Mu’tah, Jordan, 8-10 Oktober 2009 – PERMATA telah mengadakan Minggu Haluan Siswa 2009 (MHS ) kepada mahasiswa-mahasiswa baru Universiti Mu’tah. Seramai 128 orang pelajar yang telah berdaftar di Universiti Mu’tah pada tahun ini. 73 mahasiswa dan 55 mahasiswi. Minggu Haluan Siswa ini telah berjalan selama 3 hari bermula 8 Oktober sehingga 10 Oktober 2009.
Majlis perasmian MHS 09 kali ini telah dirasmikan oleh En Azmir Suzli bin Ibrahim, Penolong Atase Pendidikan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan. Dalam ucapan beliau sangat mengharapkan agar pelajar-pelajar baru mendapat pendedahan yang bermanfaat sepanjang mengikuti MHS 09 ini.
Menurut Pengarah Program, saudara Muhammad Ariff bin Aripin, saban tahun program seumpama ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar baru Universiti Mu’tah. Sepanjang program ini, pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan pelbagai pendedahan yang melibatkan urusan mereka sepanjang di Jordan seperti undang-undang dan tatatertib, pengenalan kepada Jabatan Penuntut Malaysia Jordan( JPMJ), Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan( MPPMJ) dan juga Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah ( PERMATA ).
Selain itu, MHS 09 juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara pelajar-pelajar baru. JPMJ,MPPMJ serta PERMATA dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Negeri telah merancang pelbagai aktiviti dan latihan dalam kumpulan bagi mencapai matlamat tersebut, antaranya ice breaking , aktiviti dalam kumpulan seperti ‘cak na minda’,who wants to be a daie, apresiasi hati dan sebagainya.
Resepsi majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Minggu Haluan Siswa 2009, saudara Muhammad Ariff bin Aripin yang diadakan di dataran Banguanan Hal Ehwal Pelajar Universiti Mu’tah.