content top
PERTANDINGAN KUIZ IHYA RAMADHAN 1430 (FASA 2)

PERTANDINGAN KUIZ IHYA RAMADHAN 1430 (FASA 2)

SOALAN KUIZ IHYA RAMADHAN PERMATA 1430

Syarat-syarat pertandingan :

1. Soalan kuiz mempunyai 10 soalan yang terdiri daripada 5 soalan objektif dan 5 soalan Subjektif berkaitan Islami , Isu – semasa , serta berbentuk pengetahuan am.

2. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua ahli PERMATA , sama ada yang berada Di Jordan ataupun di Malaysia dan di mana sahaja.

3. Unit Penyelia KUIZ serta AMT Ihya (pengarah & Timbalan pengarah) TIDAK DIBENARKAN menyertai kuiz ini.

4. Soalan akan dikumpul sehingga FASA KE-3 sehingga tarikh tutup penyertaan untuk menentukan siapa pemenang yang bertuah.

5. Setiap fasa , peserta dikehendaki melengkapkan slogan yang disertakan bersama dengan kuiz yang diberikan.

6. Jawapan bolehlah dihantar melalui :
Emel Rasmi Kuiz Ihya : ihyaramadhan@gmail.com
ATAU diserahkan kepada wakil-wakil kami :
Mohd Lutfi Hafifi
Azmuddin Razali
Kamilah Mohd Murtadza

7.Tarikh Tutup Penyertaan untuk menghantar semua kuiz terkumpul ialah : 9 SEPTEMBER 2009
8. Maklumat Lanjut di : www.permatajordan.com
9. Keputusan juri adalah Muktamad.

SOALAN KUIZ : FASA KEDUA

1. Apakah Tajuk Filem yang telah ditayangkan pada minggu pertama program Ihya’ Ramadhan?
A. Cinta Bertasbih
B. Syurga Cinta
C. Cinta Syurga
D. Cinta Sempurna

2. Sebaik-baik makanan ketika bersahur berdasarkan Hadith Riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi adalah :
A. Nasi berlauk
B. Buah Tamar
C. Buah-buahan
D. Kuih-muih

3. Lailatul Qadar membawa pahala seperti beribadat selama :

A. 80 Tahun
B. 95 Tahun
C. 83 Tahun
D. 82 Tahun

4. Berikut merupakan tanda-tanda Lailatul Qadar kecuali ;

A. Malam yang sepi, tenang dan bercahaya
B. Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh
C. Pada paginya matahari akan timbul dengan pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
D. Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang

5. Apakah hukum puasa bagi mereka yang berbekam pada siang hari di bulan Ramadhan?

A. Batal puasanya
B. Sah tetapi makruh
C. Sah
D. Sunat

6. Berapakah kadar zakat fitrah di negeri Melaka pada Tahun 1426H?

7. Apakah gelaran yang telah diberikan kepada Ibnu Sina kerana kepakaran dan kehebatan beliau dalam bidang perubatan?

8. Adakah Laut Mati terletak di kedudukan terendah di daratan ? Ya/Tidak

9. Siapakah yang telah membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969?

10. Ahmad berpuasa pada 1 Syawal pada Hari Raya Aidilfitri.Apakah hukum puasanya dan berikan sebab?

ISIKAN MAKLUMAT INI :
NAMA : …………………………………… ….. / NO.TEL : …………………… / BAYT ……………………………………

HADIAH MENARIK BAKAL MENANTI ANDA !!
WANG TUNAI DAN SET ILMIAH!!

OLEH :
UNIT KUIZ IHYA RAMADHAN , BIRO BIMBINGAN & ROHANI

Share/Save/Bookmark



Comments are closed.