Alhamdulillah ,
Pada 11 mei 2009 (Isnin) , Ma’rad Thaqafi 09 (Pameran kebudayaan pelajar luar negara) universiti Mutah telah berjatya dilaksanakan. Bagi team PERMATA yang mewakili Malaysia didalam acara ini , tahniah diucapkan diatas kerjasama dan komitmen ang anda berikan bagi memastikan pameran kita sentiasa menjadi yang terbaik.
Suasana Hadapan gerai pameran
bumbung Gerai pameran
Ma’rad thaqafi pada tahun ini bertemakan kepada “Citrawana Malaysia , Negaraku Bedaulat”.
Berikut merupakan acara-acara yang dilaksanakan pada hari pertama diadakan :
1. Acara perasmian di gerai pameran , upacara memotong kek , sembah silat serta paluan Kompang menjadikan gerai Malaysia diantara gerai yang menjadi tumpuan utama pelawat dan tetamu2 VIP. (Dirasmikan oleh Presiden Universiti Mutah , Dr.Abdul Rahim Al-Hunaiti dan Dato’ Duta Besar Malaysia ke Jordan , Dato’ Abdul Malek Bin Aziz)
Paluan kompang yang diketuai oleh Ustaz Saufi (Abe)
Pencak silat
2. Team Malaysia juga mengambil bahagian didalam acara pentas Melalui penyertaan KSSMJ (Kelab Seni Silat Malaysia Jordan) yang mengadakan persembahan silat tempur di Dewan Utama Bangunan Hal Ehwal Pelajar.
3. Di gerai pameran , beberapa acara juga diadakan eperti demonstrasi congkak dan rebana . Kuz bahasa meyu juga diadakan bagi pengunjung yang hadir.
Acara-acara yang diadakan pada hari berikutnya (selasa) :
- Demo permainan tradisional mengikut adat (Congkak dan Sepak raga)
-Demo pencak silat oleh KSSMJ
- Demo menganyam ketupat
- Demo Produk Keluaran Malaysia
Kepada seluruh mahasiswa Malaysia yang mempunyai masa terluang anda dijemput beramai-ramai untuk menyertai kami gerai pameran , kehadiran kalian amatlah kami nantikan bagi sama2 membantu kami di gerai pameran.
Sekian sahaja untuk hari ini,nantikan post kami besok.
Dari kami ,
Unit promosi dan publisiti.
* Mohon maaf , kualiti gambar tidak memuaskan.