content top
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & PELANCARAN BULAN BI’AH SOLEHAH

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & PELANCARAN BULAN BI’AH SOLEHAH

05 Ogos 2010, Khamis – Biro Bimbingan dan Rohani (BBR) di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA) telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul Dan Melancarkan Bulan Biah Solehah pada 5 Ogos 2010, bersamaan 19 Rabiul Awwal 1431H. Program ini diadakan bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bagi memperingati kelahiran, perjuangan, serta mengambil pengajaran dari sirah perjuangan baginda s.a.w melalui forum yang disampaikan.

klik untuk saiz sebenar

Forum “You Are My One True Love”

“You Are My One True Love”, merupakan tajuk bagi forum yang disampaikan oleh empat orang ahli panel, Ustaz Miqdad bin Zakaria, Ustaz Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi, Ustazah Shahidah bt Ab Hamid dan Ustazah Syahadah bt Misawal, serta dipengerusikan oleh saudara Mohd Faiz Tanzizi Bin Abdullah.

Bertemakan ‘Kerana Dirimu Begitu Berharga’, Bulan Biah Solehah ini juga telah dilancarkan oleh Presiden PERMATA, Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ibrahim.

klik untuk saiz sebenar

Antara Syabab Yang Hadir

Di samping itu, penganjur turut mengadakan pertandingan mencipta sepanduk yang disertai dari setiap tahun pengajian. Keputusan pertandingan ini telah diumumkan oleh pengarah program. Johan pertandingan bagi peserta lelaki disandang oleh perwakilan Tahun 1 (KAMI), manakala johan bagi peserta perempuan disandang oleh perwakilan tahun 2 (GGMI).

klik untuk saiz sebenar

Barisan Mahasiswi

Di sepanjang, program para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian seperti forum, video dan dokumentari oleh pihak penganjur. Di akhir program, hadirin dihidangkan dengan sedikit makanan yang disediakan.

Share/Save/Bookmark



One Response to “PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & PELANCARAN BULAN BI’AH SOLEHAH”

  1. [...] Pelancaran Bulan Biah Solehah telah disempurnakan oleh Presiden PERMATA sewaktu program Sambutan Maulidurrasul anjuran Biro Bimbingan dan Rohani (BBR). Pandangan secara peribadi di peringkat awal, program ini sangat menarik dan bermanfaat untuk semua [...]

Leave a Reply