Assalamualaikum wbt,
EDARAN BORANG SAFAR SEMPENA MUSIM CUTI.
Merujuk kepada perkara di atas, semua mahasiswa/ mahasiswi yang ingin bercuti ke luar Jordan dikehendaki mengisi borang safar sebelum bertolak sebagai langkah berjaga-jaga.
Memandangkan musim cuti semester yang bakal menjelma akhir bulan ini, keperluan mengisi borang safar ini dirasakan amat penting sebagai rujukan kepada pihak persatuan dan MSD sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan bilangan kecelakaan berlaku di luar negara akhir-akhir ini. Peristiwa arwah Ammar di Mesir merupakan antara peristiwa yang paling memberi kesan yang mendalam kepada semua.
Maklumat didalam borang ini bolehlah diisi secara softcopy dan dihantar terus ke email Presiden PERMATA (amer_aabi89@yahoo.com.my). Penghantaran borang sebaiknya sebelum 22/1/2009.
Diharap semua mahasiswa/mahasiswi dapat member kerjasama agar dapat meminimakan faktor-faktor kecelakaan yang tidak diingini. Muslim itu sifatnya berusaha sebelum bertawakal.Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan terimakasih.
Sila klik disini untuk mengDOWNLOAD borang safar————->>>>>>>>