PENGUMUMAN
PENUBUHAN JAWATANKUASA.
Mesyuarat Ahli Lembaga Tadbir Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) kali- 2 telah bersetuju sebulat suara menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi melicinkan perjalanan Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Mu’tah. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Kemasukan Pelajar Baru serta Jawatankuasa Pengumpulan Dana PERMATA.
Ahli Mesyuarat juga telah bersetuju melantik Saudara Syafiq bin Syafii (Timb Presiden 1) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemasukan Pelajar manakala Jawatankuasa Pengumpulan Dana PERMATA dipengerusikan oleh Saudara Ariff bin Aripin (Bendahari Agung).
Pihak Ahli Lembaga Tadbir (ALT) berpendapat kedua-dua jawatankuasa ini perlu ditubuhkan segera bagi menghadapi kemasukan pelajar baru yang mendadak tinggi memandangkan Universiti Mu’tah telah menjadi pilihan utama pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Syariah di Jordan. Justeru itu, peningkatan pelajar ke Mantiqah Mu’tah juga mendesak pihak persatuan mempunyai dana yang kukuh bagi menjaga kebajikan serta memenuhi keperluan mahasiswa di Mu’tah.
Berikut butiran Jawatankuasa tersebut :
JAWANTANKUASA KEMASUKAN PELAJAR BARU 2009/2010
Objektif :
Memberi perkhidmatan terbaik dan iltizam membantu kemasukan pelajar baru 2009/2010 dalam aspek kebajikan serta proses kemasukan pelajar ke universiti.
Fungsi :
a. MENJAGA KEBAJIKAN PELAJAR BARU.
1- Memberi perkhidmatan berkaitan pengurusan pengambilan pelajar.
2- Membantu urusan penempatan pelajar baru.
3- Membantu menguruskan barang keperluan pelajar baru.
4- Memberi khidmat dan maklumat berkaitan sara hidup di Mu’tah.
5- Membantu menguruskan visa pelajar.
6- Mengadakan Liqa’ mahabbah (minggu suaikenal) untuk pelajar baru.
7- Semua yang berkaitan perancangan dan penyelaras pengurusan kebajikan dan perkhidmatan pelajar.
b. KEMASUKAN KE UNIVERSITI.
1- Melicinkan proses pendaftaran kemasukan ke Universiti Mu’tah.
2- Memberi khidmat dan maklumat berkaitan pembelajaran universiti.
3- Memberi khidmat tenaga pengajar bagi pelajar baru.
Sebarang maklumat berkaitan kemasukan pelajar boleh hubungi :
1- Mohd Syafiq bin Syafii : +962795395769
2- Siti Basyirah binti Ibrahim`: +962779961928
3- Abdul Hadi bin Harun : +962779117231
JAWANTANKUASA PENGUMPULAN DANA PERMATA.
Objektif :
Berusaha menambah kewangan Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah bagi menjayakan program kebajikan dan program-program yang sesuai untuk bagi mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah serta menampung keperluan rumah persatuan (Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah). PUskMA.
Dengan ini kami mengalu-alukan sumbangan dari Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyumbang kewangan ke pihak Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Jawantankuasa Pengumpulan Dana Permata boleh hubungi :
1- Mohd Ariff bin Aripin : +962779824321
2- Kamilah Binti Mohamad Murtadza : +962779072628