You Are Here: Home » BBR » PERTANDINGAN KUIZ IHYA RAMADHAN 1430 (FASA 1)

PERTANDINGAN KUIZ IHYA RAMADHAN 1430 (FASA 1)

SOALAN KUIZ IHYA RAMADHAN PERMATA 1430

Syarat-syarat pertandingan :

1. Soalan kuiz mempunyai 10 soalan yang terdiri daripada 5 soalan objektif dan 5 soalan Subjektif berkaitan Islami , Isu – semasa , serta berbentuk pengetahuan am.

2. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua ahli PERMATA , sama ada yang berada Di Jordan ataupun di Malaysia dan di mana sahaja.

3. Unit Penyelia KUIZ serta AMT Ihya (pengarah & Timbalan pengarah) TIDAK DIBENARKAN menyertai kuiz ini.

4. Soalan akan dikumpul sehingga FASA KE-3 sehingga tarikh tutup penyertaan untuk menentukan siapa pemenang yang bertuah.

5. Setiap fasa , peserta dikehendaki melengkapkan slogan yang disertakan bersama dengan kuiz yang diberikan.

6. Jawapan bolehlah dihantar melalui :
Emel Rasmi Kuiz Ihya : ihyaramadhan@gmail.com
ATAU diserahkan kepada wakil-wakil kami :
Mohd Lutfi Hafifi
Azmuddin Razali
Kamilah Mohd Murtadza

7.Tarikh Tutup Penyertaan untuk menghantar semua kuiz terkumpul ialah : 9 SEPTEMBER 2009
8. Maklumat Lanjut di : www.permatajordan.com
9. Keputusan juri adalah Muktamad.


SOALAN KUIZ : FASA 1

1. Apakah tema Program penghayatan Ihya’ Ramadhan PERMATA pada kali ini ?

A. Ramadhan Yang Sama , Natijah Yang Berbeza
B. Natijah Yang Sama , Ramadhan Yang Berbeza
C. Puasa tonggak Kejayaan Permata
D. Puasa Penentu Keutuhan Ummah

2. Bilakah tarikh mula berpuasa bagi Negara Libya , Turki dan Indonesia pada tahun ini 1430 Hijrah / 2009 M ?

A. Libya & Turki (21 Ogos ) , Indonesia (20 Ogos)
B. Libya & Indonesia (20 Ogos) , Turki (22 ogos)
C. Turki & Indonesia ( 21 Ogos ) , Libya (21 Ogos)
D. Turki , Libya & Indonesia (22 Ogos)

3. Jika di Malaysia , siapa yang akan mengumumkan Tarikh mula berpuasa ?

A. Mufti Negeri-negeri & Wilayah (bertukar setiap tahun)
B. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
C. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu
D. Yang Di-Pertuan Agung

4. Cerita orang-orang kita “Tidak boleh takbir raya selain dari hari raya , nanti orang dalam kubur menangis”

A. Takbir bila-bila sahaja boleh , tidak ada kena mengena dengan orang dalam kubur menangis.
B. Bila – bila sahaja boleh takbir , tiada kena mengena orang menangis dalam kubur , namun bertakbir raya ikutlah suasana (kelaziman Masyarakat).
C. Haram bertakbir selain dari waktu itu , nanti orang dalam kubur menangis.
D. Tidak Boleh bertakbir. Berdosa.

5. Dimanakah tempat bagi melihat anak bulan ramadhan di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini 1430 H / 2009 M ?

A. Menara Universiti Malaysia Sabah , Kampus Permata Labuan
B. Menara Universiti Malaysia Sabah , Kampus Antarabangsa Labuan
C. Menara Jabatan Agama Islam Labuan
D. Menara Tun Fuad Stephens , Kuala Silibang , Labuan

6. Berapakah Harga bayaran zakat fitrah bagi Negeri Sembilan Tahun ini 1430 H?

7. Didalam sejarah Islam Peperangan apa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan yang disertai Rasulullah?

8. Apakah Hukum mencabut gigi semasa berpuasa ?

9. Siapakah nama sebenar Badiuzzaman Said Nursi , Ulama Terkenal di Turki ?

10. Namakan Masjid Negara bagi Negara Jordan ?

JAWAPAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

SILA LENGKAPKAN SLOGAN DI BAWAH :
Program Ihya Ramadhan Sangat Penting kerana ……………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
(Tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Share/Save/Bookmark

About The Author

Number of Entries : 124

Leave a Comment

© 2011 Powered By Wordpress, Goodnews Theme By Momizat Team

Scroll to top