07 Ogos 2009,Jumaat – Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA), baru-baru ini, menganjurkan Seminar Perniagaan Internet (SPIN) bagi meningkat kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan teknologi ICT terkini serta menambahkan pengetahuan mahasiswa berkaitan kemahiran keusahawanan.
Bertemakan Celik IT, Untuk Ilmi seminar kali pertama selama satu hari itu dianjurkan di PUSKMA oleh Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) PERMATA sekaligus memberi ruang kepada penceramah, Ustaz Zaid Bin Anuar untuk berkongsikan pengalaman beliau dalam perniagaan internet khususnya sebelum beliau kembali ke tanah air, Malaysia.

Seminar yang dihadiri hampir 35 orang peserta yang benar-benar berminat menyediakan lima slot bermula dari pagi sehingga malam.Setiap slot diselang-selikan dengan modul-modul tertentu bagi menarik perhatian peserta untuk terus fokus dengan isi-isi seminar tersebut.
Kemuncak seminar ialah sewaktu sesi terakhir iaitu sesi praktikal, Sesi ini diadakan serentak dengan pertandingan membina laman web mengikut kumpulan yang menyaksikan persaingan di antara 3 kumpulan syabab dan 2 kumpulan akhawat.
Keputusan pertandingan diumumkan sendiri oleh penceramah sebaik sahaja seminar berakhir.

SPIN disifatkan sebagai platform penyebaran ilmu dan pengetahuan sains, teknologi dan inovasi kepada mahasiswa. Usaha itu mampu membentuk mahasiswa Malaysia Mu’tah celik IT, sekali gus menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa,dan negara sekembalinya ke Malaysia kelak.
Universiti merupakan medan terbaik perkembangan ilmu dan pembinaan mahasiswa terpelajar dengan kemahiran IT. Justeru seminar ini wajar dimanfaatkan mahasiswa bagi mendalami dan menguasai bidang terbabit agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi.

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan menggalakkan. Tahniah kepada penceramah, jawatankuasa,dan para peserta yang hadir. Kelebihan dan kelemahan yang wujud wajar dipertingkatkan dan diperbaiki bersama kelak.
Setinggi-tinggi penghargaan buat semua!