content top
Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog

Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog

Jumaat, Mu’tah – Biro Penerangan dan penerbitan (BPP) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog pada 5 Mac 2010 bertempat di Pusat Khidmat Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah (PUSkMA).

Slot-slot dalam Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog telah dikupas dengan baik oleh Saudari Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak yang merupakan mahasiswa jurusan usuluddin , Tahun 2 di Universiti  Yarmouk , Jordan.  Beliau merupakan Novelis Langit Ilahi , Terang, VT dan beberapa novel yang lain.  Beliau juga seorang penulis muda di GISB Sdn Bhd dan aktif menulis di www.langitilahi.com.  . Turut terlibat dalam bengkel ini ialah Saudari Mohd Azlan Syah yang merupakan seorang mahasiswa tahun akhir Jurusan Ekonomi Islam di Universiti Yarmouk.

klik untuk saiz sebenar

Hilal Asyraf bersama wakil MPPMJ

klik untuk saiz sebenar

Mohd Azlan Syah bersama wakil MPPMJ

Antara objektif-objektif bengkel ini ialah melatih para peserta tentang teknik-teknik penulisan cerpen berbentuk Islami. Selain itu, melatih para peserta tentang penggunaan blog yang teratur dan berdisiplin. Melalui bengkel ini juga, kebolehan peserta dalam aktiviti penulisan dapat diasah.

klik untuk saiz sebenar

peserta bengkel

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya.  Tunjang utama melalui bengkel ini ialah  untuk membina satu kumpulan penulis, blogger yang membawa matlamat untuk mengislah ummah melalui penulisan mereka, menyampaikan mesej-mesej murni di dalam karya mereka, sekaligus sedikit demi sedikit membentuk minda, ideologi, mengisi hati dan jiwa pembaca-pembaca, masyarakat kita dalam menjadi manusia yang terikat dengan Allah SWT.  InsyaAllah.

Share/Save/Bookmark



One Response to “Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog”

  1. We are really enjoying reading your well crafted read. It seems like you would spend loads of time and energy for your weblog. I’ve got bookmarked it i am looking towards reading new article. Sustain the great work!

Leave a Reply