaikum Buat semua warga Mu’tah

Kullu Am Waantum Bikhai..

Salam Sejahtera..

Presiden PERMATA 09/10

Setelah sekian lama bercuti, hampir sebulan kini sesi perkuliahan Universiti Mutah akan diteruskan lagi untuk tahun fasal awwal 2009.
Justeru, pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah mengucapkan selamat menjalani sesi baru perkuliahan untuk sesi 2009/2010.
Pihak PERMATA juga mengharapkan agar semua mahasiswa/wi Malaysia memanfaatkan waktu yang sebaiknya untuk menimba sebanyak yang mungkin ilmu-ilmu yang masih perlu kita cari buat bekalan dimasa hadapan. Kutiplah mutiara-mutiara yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat. Ikhlaskan niat anda semoga Allah memberkati anda semua.
Semoga dengan kehadiran sesi perkuliahan ini dapat memberikan momentum terbaik untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud:
“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya” [Aal ‘Imraan 3: 159]

SeLaMaT bErJuAnG ShBt2 sUme x kiRe Kt MaNa2 POn Korg .. jAdIkAnLaH ALLAH SbgI tMpt pERgANtUngAn UtAmA kiTa .. ApAbILa ALLAH mEmBeRi kitA LaLuAn iTu,iNsyaALLAH ALLAH akAn MEnOLoNg KiTa M’hArUnGinYa .. yAkInLaH pD ALLAH .. IkHLaSkN HaTi dAn BErJuANgLAh dEmI ALLAH SWT

CEMERLANG, MAJU DAN GEMILANG

Selamat berjuang!!!..

Share/Save/Bookmark



Leave a Reply