Assalamualaikum..
Pihak Biro Penerangan Dan Penerbitan (BPP) PERMATA 09/10 akan mengadakan Bengkel Penulisan Cerpen Islamik Dan Pengurusan Blog. Bengkel yang julung kali diadakan di Mu’tah ini bertujuan untuk Melatih peserta tentang teknik-teknik penulisan cerpen berbentuk Islami di samping mengasah kebolehan peserta dalam aktiviti penulisan sebagai wadah dakwah masa kini. Selain itu, para peserta akan didedahkan dengan teknik pengurusan blog yang efektif dan berkesan agar mampu member manfaat untuk dakwah.
Para peserta akan disajikan dengan perkongsian menarik oleh dua orang pembentang iaitu saudara Hilal Asyraf yang cukup dikenali dalam arena penulisan novel dan cerpen. Antara karya beliau yang sangat terkenal adalah novel Langit Ilahi. Kini beliau seorang penuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin dan masih aktif menghasilkan karya penulisan di www.langitilahi.com.
Seorang lagi pembentang yang juga tidak kurang hebatnya akan bersama para peserta adalah saudara Mohd Azlan Shah. Beliau adalah penuntut tahun akhir di Universiti Yarmouk, Jordan. Para peserta bakal menerima perkongsian menarik daripada beliau selaku ahli Kumpulan Karyawan Islam Jordan (KKIJ) yang bernaung di bawah MPPMJ.
Berita menarik buat para peserta bengkel ini, anda akan mendapat keahlian KKIJ di bawah seliaan MPPMJ secara automatik.
Bengkel ini akan berlangsung pada hari Jumaat bersamaa 5 Mac 2010 bertempat di Pusat Khidmat Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PUSKMA) dengan yuran penyertaan yang dikenakan sebanyak JD 1.500 seorang.
Berikut merupakan Aturcara Perjalanan Bengkel Penulisan Cerpen Islamik Dan Pengurusan Blog :
ATURCARA PROGRAM
SESI PAGI
7.30 pagi : Ketibaan Peserta Dan Sarapan Pagi.
8.00 Pagi : Majlis Perasmian : Oleh Ustaz Ahmad Amiruddin Bin Ibrahim,
( Presiden PERMATA sesi 2009/2010 )
8.30 Pagi : Bengkel : Sesi 1 – Al-Muntalaq
9.30 Pagi : Rehat
9.40 Pagi : Bengkel : Sesi 2 – Teknik menulis
10.40 Pagi : Rehat
10.50 Pagi : Bengkel : sesi 3 – Menjemput Ilham
11.50 Tghari : Rehat , solat Jumaat dan makan tengahari.
SESI PETANG
1.30 Petang : Bengkel : Sesi 4 – Membumikan Idea
3.30 Petang : Solat Asar
3.45 Petang : Bengkel : sesi 5 – Penulisan Blog
4.45 Petang : Majlis Penutup dan minum petang (Bersurai)
* Para peserta digalakkan membawa laptop untuk kegunaan sepanjang program.