Pada 10 – 11 Julai 2009 PERMATA telah menghantar rombongan seramai 40 orang siswa/siswi bagi menyertai MEKAR 09′ yang bertempat di University Al-Bayt , Mafraq.
MEKAR 09′ merupakan program Mesyuarat Agung MPPM dan Karnival Akademik & Kebudayaan MPPM yang pertama kali dianjurkan pada sesi ini.
PERMATA juga telah menghantar pasukan debat dan pasukan kebudayaan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak MEKAR.
Pertandingan Debat
Bagi acara debat,pasukan debat PERMATA telah mendapat tempat selaku NAIB JOHAN dan Saudari Faiz Salehan telah menjadi pendebat terbaik keseluruhan.
Sebahagian dari pasukan kebudayaan (SERASI)
Manakala bagi acara Kebudayaan (siswa) mendapat NAIB JOHAN dan Kebudayaan (Siswi) Mendapat TEMPAT ke-3.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan. Semangat yang ditunjukkan oleh peserta PERMATA haruslah dicontohi , lebih-lebih lagi MEKAR 09′ ini diadakan semasa musim IMTIHAN AWAL pengajian semester musim panas.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada barisan MPPM yang baru bagi sesi 09/10 yang diterajui oleh saudara Ahmad Syahrul Bin Adnan (Mafraq) .Tahniah juga kepada satu-satunya wakil Mu’tah saudara Afiq Adnan yang berjaya mendapat kerusi AMT didalam barisan MPPM.
Tidak dilupakan juga buat penerima-penerima anugerah kecemerlangan yang dianjukan oleh pihak JPMJ.
Semoga semua berjaya didalam Ko-kurikulum dan Akademik.
Tahniah buat semua peserta muktah..kami ex-muktah tumpang gembira.