content top
NISA’ GAMES : Platform membolos  JUARA ke KARISMA 2010..

NISA’ GAMES : Platform membolos JUARA ke KARISMA 2010..

22 dan 23 Januari 2010 – Biro Kebudayaan dan Sukan kali ini telah berjaya menganjurkan pertandingan sukan di peringkat akhawat Mu’tah. Nisa’ Games berlangsung selama 2 hari selepas selesai peperiksaan akhir fasal awal baru-baru ini. Solah Askari dan Solah Riadi, Universiti Mu’tah telah manjadi bukti  medan pertempuran antara sukan bola tampar, badminton, pingpong dan bola jaring.

Bertetapan dengan tema “Ukhuwah Terjalin,Kesihatan Terjamin” sekaligus telah membuktikan ukhwah antara pelajar senior mahupun pelajar junior  terjalin di platform sukan ini. Bukan itu sahaja, sukan kali ini telah membuka peluang kepada tender-tender  bazaar menambah rezeki sekaligus mengutamakan kesihatan di musim sejuk ini.

Objektif utama Nisa’ Games kali ini telah berjaya diterajui iaitu memantapkan lagi ukhwah melalui sukan yang dianjurkan sekaligus mencari pelapis-pelapis sukan ke arena KARISMA yang akan datang nanti. Berbekalkan semangat sukan dan seusai peperiksaan akhir fasal awal jelas membuktikan peserta-peserta berpuas hati dan menjadikan Nisa’ Games meriah dan ceria sehingga ke penghujungnya.

Majlis penutup Nisa’ Games telah diserikan dengan perarakan perbarisan antara biro-biro PERMATA dan persembahan khas dari Imtiyaz Girls, Sumandak Group dan nyanyian khas untuk para khirijin. Syabas dan tahniah diucapkan untuk AJK PELAKSANA dan para pemenang. Insya Allah kita buktikan kebolehan kita di arena KARISMA akan datang.

klik untuk saiz sebenar

Semangat yang unggul dari Biro Bimbingan dan Rohani ( BBR )-Anugerah Perbarisan Terbaik-

Keputusan Nisa’ Games Kali Pertama.

*Bola Jaring

  1. Team Sin Chan
  2. Team Notty Gurlz
  3. Team Wonderpet

*Bola Tampar

  1. Team Gedik2 Manja
  2. Team Lady Rangers
  3. Team Super Junior

*Badminton

  1. Team SNSD
  2. Team A
  3. Team C

*Ping-Pong

  1. Team Ratu
  2. Team Chakchibore
  3. Team Kami

*Perarakan Biro Terbaik

Biro Bimbingan dan Rohani (BBR)

*Johan Keseluruhan  Sukaneka

Biro Perhubungan (BP)

*Olahragawati Nisa’ Games 2010

Saudari Syafawati Nabilah binti Mohd Isa

klik untuk saiz sebenar

Barisan AJK yang telah menjayakan Nisa

Share/Save/Bookmark



Leave a Reply