content top
PERTANDINGAN MENCIPTA SEPANDUK SEMPENA MALAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H/2010 ANJURAN BIRO BIMBINGAN & ROHANI PERMATA 09/10

PERTANDINGAN MENCIPTA SEPANDUK SEMPENA MALAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H/2010 ANJURAN BIRO BIMBINGAN & ROHANI PERMATA 09/10

SYARAT PERTANDINGAN SEPANDUK, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1431H :

1.  Setiap sepanduk hendaklah menggunakan ukuran 1 meter lebar, 2 meter  panjang

2.  Setiap sepanduk hendaklah menggunakan kain dan tanpa bingkai

3.  Warna kain adalah putih dan jenis kain adalah bebas.

4.  Ayat Al-Quran atau hadis yang bertulis pada sepanduk hendaklah ditulis dengan tulisan tangan dan

bukannya bercetak sementara terjemahannya hendaklah dalam tulisan rumi.

5.  Nama program iaitu “Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M” hendaklah dimasukkan

didalam sepanduk.

6. Tema sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M iaitu “Kerana Dirimu Begitu Berharga

hendaklah juga dimasukan di dalam sepanduk.

7. Nama bagi setiap kumpulan bebas untuk diletakkan didalam sepanduk.

8. Semua kumpulan tidak dibenarkan membawa sepanduk berlambangkan parti politik.

9. Sepanduk yang tidak memenuhi syarat tidak akan diadili

10. Johan sepanduk untuk semua kategori hendaklah diserahkan dan akan menjadi milik penganjur

11. Bagi mahasiswa tahun 1, 2 dan 3 hendaklah mengikut batch masing-masing tetapi tidak dicampur syabab dengan akhawat.

Tarikh Tutup Penyertaan

Sepanduk  hendaklah dihantar kepada urusetia pertandingan, selewat-lewatnya pada:

2 Mac 2010 (Selasa )

PENGHAKIMAN SEPANDUK

Penilaian pertandingan sepanduk berdasarkan kepada aspek berikut:

  • Khat Arab – 40 markah
  • Khat Rumi – 20 markah
  • Bentuk/Keseluruhan – 30 markah
  • Kesesuaian – 10 markah

Waktu penilaian pertandingan sepanduk akan dilaksanakan bermula 2 Mac hingga 3 Mac. Kumpulan yang lewat menhantar pada masa yang ditetapkan tidak akan diadili.

KESEMUA SEPANDUK ANDA AKAN DIPAMERKAN SEMASA MALAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN 5 YANG TERBAIK AKAN MENDAPAT HADIAH YANG ISTIMEWA.

Share/Save/Bookmark



Leave a Reply