content top
GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Mu’tah , Jordan – Biro Penempatan Dan Kebajikan telah mengadakan program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura khusus buat seluruh mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan . Program ini berjalan selama sehari bermula 3 Januari 2010 pada pukul 9.00 pagi hingga ke malam bertempat di Puskma.
Dengan bertemakan “Susah Senang Kita Bersama” Biro Kebajikan Dan Penempatan kali ini telah mencetuskan satu lagi program yang memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli PERMATA iaitu dengan mengadakan aktiviti berbentuk gotong-royong mengacau bubur Asyura . Selain itu , program ini juga mampu menyemai semangat bantu-membantu di kalangan Mahasiswa Malaysia Mu’tah.
Antara objektif program ialah dapat menyemarakkan lagi suasana hari Asyura dengan berpuasa 9 dan 10 muharam di bumi anbiya’ ini disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Mahasiswa Mu’tah . Pembahagian tugas bubur Asyura pula adalah mengikut kumpulan Tour de Ilmi (TDI) dalam kalangan syabab.

acara mengacau bubur asyura
Akhir kata , program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.Di harapkan program ini dapat memberi manfaat kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Mu’tah . Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan buat semua warga PERMATA yang telah berkorban memberikan kerjasama sepanjang program ini berlangsung . Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan kami memohon kemaafan di atas sebarang kelemahan serta kesalahan yang timbul sepanjang aktiviti ini berlangsung .

bubur asyura

Share/Save/Bookmark



Leave a Reply