Mu’tah, Jordan – Biro Akademik telah mengadakan program Festival Of Islamic Scholars Conference (FISCO) atau dahulunya dikenali dengan nama Kovensyen Mahasiswa Islam (KOMIS) kepada semua mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah, Jordan. Program ini berjalan selama seminggu bermula dari 20 hingga 24 Disember 2009 dengan jayanya.
Dengan bertemakan “Kesedaran Ilmuan Pemangkin Kegemilangan Tamadun Islam” , Biro Akademik sekali lagi telah mencetuskan satu lagi program berbentuk ilmiah yang mampu menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi tentang peranan akhlak dalam pembentukan tamadun untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menuntut ilmu untuk menjadikannya sesuatu yang hakiki dan realiti di dalam era kotemporari ini.
Antara program menarik yang telah dijalankan ialah :
1. Ma’rad Kutub
2. Diskusi Filem Sang Murabbi
3. Ceramah mengenai “Peranan Ilmuan Dalam Menghadapi Arus Kemodenan” yang disampaikan oleh Timbalan Dekan Kuliah Syariah, Dr. Hamad Azam.
4. Forum Bicara Mahasiswa bertajuk “Kecelaruan Identiti Mahasiswa Islam Masa Kini” oleh tiga orang panelis iaitu saudara Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak, saudara Mohd Ihsan Fadhli Che Min dan saudari ‘Afifah binti Azam serta saudara Ridhwan bin Khalin sebagai moderator.
5. Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Yusnaidi dan Prof. Hussein yang bertajuk “Peranan Ilmuan Dalam Pembentukkan Tamadun Yang Gemilang” dan “Pembentukkan Ilmuan Masa Kini Yang Realiti Dan Hakiki”.
6. Slot perbahasan usul.
Antara elemen penting yang terdapat dalam festival konvensyen ini adalah persidangan antara semua persidangan batch tahunan yang mana kita dapat membincangkan pelbagai masalah berdasarkan usul-usul yang dibahaskan. Persidangan seperti ini yang disebut dalam Al-Quran sebagai syura, kita yakin mampu menyelesaikan seribu satu masalah.
Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa-mahasiswi Mu’tah.