Kadangkala terfikir, mengapa amat kurang mahasiswa agama zaman moden yang mahir tentang hal ehwal serta kedudukan sesuatu hadith, berbeza dengan cendekiawan agama zaman tradisional, sedangkn teknologi semakin maju. Ini memang satu provokasi yang ditujukan khas buat mereka yang mempelajari ilmu hadith sama ada secara teori mahupun praktikal, khusus atau umum, terutamanya untuk mereka yang mengambil takhassus Usuluddin.
Jadi, apa kesudahannya? Kami menyediakan alternatif untuk anda…..
Berita gembira buat sahabat-sahabat yang berada di Mu’tah!!
InsyaAllah Biro Akademik PERMATA akan menganjurkan satu program yang amat membantu kita semua dalam memahami hal ehwal dan keadaan sesuatu hadith.
Sesebuah hadith dinilai dari sudut rawinya, sanadnya dan sebagainya. Cukup banyak syarat yang perlu melengkapi aspek penilaian sesebuah hadith. Banyak faktor yang boleh membawa kepada lemah atau tertolaknya sesebuah hadith.
Mutakhir ini kita diserang dengan cukup dahsyat dari pelbagai sudut.. Wujud pula golongan yang mengisytiharkan diri mereka sebagai anti-hadith. Oleh yang demikian, menjadi keperluan kepada kita untuk memantapkan diri dengan penguasaan ilmu yang pelbagai, termasuklah ilmu hadith. Apatah lagi selaku mahasiswa agama, pemantapan dari sudut penguasaan ilmu hadith cukup signifikan buat kita sebagai persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat pada masa akan datang.
Butir-butir program kami adalah seperti berikut….
“Menyelami Khazanah Hadis Nabawi S.A.W”
Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah (PUSKMA)
Antara perincian yang terdapat dalam program ini ialah:
1. Pembentangan Kertas Kerja (Ulum Hadith)
*pembentagan secara umum serta penekanan kepada istilah-istilah
2. Pembentangan Kertas Kerja (Ilmu Takhrij Hadith)
*memperkenalkan nama-nama kitab hadith dan manhaj penulisan
*menerangkan jenis-jenis pembahagian kitab hadith
* membentangkan cara-cara merujuk kitab hadith
3. Pembentangan Kertas Kerja (Hadith Dan Fiqh)
*memperkenalkan hubungan hadith dan fiqh
*menerangkan kedudukan hadith sebagai sumber hukum
* hadith dan kesan perbezaan pendapat ulama dalam sesuatu isu
4. LDK
*kemahiran mentakhrij hadith dari sumber asal
*kemahiran menilai setiap rawi hadith
Program yang cukup ringkas tetapi insyaallah mempunyai 1001 kemampuan untuk membantu sahabat-sahabat dalam memahami hadith.
Sesiapa yang berminat boleh lah mendaftarkan diri kepada ajk-ajk yang terlibat. bagi sebelah syabab kepada akh Hasyim dan bagi akhawat kepada ukht Hanis.
Pembentang juga dijemput khas daripada DR2 yang hebat dalam bidang hadith. Anda tidak akan menyesal menyertai program ini…InsyaAllah
“JOM GEMPUR!!!”
Assalamualaikum.
saya amat berminat untuk mendapatkan kertas kerja seminar ini, bagaimana caranya?