content top
MAJLIS SERAH TUGAS PENTADBIRAN PUSkMA

MAJLIS SERAH TUGAS PENTADBIRAN PUSkMA

18 Mac 2010 – Pihak pentadbiran PUSkMA (pusat khidmat mahasiswa Mutah) telah mengadakan satu majlis serah tugas kepada pentadbiran PUSkMA yang baru. Majlis serah tugas ini telah dihadiri oleh Saudara Ahmad Amiruddin Ibrahim selaku Presiden PERMATA 09/10 yang mana beliau juga merupakan pengerusi utama PUSkMA. Majlis yang sederhana ini telah dimulai dengan ucapan mantan pengarah urusan PUSkMA yang lama , Saudara Mohd Lutfi Hafifi Bin Japili. Beliau menerangkan sejarah penubuhan PUSkMA yang mana PUSkMA kini telah berusia 1 tahun 2 bulan dan PUSkMA telah ditubuhkan pada januari 2009. Kemudian beliau menerangkan secara umum tugas-tugas yang harus dilaksanakan oleh pentadbiran PUSkMA dan seterusnya menyerahkan tugas secara rasmi kepada Saudara Shahid Azim.

Kemudian Saudara Shahid Azim pula berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata selaku pengarah urusan PUSkMA yang baru. Beliau berharap agar pihak pentadbiran PUSkMA yang baru ini agar dapat sama-sama memberikan kerjasama yang sebaiknya demi melancarkan pentadbiran PUSkMA secara sistematik dan teratur . Dalam masa yang sama beliau juga melahirkan harapan agar pihak PERMATA sesi ini dapat terus bersama-sama dengan pihak PUSkMA dalam melancarkan pentadbiran.

klik untuk saiz sebenar

Sepanjang Majlis


Sebelum berakhirnya majlis serah tugas ini , saudara Ahmad Amiruddin telah memberikan satu ucapan khas selaku pengerusi utama PUSkMA dan juga mewakili pihak PERMATA. Di awal ucapan , beliau merakam ucapan terima kasih kepada pengarah urusan PUSkMA yang lama saudara Mohd Lutfi Hafifi Bin Japili di atas usaha beliau dalam mengurus pentadbiran PUSkMA dengan baik dan beliau juga menerangkan bahawa PUSkMA ini telah ditubuhkan dengan usaha keras pihak PERMATA 2008/2009 sesi lepas untuk mewujudkan sebuah rumah persatuan di Mutah dalam meneruskan objektif PERMATA matang 2010 yang mana saudara mantan pengarah urusan telah memainkan peranan yang cukup besar terhadap penubuhan rumah persatuan ini. Beliau juga mewakili pihak PERMATA berharap agar satu kerjasama yang cukup professional dan efisyen dapat dilakukan secara bersama memandangkan PUSkMA ini dicontohkan sepertimana satu badan SUK negeri di Malaysia ,  begitulah juga keadaannya di dalam PERMATA sendiri yang mana PUSkMA juga merupakan badan yang bernaung dibawah PERMATA.

Diakhir majlis ini , satu sesi serah tugas secara simbolik telah diadakan . Saudara mantan pengarah urusan telah menyerahkan fail tugas kepada pengarah urusan yang baru sambil disaksikan oleh Pengerusi utama PUSkMA , Saudara Ahmad Amiruddin Bin Ibrahim.

Majlis ini telah diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan petang.

klik untuk saiz sebenar

Simbolik Penyerahan Tugas


PENTADBIRAN PUSkMA BARU

PENGERUSI UTAMA

AHMAD AMIRUDDIN BIN IBRAHIM

PENGARAH URUSAN

MOHD SHAHID AZIM ( 077-7697514 )

SETIAUSAHA

NUR HANIS

PENGURUS OPERASI 1

MOHD IZANI  ( 077-6493124 )

PENGURUS OPERASI 2

NUR AZZAH   ( 077-7953948 )

PENGURUS TEKNIKAL DAN TEMPAT

DANIEL  ASHRAFF

KAKITANGAN SOKONGAN

1. MOHD ZAIDI

2. MOHD NABIL NASIR

3. AISYAH ROMLI


klik untuk saiz sebenar

Barisan Pentadbiran Baru PUSkMA

Share/Save/Bookmark



Leave a Reply