Makluman untuk pelajar baru
Oleh : Mohd Syafiq bin Md Shafii
Timbalan presiden 1 PERMATA
Seramai 146 pelajar Malaysia baru telah diterima masuk ke Universiti Mutah bagi sesi 2009/2010. Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah Jordan (PERMATA) telah melakukan serba sedikit persediaan bagi menerima pelajar baru.
Penempatan
Biro kebajikan dan penempatan telah berusaha mencari rumah bagi pelajar baru. Satu bangunan yang mempunyai 6 buah rumah. Seramai 36 orang akhowat akan menetap disitu. Selebihnya pelajar akhowat akan tinggal di rumah senior-senior di Mu’tah.
Bagi penempatan syabab pula, bagi pelajar KIDR, rumah telah disewa dan akan terus dimasukkan ke rumah itu. Selebihnya, pelajar lelaki akan dimasukkan ke rumah pelajar senior secara sementara sebelum mencari rumah baru. Pihak kami tidak lagi menyewa rumah kerana tuan rumah memerlukan satu akad sewa selama setahun. Namun begitu, janganlah risau kerana rumah ada tetapi belum membuat akad sewa.
Jemput pelajar dari Airport
Pihak PERMATA juga bertanggungjawab untuk menjemput pelajar daripada Queen Alia International Airport di Amman. Jadi kami berharap semua pelajar baru yang akan datang bolehlah memberitahu maklumat penerbangan samada kepada msd atau pihak persatuan disini.
Pengarah MSD Ustaz Sulaiman : +962797154805,( sulaiman@msd.jo)
Fitri(wakil persatuan) : +962779117235,( f12_slay@yahoo.com.my)
Nurfaiz(wakil persatuan) : +962776687917, ( faiz_solehan@yahoo.com)
Barang keperluan asasi
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan broker untuk mencari semua jenis barang keperluan asasi. Barang keperluan adalah seperti katil, tilam, almari, meja dan sebagainya samada baru atau second hand. Perkhidmatan mencari, membeli dan menghantar akan disediakan oleh broker ini. Bolehlah menghubungi talian ini:
Gbum : +962777916922,
Najmi : +962776479884
Urusan Pendaftaran Kemasukan ke Universiti
Segala urusan pendaftaran akan bermula pada 6.9.2009 hingga kepada 25.9.2009. Pelajar perlulah menyediakan duit yuran kemasukan sebanyak 250JOD=RM1250 dan bagi pelajar Tajsir(twinning) 465JOD=RM2325. Yuran ini adalah termasuk 12jam kredit(4 subjek) dan mengikut pertukaran 1JOD=RM5. Seterusnya pelajar akan menduduki peperiksaan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Komputer. Pihak Biro Akademik telah menyediakan subjek cadangan bagi semester pertama.
Bagi pelajar yang akan datang lewat daripada 24.9 diharapkan memaklumkan kepada pihak kami. Biro Akademik akan cuba mendaftarkan dahulu pelajar yang lewat bagi tidak menyusahkan urusan kemasukan nanti.
Ahlan Wasahlan ila Urdun
Kami pihak PERMATA mengalu-alu pelajar yang akan tiba di mu’tah. Semoga semua urusan pelajar dan persatuan dipermudahkan oleh Allah.
Salam ramadhan.
salam’laikum,ana abdul rahim dr darul quran,sbg
mklumat..I’Allah kami akan fly ke jordan pd 6.9.09 jam 11 pagi dan tiba di airport amman pd 7.9.09 jam 02.45. ana sudah maklumkan kpd akh solihin abd rahman tntg jadual kami serta tiba di amman bila.dan jumlah kami pelajar darul quran seramai 16 org pelajar mu’tah( 8 muslimin & 7 muslimt )mgkin akh solihin dah mklumkan pd kalian tntg penerbangan dan jumlah kami.
Syukran atas maklumat ini.. Mmg kami sangat memerlukannya..
YIK insyAllah sapa 16 aribulan 9…
Assalamualaikum…
Kami ni pelajar bawah YIK, ada nak tanya sikit, berapakah duit yang perlu ada dalam akaun simpanan bank? Sebab takkan nak simpan semua wang puluhan ribu dalam bank, takut2 kad hilang/kena curi/kena peras ugut/ dll?
Baju sweater kena beli sini lagi ke?
Terima kasih atas persediaan abang2 dan kakak2 menyambut kami. Tak tahu bagaimana nak membalasnya. Selamat berpuasa dan selamat hari raya. Selamat tubuhkan Bait Muslim…
Ahlan wa sahlan kepada saudara saudari,
Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri
Dari hujung rambut hingga kehujung kaki
Memohon Maaf Zahir dan Batin dari kami ( Bayt Pasir Putih- Ahli Permata ).
guano demo nak bayt muslim doh tu??ngaji dullu booh
Kpda Wan..Ikut kamu lah nok bawok brapo duit tuh..bawak banyok2 ko sikit ko…sjuto xpo lagi..kena curi tuh hal lain crito…xkan nak bawok tannge duit..lagi lah keno curi..insyaallah xdop gapo2 eh….
Betul kata abe loh kube lalak…Ngaji dulu xpayah nak mikey2 bayt muslim..guano awal teh nak menikoh?keh2…ape2 pun..ahlan wasahlan..
Salam…. sori nyibuk…. bayt muslim tu nape eh??
Waalaikumussalam… Bait Muslim itu badan khas yang berfungsi memudahkan urusan perkahwinan di antara mahsiswa Malaysia. Ada di Mesir. Insya-Allah akan ditubuhkan juga di Jordan. Doa-doakan. Wassalam.
akum.
to taufiq penang.. apa khabar.. bila nak balik malaysia? panjat dah nak kahwin 24 ni.. bila kaih.. tahniah kepada permata mutah yang telah berjaya menghasilkan laman web yang sangat baik. semoga permata cemerlang.
SAYA NAK TAU SANGAT. CARA-CARA NAK MASUK KE UNIV MU TAH. SAYA DENGAR RAKAN-RAKAN ANAK SAYA AKAN PERGI KE JORDAN PADA 6 FEB INI.PROGRAM BELAJAR BAHASA ARAB DAN SOSIO BUDAYA JORDAN. BULAN SEP 201O BARU MASUK UNIVERSITI. KALAU TERUS DATANG BULAN SEPT 2010 INI PA IMPLIKASINYA. SAYA TENGOK TAK ADA TAWARAN RASMI DARI UNIVERSITI MUTAH NI SAMADA YG NAK DATANG PADA 6 FEBRUARI NI ATAU PUN SEP 2010 NI. HARAP DAPAT MAKLUMBALAS YG TEPAT DARI PIHAK TUAN.WASSALAM
terima kasih kepada Encik Mohd Amin Amar kerana bertanya.mohon kemaafan diatas kelewatan menjawab persoalan yang dilontarkan
Pertamanya,pihak kami sememangnya mendapat makluman bahawa pada bulan 2 tahun 2010, terdapatnya kemasukkan pelajar Malaysia untuk ke Universiti Mu’tah.Tetapi permohonan ke Universiti Mu’tah tidak dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Namun begitu, bilangan yang dimaklumkan untuk semester kedua adalah seramai 11orang sahaja. Nama-nama tersebut masih belum diputuskan dan mereka merupakan permohonan khas yang dipohon oleh Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.
Bagi pelajar yang masih belum dapat keputusan rasmi berbentuk surat dan sebagainya daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi,bermakna mereka masih lagi belum sah diterima masuk ke Universiti Mu’tah.Jika para pelajar sudah mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengajian Tinggi, ataupun Jabatan Penuntut Malaysia Jordan sendiri,maka barulah pelajar tersebut dibenarkan untuk meneruskan pengajian di sini.
Namun,ada juga segelintir pelajar yang tidak dapat surat kebenaran atau pengesahan masuk ke universiti tetapi mengambil keputusan untuk memasuki Pusat Bahasa Arab(markaz lughah).Kebanyakkan mereka akan masuk ke Pusat Bahasa Arab(markaz lughah) yang terdapat di mantiqoh(zon) Mafraq. Kemasukan ke Pusat Bahasa Arab(markaz lughah) tidak memerlukan tawaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Tetapi jika sekiranya mereka ingin meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda,mereka diwajibkan mengisi borang yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang boleh didapati daripada laman web kementerian berkenaan. Selepas mendapat tawaran dari Kementerian Pengajian Tinggi,barulah mereka dibenarkan masuk ke universiti.
Ini bermakna, kemasukan ke Universiti Jordan mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Kemasukan fasal thani yang melibatkan beberapa pelajar merupakan permohonan khas yang dibuat oleh Jabatan Penuntut Malaysia bagi pelajar yang belajar di Syria yang mengalami masalah visa serta pelajar dari universiti-universiti Malaysia yang mempunyai program berkembar dengan universiti di Jordan.
Berikut adalah turutan prosedur kemasukan ke Universiti Mu’tah:
1)Permohonan ke Kementerian Pengajian Tinggi, (jika permohonan dari dalam Malaysia)
@ Permohonan ke MSD (jika permohonan dari luar Negara seperti Jordan,Mesir,Syria)
2) Kelulusan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi, (jika permohonan dari dalam Malaysia)
@ Kelulusan dari pihak jabatan penuntut Malaysia MSD(jika permohonan dari luar Malaysia)
3)Penerbangan ke Jordan untuk pendaftaran(bagi yang memohon dari Malaysia)
@Terus datang ke university mu’tah untuk pendaftaran(bagi permohonan dari luar Negara)
• Jika kemasukan fasal awal,pelajar mesti datang pada bulan 9 ke atas berdasarkan yang termaktub di dalam surat pengesahan bahawa anda diterima masuk ke university.
• Jika kemasukkan fasal thani.Pelajar mesti datang pada bulan 2 ke atas berdasarkan tarikh yang
termaktub didalam surat pengesahan bahawa anda di terima masuk ke universiti.
• Dinasihatkan agar permohonan mestilah dibuat terlebih dahulu ke Kementerian Pengajian Tinggi, (permohonan dari dalam Malaysia)
• Bagi pelajar yang membuat permohonan dari luar negeri dengan cara ( datang terus ke jordan tanpa surat pengesahan ataupun kebenaran kemasukkan anda ke universityisecara sah daripada pihak universiti ataupun daripada pihak kementerian pengajian luar negeri),cara sebegini amat tidak digalakkan untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.
Disediakan oleh :
Azmuddin Bin Razali
Ketua Biro Akademik
PERMATA sesi 2009/2010
salam buat mahasiswa malaysia m’tah.soalan ana utk pihak kalian..saya bercadang akn continue my stdy dkt jordan..ana skrg belajar syariah law.dkt sana law yg digunakan sama x dgn malaysia..cadangan kalian adakah boleh smbung dgn law dkt sana atau kursus lain lbh baik..
akhir sekali,kaifa utk smbung sana..guna borang ke,online ker.syukran a’laikum.
Pertamanya,di universiti mu’tah terdapat kos pengajian undang-undang.Namun kos pengajian undang-undang disini tidak sama dengan pengajian undang-undang di Malaysia.Seperti mana yang pihak kami tahu,tidak ada seorang lagipun pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran dalam bidang perundangan di Universiti Mu’tah.
Untuk pengetahuan saudari,disini terdapat 2 bahagian kuliah pengajian yang di buka untuk pelajar Malaysia iaitu kuliah syariah dan kuliah adab.Kuliah syariah terbahagi kepada 2 iaitu jabatan usuluddin dan jabatan fiqh wa usul.Manakala untuk kuliah adab mempunyai jabatan bahasa arab dan kesusasteraan.Setakat ini,pengambilan yang di ambil ke Universiti Mu’tah setakat bidang yang disebutkan ini sahaja walaupun terdapat banyak lagi kos-kos pengajian yang terdapat di Universiti Mu’tah.Terpulanglah kepada saudari untuk mengambil mana-mana kos pengajian berdasarkan minat saudari sendiri.
Jika saudari mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Mu’tah,saudari hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang yang terdapat di Kementerian Pengajian Tinggi Luar Negeri.
Untuk pengetahuan saudari,terdapat 12 kuliah di Universiti Mu’tah dan antaranya adalah kuliah perundangan. Namun begitu,pengajian undang-undang di sini kurang sesuai untuk diaplikasikan tanah air disebabkan pengkhususan undang-undang di sini lebih tertumpu kepada Negara Jordan. Tambahan pula,daripada 12 kuliah yang disediakan hanya dua kuliah yang diiktiraf kerajaan Malaysia iaitu kuliah bahasa dan kesasteraan (arts) dan kuliah syariah. Dan daripada kuliah bahasa dan kesasteraan hanya pengkhususan bahasa arab diterima pakai sijilnya oleh kerajaan Malaysia. Atas sebab-sebab yang disebut maka tiada dalam sejarah Universiti Mu’tah pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran dalam bidang perundangan.
Wassalam..
I guess that there’s not a good idea to create the essay topic by your own efforts! As for me, that’s easier to purchase the sample essay from classification essay service, just because that can save your time.